'Kembara Pas For All' KPFA disambut meriah dan hebat
AHAD 8.8.2010, telah diadakan aktiviti khas 'Pas For All' yang mana ianya merupakan program kembara Dun Kampung Gajah. Kembara ini bermula seawal jam 7 am di Kg. Tersusun , Air Kuning mukim Pasir Panjang Ulu menyusuri Sungai Galah hinggalah berakhir malam harinya di Kg. Teluk Baharu, Mukim Matang Guntung.
Program yang disertai oleh 50 orang anggota yang sedia berkhidmat sambil menyampaikan sumbangan khas menyambut ramadan karim buat penduduk setempat yang memerlukan. Sejumlah 40 orang fakir miskin dan ibu tunggal telah menerima program ziarah ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Walaupun barangan yang dihulurkan tidak seberapa namun nilai dihati mereka amat mendalam.
Di Kg Sungai Galah, peserta kembara berkesempatan membantu penduduk tempatan bergotong royong di masjid setempat manakala di Kg. Sungai Jejawi peserta kembara KPFA 'Kembara Pas For All' mengadakan pertandingan bolasepak persahabatan dengan penduduk tempatan. Kalah bukan alasan program tidak berjaya namun ianya kelak akan menyusul pertandingan timbal balik bagi membalas dendam kekalahan dalam perlawanan tersebut. Kegirangan amat dirasai oleh seluruh penduduk tempatan yang turut sama menerima kunjungan kembara tersebut.
Dimalam harinya pula, beberapa program ceramah kelompok dijalankan bagi menerangkan kedudukan dan isu semasa yang kini semakin menghantui rakyat marhain. Secara keseluruhan dapatan respon dari peserta dan penduduk tempatan amat memberangsangkan dan mengharapkan agar program seumpama ini akan sering diadakan. Insyallah.
nukilan : Guni Bawang
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan