Isnin, Ogos 02, 2010

15 dibebaskan tengahmalam, 3 lagi perolehi perintah reman.

oleh : Guni Bawang.

Jam 11.30 mlm tadi 15 orang Petugas Unit Amal telah dibebaskan dari Balai Polis Kampung Gajah setelah ditahan hampir 8 jam. Mereka yang ditugaskan oleh penganjur untuk mengawal lalulintas dan keselamatan sekitar perhimpunan. Malah ada diantara mereka yang ditahan tersebut hanya kerana membawa baju merah Jabatan Amal Malaysia sahaja. Ini adalah permulaan sebagai tanda-tanda besar kehancuran UMNO & Barisan Nasional. Mereka ingat tidakkan seumpama ini akan menakutkan rakyat malah kini setelah disembang borakkan dengan pengunjung kawasan himpunan Changkat Lada ini rata-rata menyatakan geram dan benci tindakan seumpama itu dilakukan.

Senario di Kampung Gajah kini mepamerkan 2 gambaran yang memerlukan pemikiran rakyat lebih terbuka. Kemunculan kedai - kedai karoke yang saban malam menganggu persekitaran tidak langsung diambil endah oleh pihak berkuasa namun jika Ceramah Penerangan Hak Kebenaran Rakyat , maka terus disekat, ditakut-takutkan dan ada pula SB merata2.

3 orang petugas Unit Amal pagi tadi dibawa ke Mahkamah Seksyen, Perak Tengah bagi mendapat kebenaran direman setelah ditemui senjata pisau lipat nak belah cempedak bersamanya. Dewan Pemuda PAS Perak mengiringi mereka menyusul ke Mahkamah Parit bagi memastikan tiada sebarang provokasi dan keselamatan mereka bertiga. Bagi pihak penganjur keberanian dan ketabahan mental petugas2 Unit Amal Perak HARUS DIBERIKAN PUJIAN kerana berjaya menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya.

Kepada pihak keluarga mereka, moga kesabaran kalian akan melimpahkan rahmat berpanjangan dan usaha membeaskan mereka akan dipercepatkan. Insyallah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang redho dan sabar atas kezaliman yang dilakukan, dalam masa yang sama kini doa mereka sangat-sangat mustajab. Amin Ya Rabb.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO