Alhamdulillah, tanggal 16 Mei 2009 ini sejarah tercipta apabila Pn. Faridah bt. Dawam dari PASTI Nurul Iman, Kg. Gajah, telah dinobatkan sebagai
TOKOH GURU PASTI KEBANGSAAN 2009.Anugerah ini telah disampaikan oleh
YB. SDRA SALAHUDDIN AYUB (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat).
Majlis Khas Sambutan Hari Guru PASTI MALAYSIA di Hotel Emas Tawau, Sabah.

Seluruh warga Jawatankasa PAS Kawasan Pasir Salak, Jawatankuasa PASTI Kawasan Pasir Salak & Unit PASTI Nurul Iman, Kg. Gajah mengucapkan syabas dan setinggi
TAHNIAH buat Pn. Faridah diatas penganugerahan tertinggi ini. Moga ianya menjadi rangsangan pemakin kejayaan buat rakan setugas, anak bangsa dan anak2nya. Kini walaupun memikul tugas sebagai ibu tunggal mendidik dan mengasuh anak2nya, namun tiada erti penat dalam berkhidmat untuk ISLAM & Ummah Sejagat.
Takbir .... ALLAHU AKBAR!!!!
Puan Faridah Dawam
Dilahirkan Pada 2 Mei 1968 di kg Gajah PerakTerlibat dengan PASTI dari 1988 selepas tamat peperiksaan STPM mengajar pada mualanya suka2 lama2 membuatkan beliau tertarik dengan PASTI walaupun imbuhan untuk mendidik anak2 PASTI tidak seperti tawaran yang pernah beliau dapat namun hatinya sudah terpaut dengan PASTI beliau juga terlibat dengan PAS seiring dengan penglibatan beliau di dalam PASTI...

Pada 1987 beliau menjadi AJK penaja penubuhan DMP Kg Gajah..dan pada umur 22 tahun beliau telah diberi amanah sebagai ketua DMP kawasan Kampung Gajah.
Beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Hasyim bin Yahya dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata namun pada tanggal 26 Julai 2006 ..
Telah berlaku satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Ma'ahad Al-Islah Sungai Lampam (Jalan kampung Gajah - Teluk Intan) yang melibatkan beliau sekeluarga..suaminya telah meninggal dunia didalam kejadian itu..beliau dan 2 orang anaknya cederah parah dan dimasukkan ke wad ICU Ipoh.
Berita kematian suami tercinta hanya diketahui setelah 5 hari kejadian berlaku ,dengan tabah beliau meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga dengan pendapat dari imbuhan guru PASTI sebanyak RM3oo sahaja serta sumbangan dari orang ramai..
Hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak2nya walaupun keseorangan sebagai ketua keluarga,beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan parti..
Bersama iltizam dan sokongan2 dari teman2 seperjuangan..beliau bertekad meneruskan perjuangan memastikan anak2nya..murid2 PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini. Kini beliau diamanahkan sebagai
Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan
Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.