Khamis, April 04, 2013
Jumaat, September 30, 2011
Tak catat nama, nombor punca gagal saman polis : cuai hak pelindung kita
LABEL : PERINGATAN
Artigos Relacionados:Jumaat, Julai 08, 2011
Update Lokasi : BERSIH 2.0 bersama ketenangan meinginkkan PERUBAHAN
Pasar Seni - Stadium Merdeka - 1km
Masjid Jamek - Stadium Merdeka - 1.3km
Sogo - Stadium Merdeka - 2km
Dang Wangi - Stadium Merdeka - 2.3km
Hang Tuah - Stadium Merdeka - 1km
LABEL : PERINGATAN, PERLU TAHU
Artigos Relacionados:Nota PENTING untuk PESERTA BERSIH 2.0 - SUARAM
Anda dinasihatkan:
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.
*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
*Perkara yang tidak dibenarkan*
*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*
*Semasa perhimpunan dan perarakan*
*Selepas perhimpunan*
*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*
*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*
*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*
*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
*Perhatian!*
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.
Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 kerana ketabahan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan perbadanan institusi dan hentikan korupsi.
Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander* atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.
Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.
source: http://cenangau.blogspot.com/2011/07/nota-penting-untuk-peserta-peserta.html#ixzz1RTWSv57P
LABEL : PERINGATAN, PERLU TAHU
Artigos Relacionados:Rabu, Januari 27, 2010
Tazkirah Umur Umat Akhir Zaman#
Umur umat Islam sudah di penghujung. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari " Hanyasanya kamu (Umat Islam) tinggal (di dunia) ini berbanding dengan umat2 terdahulu adalah di dalam waktu yang seumpama antara sembahyang asar dan tenggelamnya matahari ( Maghrib). Telah diberikan kepada ahli Taurat (umat yahudi) akan kitab Taurat, maka mereka beramal dengannya sehingga separuh hari ( Solat Zhohor) kemudian mereka lemah.
Maka mereka dikurniakan oleh Allah sepotong2 permata (kiasan kepada Balasan Syurga) kemudian diberikan kepada ahli Injil (umat kristian) akan kitab Injil, maka mereka beramal sehingga solat Asar kemudian mereka pula lemah, maka dikurniakan Allah sepotong2 permata,(Balasan Syurga) kemudian diberikan kepada kita Al-Quran, maka kita beramal dengannya sehingga tenggelam matahari (Solat Maghrib) maka kita diberi ganjaran 2 potong 2 potong permata.
Kemudian ahli kitab bertanya " wahai tuhan kenapakah kau berikan kepada umat Islam 2 potong 2 potong permata sedangkan kau berikan kepada kami sepotong2", maka Allah menjawab " adakah aku telah menzalimi kamu semua ( yakni dengan mengurangkan ganjaran mu) maka jawab mereka tidak, maka balas Allah " itulah kurnianku yang kuberikan kepada sesiapa yang kukehendaki".
Komentar:- Umur umat Islam hanyalah sepanjang solat asar hingga solat maghrib. Alangkah pendeknya..........dan kita sudah hampir ke penghujungnya...................
LABEL : PERINGATAN
Artigos Relacionados:Sabtu, Jun 06, 2009
Ahli PAS perlu perkayakan ilmu politik : TG Nik Aziz - Mursyidul Am PAS
Petikan : Harakahdaily.net Setiap dari ahli PAS disaran agar memiliki pengetahuan mengenai ilmu politik dengan membaca buku. Demikian ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada lebih 100 pengunjung yang hadir pada majlis pelancaran buku bertajuk 'Fenomena Politik Baru' karya Wan Ji Wan Husin dan Saifulamri M.Husin di gerai Anbakri Publika Sdn Bhd petang tadi. "Ilmu politik tiada di sekolah, kalau kita ingin memperolehi ilmu politik, maka kita kena baca buku yang ditulis oleh orang politik,"jelasnya. Malah ujar Menteri Besar Kelantan itu, tindakan tersebut akan dapat menjadikan diri seseorang mempunyai ilmu semasa. "Ia adalah bertujuan untuk meletakkan diri sebagai orang yang memiliki ilmu berbentuk semasa(politik),"katanya. Malah, beliau mengingatkan agar mencari ilmu yang kebiasaannya diperolehi menerusi membaca, supaya dengan ilmu tersebut dapat menjaga diri seseorang. Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa. Pengunjung kelihatn berpusu-pusu membanjiri kawasan tersebut terutamanya golongan muda dan remaja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Masing-masing mengambil kesempatan untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan Nizar. - mks. _ - Sewajarnya kita selain ILMU , minda terbuka dalam beramal & berdakwah lalu terus menerus BERDAKWAH kepada RAKYAT MARHAEN. Tiada jalan mudah menuju SYURGAMU YA ALLAH, justeru jangan dok di zone selamat dirumah je, turun gelanggang dengan ILMU yang diperolehi. |
LABEL : IKTIBAR, NASIHAT PEMIMPIN, PERINGATAN
Artigos Relacionados:Selasa, Mei 12, 2009
Kenyataan Yang Membodohkan Rakyat Yang Sememangnya Mudah Rakyat Untuk Diperbodohkan....
Sekali membaca tajuk entry ini, mcm langsung tak faham..... tapi mari kita ungkapkan semula beberapa kenyataan yang dibutakan oleh Golongan HARAM dibumi PERAK ini ;
- 'Pakatan Rakyat jelas mengekalkan dan mempertahankan exco yang RASUAH' (dalam kes Mr Os & Mr Jalud) namun drama rampasan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertitik tolak penerimaaan tawaran yang lumayan oleh Bee End kepada mereka dan kini Bee End adalah yang sebenarnya mempertahan dan penyelamat PERASUAH NOMBOR SATU DI MALAYSIA.
- Setiap kali menjelang Perhimpunan Agong UMNO, berbondong2 laporan politik wang timbul dan sangat ketara bilamana hasil siasatan dilaporkan terbukti bersalah bagi pesalah pula ada yang lepas ada yang sangkut. Pelik tapi BENAR jelas PERASUAH dalam politk wang namun tetap kekal peneraju Negeri (yang dimaksudkan MELAKA) palng baru.
- Slogan bersatu lah bersama dan sudi berkerjasama dengan Pakatan Rakyat. Ungkapan sesak nafas ini sering jadi laungan ketika terdesak. Jelas setelah Mahkamah Tinggi memutuskan DS Ir Hj Mohd Nizar sebagai MB Perak SAH, dan dan itu juga mereka mengfailkan tangguh keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan dan sesingkat 2 jam Hakim Mahkamah Rayuan menerima sebutan kes tersebut......Porahhh nak bekerjasama demi kepentingan RAKYAT. Rakyat yang bersedia untuk dibodohkan JELAS TELAH DIBODOHKAN.
- Slogan 'BERSATULAH DEMI BANGSA MELAYU' - Porahhh...... dalam Sidang DUN mencemar DUN yang mulia mengenepikan speaker yang ada guna Tim. Speker ANGKAT SEORANG MELAYU JADI SPEAKER....tahi.... dicadangkan BANGSA 'GENESAN' bukan AHLI DUN sebagai Speaker. JOM BERSATU DENGAN BANGSA PENIPU.........
- Banyak lagiiii........ hakikat dan reaiti....... ADUHAI BANGSAKU mari bergerak dan BERSATU DENGAN PRINSIP ISLAM DAN MUDAH2AN BANGSA LAIN AKAN JUA BERSATU DENGAN HAKIKAT KEBENARAN PENGHAYATAN ISLAM...... 10 bulan wujud banyak perubahan dan kefaham ISLAM semakin diterima oleh BUKAN ISLAM yang menimbulkan PREJUDIS dan menafikan HIDAYAH INI ADALAH BANGSA BEE END.....
LABEL : BERITA SEMASA, ISU PERAK KINI, PELIK, PERINGATAN
Artigos Relacionados:Ahad, Mei 10, 2009
Keputusan Hari ini penentu Hari Esok sememangnya telah ANDA Jangka?
11hb. MEI 2009
Apakah kita akan PASRAH dengan realti DUNIA yang mana....... sememangnya DUNIA dikaki MEREKA...... atau akan muncul KEPUTUSAN sebaliknya?
7hb. MEI telah berlalu......
11hb. Mei dinantikan kini......
Misi siapakah yang dalam kemenangan TAKDIR
Hanya pada - MU ALLAH tempat SERAHAN kami....
LABEL : PERINGATAN
Artigos Relacionados:Jumaat, Mei 01, 2009
Henti guna blog perlekeh pemimpin lain - Dewan Ulamak
KOTA BHARU, 30 April (Hrkh) - Selepas beberapa hari media harian yang dekat dengan Umno menggamatkan isu dicetuskan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nik Abdul Nik Abdul Aziz, hari ini Dewan Ulamak PAS Pusat tampil meminta dihentikan polemik tersebut. Ketuanya, Dato' Mohamed Daud berkata, amat tidak wajar sekali sekiranya laman blog digunakan untuk kebaikan parti menjadi medan mendedahkan keburukan orang lain. "Perbuatan itu jelas merugikan parti sendiri. Kami berharap semua pihak menghentikan pelbagai spekulasi serta andaian peribadi berhubung kerajaan perpaduan dalam blog masing-masing. "Anggota parti juga diingatkan tidak menyerang atau cuba menonjolkan orang tertentu yang diminatinya kerana ia akan mewujudkan kesan yang negatif," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini. Baru-baru ini Nik Abduh yang juga anak kepada Mursyidul Am PAS menulis dalam blognya menghentam pembantu bapanya berkaitan isu kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ekoran itu media berjaya mencipta fenomena baru bagi memburukkan PAS menjelang muktamar tahunan yang akan diadakan Jun depan di Shah Alam. Mohamed yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mat Iraqi berkata individu tidak boleh mengeluarkan kenyataan secara terbuka berkenaan cadangan kerajaan perpaduan memandangkan ia telah disepakati akan diputuskan pada muktamar nanti. Menurutnya sebelum ini mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat, Majlis Syura Ulamak, Jawatankuasa PAS Pusat telah membuat ketetapan isu kerajaan perpaduan akan diputuskan dalam muktamar Jun ini. "Maka orang perseorangan tidak boleh membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai perkara itu kerana ia akan menggelirukan orang ramai. "Bukan itu sahaja ia juga akan memberikan ruang kepada pihak musuh untuk mempermainkan isu terbabit seperti yang berlaku sekarang," ujarnya. Beliau turut mengingatkan anggota parti tidak mengunakan blog untuk mendedahkan perkara negatif mengenai orang lain kerana ia akan menguntungkan pihak musuh. "Kita sebagai sebuah parti Islam dan tentunya perjuangan dan cara kita juga tidak sama dengan pihak lawan," ujarnya. Ditanya mengenai ada kawasan yang mahu jawatan tertinggi parti dipertandingkan katanya, sewajarnya jawatan utama tidak dipertanding dan terus diterajui kepimpinan ulama. Bagaimanapun beliau berpendapat bagi jawatan naib presiden dan anggota jawatankuasa perlu ada gandingan di antara profesional dan ulama. Ditanya lanjut mengenai kerajaan perpaduan beliau berkata, Dewan Ulamak tiada masalah untuk menyokong cadangan itu sekiranya perundangan negara dan ekonomi berjalan mengikut lunas-lunas Islam. "Namun persoalannya adakah pihak lain boleh menerima kerajaan perpaduan itu bergerak mengikut acuan Islam," katanya. - mj _ Petikan : Harakahdaily.net |
LABEL : NASIHAT PEMIMPIN, PERINGATAN, PERLU TAHU
Artigos Relacionados:Khamis, April 30, 2009
GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR
LABEL : KENA TAHU, PERINGATAN, PERLU TAHU
Artigos Relacionados:Selasa, April 28, 2009
kejam sungguh kejam…. tepi jalan di campaknya
TELUK BAHANG - Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36. Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.
Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ. "Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak. "Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat," katanya ketika di temui semalam.
Menurut Verappa, ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, dia baru selesai menyapu sampah di kawasan berhampiran.
LABEL : HARAM TAK BERTEMPAT, PELIK, PERINGATAN, PERLU TAHU
Artigos Relacionados:Khamis, April 23, 2009
Khamis, April 16, 2009
Sekadar Berinformasi & berkongsi.....
Fail PDF asal dari : http://announcements.bursamalaysia.com
LABEL : KENA TAHU, PELIK, PERINGATAN
Artigos Relacionados:Jumaat, April 10, 2009
Kenyataan tambahan menjawab persoalan....
KES NGA KOR MING
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya” [al-Nahl 16: 90]
Apabila Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis beragama Kristian memetik firman Allah daripada al-Quran di atas untuk memberitahu hadirin tentang kedudukan KEADILAN dan BERLAKU IHSAN dari perspektif al-Quran, apakah ini suatu penghinaan terhadap Islam?
Nga Kor Ming salah menyebutnya? Betulkanlah sebutannya.
Bukankah kita kaya dengan guru tajwid di sana sini?
Betul sangatkah sebutan-sebutan ayat al-Quran oleh perwakilan-perwakilan parti yang Melayu dan Muslim itu? Betul sangatkah ucapan Datin-datin dan Puan Sri semasa menyebut ayat al-Quran dalam ucapan-ucapan perasmian mereka? Sepatutnya salah sebutan itu diiringi oleh usaha membetulkan sebutan, bukannya berbondong ke Balai Polis membuat laporan!
Sikap inilah yang menghairankan saya.
Terlalu defensif.
Masjid dikurung, Quran dibendung, yang lulus untuk kegunaan non Muslim hanyalah rumah-rumah terbuka pada hari perayaan Islam! Kemudian layakkah kita tertanya-tanya tentang punca Islam menjadi mandul di negara kita?
Sila tanggalkan kasut anda di sini, dan ketahuilah di sini juga kawasan pencuri kasut! Banyak betul benda pelik di masjid-masjid kita
HINA ISLAM ATAU MUSLIM?
Soalan tadi belum berjawab. Apakah ketika seorang Ahli Parlimen beragama Kristian memetik ayat al-Quran tentang ADIL dan IHSAN sebagai asas seruannya untuk semua Muslim dan non-Muslim menolak KEZALIMAN, adalah suatu penghinaan terhadap Islam?
Saya yakin, jawapannya mudah.
Ia bukan penghinaan terhadap Islam.
Ia adalah PENGHINAAN terhadap MUSLIM. Iaitu Muslim yang mengaku Islam tetapi tidak beramal dengan Islam. Muslim yang sensitif dengan salah baca al-Quran, tetapi tidak sensitif dengan pembekuan al-Quran dari asas pemerintahan.
Nga Kor Ming ‘memang patut didakwa’.
Tetapi bukan dengan dakwaan menghina Islam.
Sebaliknya Nga Kor Ming patut didakwa kerana menghina ‘Muslim’. Muslim yang bermain-main dengan Islam. Permainan yang menjadi punca terhinanya Muslim itu sendiri, siang dan malam.
“… Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian al-Kitab dan mengingkari sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari Qiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” [al-Baqarah 2: 85]
Jangan sampai Muslim di Malaysia jadi seperti kaum Abbasiyyin di Baghdad pada tahun 1253. Setelah nasihat-nasihat ulama’ Muslim tidak diendahkan, dan lekanya mereka dengan maksiat, akhirnya Hulagu Khan yang kafir itu ber’tazkirah’ di pintu kota Baghdad bersama bala tenteranya, “Aku adalah bencana yang dihantar oleh Tuhan kamu atas dosa yang kamu lakukan!”
Tatkala Muslim ditempelak oleh seorang kafir tentang agamanya sendiri, itulah saat-saat kehancuran mereka. Mahukah kamu beringat-ingat?
LABEL : KEMENANGAN, KENA TAHU, KENYATAAN, PELIK, PERINGATAN, PERLU TAHU
Artigos Relacionados: