Hina! Siapa yang lebih HINA?
Maksud Hadis Nabi Muhammad SAW : 5
golongan yang memperlehi celaka/amat rugi dalam bulan Ramadan :-
1. Assyirku Fillah.
2. Berterusan dalam maksiat (ketagih maksiat).
3. Org yg tdk menghubungkan silaturrahim.
4. Orang yang tidak menghormati bulan ramadan.
5. Lipat ganda amalan sunat tinggalkan ibadah Fardu."
Jika isu tazkirah oleh orang bukan Islam di rumah Ibadat Orang Islam dimainkan. Persoalan yang harus diajukan Apakah diri yang mempertikaikan itu sering menghadiri dirinya berjemaah di Masjid ataupun di surau? Jangan sesekali mengunakan hujah akal bilamana Ilmu tidak disandarkan.
Bagaimana pula iklan gambar diatas , yang mana penduduk tempatan yang 99% majoriti ISLAM namun seumpama menghina suasana akhir Ramadan dan kedatangan hari kemenangan Syawal dengan program seumpama itu. Jelas terbelenggu syaitan dibulan Ramadan tidak diamati oleh penganjurnya yang hanya memerlukan beberapa detik Syawal menganjurkan pertandingan seumpama itu.
Billboard yang terletak dipersimpangan 4, Kampung Gajah hari ini dikejutkan dengan terguntungnya banner bercopkan kelulusan Majlis Daerah Perak Tengah. 'Pertandingan Suara Emas Karaoke' masyallah!!! Jika semalam kampung gajah dilanda ribut angin yang amat dasyat malah menerbangkan kesemua banner2 yang terdapat di billboard tersebut, namun hari ini seakan tiada renungan dan keinsafan atas peristiwa yang telahpun melanda. Bagi 'Guni bawang' ribut angin yang melanda semalam seperti PERINGATAN ALLAH buat hamba-Nya yang masih khayal.
Sama-sama kita renungkan ,Apakah relevannya pertandingan ini diadakan secara terbuka sempena menyambut Aidilfitri 2010 di kawasan Pasir Salak ini???
1 Comentário:
Tolong update kan link blog ana :
http://alhusseyn2-alhusseyn.blogspot.com/
Catat Ulasan