Isnin, Januari 24, 2011

Kuliah Perdana Ust Nasaruddin Tantawi @ Kg Gajah

Poster Kuliah Perdana Masjid Lama, Kg Gajah

Poster Kuliah Perdana Masjid Lama, Kg Gajah

Untuk hebahan dan maklumat bersama. Mohon disebarkan seterusnya menghadirkan diri dalam taman-taman syurga Allah di bumi ini.

Sabtu, Januari 22, 2011

PANAS!!! : Baru dilantik Ketua Kampung , dicekup berkhalwat dengan janda & disyaki +ve Syabu

JUMAAT, seorang Ketua Kampung yang baru sahaja menjawat jawatan tersebut telah dicekup di kampungnya sendiri bersama seorang janda. 'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terjerombab ke tanah jua'. Peribahasa ini adalah sinonim dengan kes yang kini meletop di Parlimen Pasir Salak.


Awal pagi Rabu 19.1.2011, sekumpulan 22 orang Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Perak Daerah Perak Tengah telah berjaya menahan seorang Ketua Kampung bersama seorang janda disebuah rumah kampung terpencil pinggir 30km dari Kampung Gajah, Jajahan Parlimen Pasir Salak. Serbuan telah dilakukan pada jam 2.40 pagi setelah mendapat maklumat dari orang ramai.

Tangkapan ini telah memalukkan penduduk setempat dan imej Ketua Kampung, yang mana beliau juga menjawat jawatan selaku Pengerusi Masjid Qoriahnya. Pasangannya seorang janda yang juga ahli UMNO Cawangan ..... adalah berasal dari Dun Kampung Gajah & Parlimen Pasir Salak. Beliau juga adalah anak salah seorang bekas ketua kampung yang disegani suatu ketika dahulu.

Kerahan Kepada AADK

Beberapa minggu yang lalu, AADK Daerah Perak Tengah telah dihamburkan dengan arahan keras untuk menjalankan tugas mereka. Ini kerana laporan kecurian terhadap buah sawit tempatan, hasil tanaman orang kampung sering didapati hilang. Ianya dikatakan berpunca dari kesan penagihan dadah. Justeru kata dua yang keras telah dilemparkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak kepada mereka. Bertindak dengan perancangan dan usaha mengiatkan gerakan tangkapan maka tertangkaplah pula seorang insan ini yang juga baru dilantik oleh Ahli Parlimen tersbut untuk menerajui kampungnya.

Laporan siasatan sedang giat dijalankan. Apakah ianya kelak akan kebal disebalik jawatan yang telah disandang dan diamanahkan oleh Ahli Parlimen tersebut. Kami Pas Pasir Salak & Dewan Pemuda Pas Kawasan akan menantikan dramanya kelak.

Dipanggil memberi keterangan

Menurut sumber, pada 25.1.2011 ini pasangan terbabit akan dipanggil hadir ke Pejabat Agama Kampung Gajah untuk diambil kenyataan. Manakala seminggu kemudiannya kelak AADK mohon pasangan tersebut hadir di pejabat AADK Daerah memberi keterangan bersabit tuduhan keduanya.

* Enekman Jenayah Syariah Negeri Perak, mengikut seksyen 54, jika sabit kesalahan seseorang pesalah maksiat itu boleh didenda RM3000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. (HUKUM DUNIA)

** Untuk tuduhan +ve Syabu sedang disiasat mengikut peruntukkan yang sedia ada.

Moral Pemimpin

Pendedahan ini bukan atas niat jahat untuk menjatuhkan maruah mereka , namun setidak-tidaknya hal ini menjadi pedoman dan rasa keinsafan diri para pembaca agar tidak sesekali mencemuh mana-mana jemaah dan pangajian agama Islam diadakan dalam kawasan sekeliling kita. Inilah akibatnya bilamana jiwa manusia hanyut dek rakus dengan kuasa, wang ringgit, pengaruh, dan mudah menuduh seseorang untuk belajar pengajian berterusan di kawasan sekeliling kita.

** Amacam orang UMNO ini pemimpin kome? Dato' Tajuddin jangan sesekali menyembunyikan kerja mungkar anak2 buahmu.

Puluhan ribu penyokong Pakatan banjiri Labis


LABIS, 22 Jan: Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya Kecil Tenang.

Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.


Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.

Perarakan calon bermula seawal jam 8.20 pagi menuju pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Majlis Daerah Labis yang terletak kira-kira 2 km dari situ. Ketika itu, kira-kira 5,000 orang menyertainya.

Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.


Berita dari Harakahdaily
Gambar oleh Loserkid

Rabu, Januari 19, 2011

Kalu Berani Turun Dilapangan.....



Sesuatu kelainan akan menanti kalian.... Jom kalu berani.
Sambil2 tu moh sebarkan...... turun jangan tak turun....

Isnin, Januari 17, 2011

Zainol Makan Gaji Buta



16 Januari...Kg Attaduri : Penduduk meluahkan rase kesal dgn tindakan ADUN Sg.Manik (Zainol) yg lansung tidak mengambil tahu masalah yg berlaku di kawasan dye..Masalah ini berlaku tidak jauh dri kediaman dye..

Sebelum ini penduduk ade menghantar aduan masalah ini ke pjbt dye lansung tidak dihiraukan dan tiada sebarang tindakan yg diambil..masalah ini berlarutan sehingga mengakibatkan banjir di kampung berhampiran..

Sebelum Pilihan Raya dulu dye janji bukan main lg manis..nak bela orang kampung konon..Tp bile jd mcm ni mcm org buta mate dan pekak telinga...X boleh pki lansung ADUN Sg.Manik ni..Mane dye campak slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan tu..rakyat yang kene dulu ade la..Dye makan gaji buta la tu..(tegas salah seorang penduduk kampung tersebut).

Lanjutan drp itu penduduk kampung terus mengadu masalah yg mereka alami pihak DHPP (Dewan Himpunan Penyokong Pas Pasir Salak)..Tanpa mengira status,bangsa dan fahaman Politik, pihak AJK DHPP mendengar aduan mereka dan mangambil tidakan yang sewajarnya..

AJK DHPP dan Pas Pasir Salak bertungkus lumus mencari cara dan dana untuk menyelesaikan masalah mereka..berikutan itu pihak AJK DHPP dan Pas Pasir Salak telah menyewa khidmat jentera dan membuat gotong-royong untuk membuat saliran yg lebih baik bg mengelakan berlakunya banjir..Antara yg turut hadir dan membantu semasa gotong-royong Pengerusi DHPP Pasir Salak (Richard Wong) Pengerusi DHPP T.Intan (Hacharan Singh) dan AJK Pas Pasir Salak (Zainal)..Dgn adanya saliran ini air dpt mengalir dgn baik..

Jentera Yg Disewa oleh Ajk DHPP & Pas Pasir

Saliran Yg Dibina

Laluan Air Yg Baru Dibuat

Pegerusi DHPP Pasir Salak (Richard Wong) bersama Penduduk Kampung

Richard Wong Turut Sama Membantu

Richard Antara Yg Bertungkus Lumus 

AJK Pas Pasir Salak (no 2 dari kiri) Saudara Zainal, Pengerusi DHPP T.Intan (no 1 dari kanan)
Hacharan Singh turut Hadir Dalam Gotong-Royong.

Ahad, Januari 16, 2011

TGNA & Exco Kelantan raikan Bloggers @ Grand Season Hotel, KL

TGNA & Exco Kerajaan Kelantan sedia di pentas utama

"Bumi ini bukan hak kita. Ada yang empunya" ini adalah antara muqadimah keramat YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Aziz b. Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dalam permulaan ucapan beliau di Majlis Ramah Mesra & Dialog bersama Bloggers malam tadi.

Kesungguhan dan komitmen TGNA untuk bertemu dengan para bloggers di Grand Season Hotel, Kuala Lumpur hadiah istimewa Kerajaan Negeri Kelantan atas peranan Bloggers & Twiter. Kehadiran para bloggers dalam majlis khas ini amat memberangsangkan. Ruang yang luas diberikan kepada kami para blogger untuk lebih dekat dengan TGNA dan barisan exco Kerajaan Negeri Kelantan yang boleh dikatakan ramai yang hadir bersama.

TGNA menyampaikan ucapan

Antara titipan dan pesanan ucapan TGNA buat bloggers berkaitan tentang peranan blogger yang menjadi pendakwah dunia era baru. Amanah yang diberi baik pemberita, baik dianya guru, baik dianya penulis atau baik dianya guna hujung jari. Kebijaksanaan menyampaikan kebenaran amat dituntut dalam Islam. Elakkan perbalahan sesama sendiri yang akhirnya memberikan kesan terhadap agama Islam. Para bloggers mesti bertanggungjawab dengan apa yang dilontarkan sendiri, dan seharusnya berteraskan kebenaran sumber dan mengambarkan hakikat Islam terus difahami bersama dengan masyarakat bukan Islam.

Bloggers bergambar bersama TGNA & Exco Kerajaan Kelantan

Para bloggers diberi peluang berdialog terus dengan TGNA selaku MB Kelantan dan juga barisan exco yang hadir. Antara yang bertanya adalah blogger dari TBO Telok Bakong Online,
Abunawas, AMK Kawasan Batu, Penyajak & penulis Veteran dan sebagainya. Setiap persoalan dijawab kemas oleh TGNA sendiri, Dr. Mohamed Fadli selaku Pengerusi Jk Penerangan, Pembangunan Maklumat Kelantan, Dato' Hj Takiyuddin & Dato Hj Husam Musa.

Blogger TBO mengutarakan persoalan...

Beberapa isu dibangkitkan. Sensetif atau pun tidak ianya menjadi penguat dan ketelusan dapat dijelmakan bersama ahli blogger yang hadir. Majlis seumpama ini amat berguna demi memperkukuhkan ukhuwah sesama bloggers sambil saling kenal mengenali antara satu sama lain.


Tahniah , syabas dan terima kasih kepada Barisan Urusetia program yang mengizinkan kami hadir mengikuti majlis tersebut. Moga usaha sebegini akan dapat meningkatkan semula semangat penulis2 bloggers dan FB untuk seiring dengan tuntutan dakwah bagi memenangi syiar Islam ketempat selayaknya.

* Alhamdulillah , paspasirsalak juga berkesempatan dan diberi peluang hadir bersama dalam program ini dari awal hingga akhirnya. Tahniah atas kejayaan penganjuran dan terima kasih atas cenderamata daripada Kerajaan Kelantan yang diperolehi.
Tak lupa juga buat blogger gajahmenta.blogspot.com yang telah menaja perjalanan & tol kami bersama.

Khamis, Januari 13, 2011

MAGGI BN SUDAH KEMBANG!!!

Kenyataan Media

(11 Januari 2011)

CALON BN PRU13: MUKA LAMA TERGUGAT?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendapat maklumat bahawa Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir,

selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak, akan menyenaraikan muka-muka baru sebagai calon BN menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti termasuk calon muda sebagai satu perubahan dan lonjakan terhadap kepimpinannya. Langkah tersebut dikira sebagai satu bentuk tindak balas terhadap pengiktirafan Dato’ Seri Haji Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Presiden BN, kerana masih mengekalkannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak.


Termasuk juga perubahan tersebut adalah perlantikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak yang baru, Khairul Azwan Dato’ Harun yang menggantikan Maslin Sham Razman. Perlantikan ini juga dilihat sebagai satu 'signal' jelas kepada mana-mana tokoh lama yang dikenalpasti tidak berkemampuan atau tidak dilihat membantu kepimpinan Datuk Seri Zambry. Faktor ini juga akan memberikan imej baru kepada BN Perak kerana menampilkan muka baru yang lebih muda sebagai calon. Apapun bagi DPPN Pk, kami juga sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut bagi berdepan dengan BN dalam PRU nanti.


Bagi DPPN Pk, rakyat pada hakikatnya sudah dapat melihat dan menilai kemampuan Datuk Seri Zambry sebagi nahkoda dalam mengemudi satu barisan kepimpinan yang sebahagian dari mereka jelas bukan daripada pasukan 'pilihan'nya. Seorang pemimpin muda berwibawa sepatutnya memanafaatkan sebaik mungkin barisan kepimpinan yang sedia ada, namun kualiti ini tampaknya tiada pada Datuk Seri Zambry yang dilihat secara jelas bakal membuat satu kejutan besar bagi BN Perak bagi menghadapi PRU 13 kelak. DPPN Pk mengalu-alukan langkah Datuk Seri Zambry menyediakan pentas baru untuk tokoh-tokoh muda terutamanya bagi merancakkan lagi suasana PRU 13 dan bagi rakyat membuat penilaian sebenar terhadap kemampuan seseorang pemimpin sejati.


Bahkan, DPPN Pk sudah bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan barisan baru Datuk Seri Zambry ini. Rakyat juga amat tertunggu-tunggu melihat perkembangan BN Perak pada PRU 13 nanti. Bagi DPPN Pk, kuasa rakyat yang mampu menaikkan mana-mana pemimpin yang terbaik itulah jua yang boleh menurunkan mana-mana pemimpin pada bila-bila masa sahaja, berkat petunjuk dan hidayah Allah yang padaNya jua Raja segala Kuasa.


MOHD MUNIR ALI

Timbalan Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Selasa, Januari 11, 2011

Belum kempen Umno-BN sudah gelabah

KUALA LUMPUR: Bukan PAS sebaliknya Umno yang dilihat sudah turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang bagi menjalankan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung 30 Januari ini kata, Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed.


Tegasnya, PAS tetap mematuhi peraturan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkempen selepas hari penamaan calon pada 22 Januari ini.

“Saya sangkal tuduhan Umno yang mengatakan PAS sudah berkempen di Tenang.

“PAS belum kempen lagi yang ada kita hanya baru melancarkan gerak kerja kempen pilihan raya bukan kempen.

“Memanglah PAS sudah berkampung di Tenang tetapi untuk menggerak jentera pilihan raya,” katanya kepada Harakah.

Baru-baru ini, pimpinan Umno mendakwa PAS mula berkempen untuk PRK Tenang biarpun belum tiba hari penamaan calon.

Mengulas lanjut, Dr Mahfodz mendakwa akhir-akhir ini ramai menteri malah Menteri Besar Johor sudah turun ke Dun Tenang.

“Kalau dulu susah hendak melihat menteri datang ke Tenang untuk melawat kampungkampung dan Felda.

“Bagaimanapun mereka tidak mengaku berkempen sebalik mendakwa turun sebagai pegawai kerajaan kononnya,” dakwanya.

Beliau juga mendakwa, antaranya kedatangan mereka berselindung di sebalik program menghulurkan bantuan seperti memberi beg sekolah atau bantuan kewangan kepada penduduk,” katanya lagi.

Menurutnya, walaupun mereka tidak memberi ceramah, itu menunjukkan mereka sudah memulakan kempen di sana.

Malah katanya, sebelum ini suasana begitu sukar dilihat malah ada kematian pun mereka tidak turun.

Tetapi katanya, sekarang ini sudah ramai pimpinan Umno menampakkan muka mereka di Tenang.

Sementara itu katanya, PAS dan Pakatan Rakyat memulakan gerak kerja pilihan raya dengan strategi lebih kepada penerangan berbanding serangan.

“Orang sini tidak suka diserang sebab itu kita adakan sesi penerangan ke atas sesuatu isu,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pendekatan dakwah akan dilakukan bagi menarik pengundi.

Ini katanya, orang yang hendak ditarik PAS bukan hanya orang atas pagar tetapi semua pengundi termasuk Umno.

Isnin, Januari 10, 2011

Anak JATI Pasir Salak kan masuk gelanggang!!!


Dunia sebenar kini menerima masuk kembali insan perantau, anak jati Pasir Salak. Sdra Muhaimin Sulam kini memasuki gelanggang yang mewarnai semangat kebenaran. Inspirasi yang akan dicetuskan beliau kelak diharapkan menjadi pengukuh kemantapan ummah terutamanya jiwa anak2 muda masa kini.

'Kita mentadbir bukan memerintah' - TG Nik Aziz


SHAH ALAM, peringatan terhadap kematian yang menjadi ungkapan pertama bilamana TGNA melangkah hadir ke rostrum amat tersentuh jiwa sekalian yang hadir. Keuzuran diri dalam usianya , namun cekal dan mantap di khalayak ramai. Inilah sifat seorang pemimpin ISLAM tidak akan sesekali mengalah dengan mencari pelbagai alasan untuk terus berjuang agar keazaman menegakkan Syiar ISLAM di negara tercinta.


'Ambo tak nak guna kalam memerintah, kerana kita adalah sebagai pentadbir amanah ALLAH' - ianya dikupas dengan penuh iltizam dalam memberikan kefahaman buat hadirin. Keyakinan kita terhadap ALLAH perlu diutamakan dan melekat dalam diri barulah kita yakin dengan perjuangan ini.

UMNO tandus hasil sikapnya yang rakus. Pengalaman silam menjadikan PAS matang untuk bermain politik bersama mereka. Walaupun kejayaan dan kemenangan ISLAM terkadang keihatan dinafikan dengan mainan mereka , namun dengan keyakinan ISLAM akan menjadi CEMERLANG membawa hakikat kebenaran akan dijulang di negara tercinta ini.


Tugas dan peranan setiap dari kita sebagai umat ISLAM harus dilipatgandakan. Sikap tunding jari tanpa kita turun berkhidmat dalam jemaah ini perlu dielakkan sama sekali. Kerjasama memikul tugas dan baiki kelemahan diri menjadi ramuan kejayaan ISLAM yang HAKIKI.

TGNA yang berucap dihadapan hampir 30 ribu umat manusia di Stadium Malawati, S.Alam sempena Program Solat Hajat & Pidato Perdana malam tadi. Moga kekuatan dan semangat malam tadi akan dapat diteruskan demi memartabatkan ISLAM menakluki dan memimpin kita di Malaysia ini.

Himpunan Munajat Perdana, suatu usaha mencari Redho ALLAH penyatuan Umat Malaysia


SHAH ALAM 9.1.2011 mencatat sejarah lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.
Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap. -Hrkh

Jumaat, Januari 07, 2011

DANA YBU: SIAPA AKAN AUDIT?

Kenyataan Media (6 Januari 2011)

DANA YBU: SIAPA AKAN AUDIT?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta Kerajaan Negeri Perak memberikan penjelasan terhadap dana kewangan Yayasan Bina Upaya (YBU) yang diumumkan mencapai pengumpulan sehingga RM8.5 juta pada tahun ini secara terperinci dengan melantik audit rasmi daripada kerajaan negeri dan juga swasta yang bertauliah bagi memastikan dana tersebut tidak disalahgunakan.


Ini kerana dengan dana yang sebegitu besar, amat dibimbangi akan disalahgunakan untuk kegunaan politik semata-mata tanpa mengikut saluran yang telah ditetapkan. Sudah tentu kewujudan YBU ini adalah platform politik Barisan Nasional (BN) untuk memberikan keyakinan rakyat akan keprihatinan BN di dalam menyelesaikan segala isu rakyat. Malah dana yang diperolehi akan memastikan BN akan terus memerintah dengan menyuntik pemikiran rakyat yang melihat kewujudan YBU ini sebagai sangat penting oleh BN.


Secara tidak langsung, sudah tentu peranan yang dimainkan oleh YBU ini akan mengurangkan atau menafikan terus tugas jabatan kerajaan yang terlibat di dalam segala bentuk saluran yang telah diberikan. Rakyat melihat YBU ini sebagai ganti kepada semua agensi jabatan kerajaan yang terlibat dan wujudnya YBU ini adalah langkah terbaik BN di dalam menawarkan khidmat yang selama ini dibuat melalui agensi jabatan kerajaan sediaada. Maka semua agensi jabatan kerajaan tersebut langsung tidak menjalankan tanggungjawab mereka terus kepada rakyat tetapi mesti melalui YBU.


Malah turut dibimbangi ialah dana tersebut adalah untuk menyusun program-program BN yang sudah tentu akan disalahgunakan kerana tidak diaudit secara telus. Rakyat melihat mana-mana projek yang dilakukan oleh YBU ini lebih bermotifkan politik BN semata-mata tanpa memikirkan wang rakyat tersebut yang telah disalahgunakan.



SALMAN HAJI SALEH

Naib Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Selasa, Januari 04, 2011

SELAMATKAN GENERASI MASA DEPAN, PASTIKAN PERJUANGAN INI DITERUSKAN MEREKA

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan agar seluruh ahli PAS memastikan kesinambungan perjuangan dapat dipelihara dengan baik dengan memastikan anak-anak dan anggota keluarga mereka menjadi ahli PAS dan mendaftarkan diri masing-masing dalam daftar pemilih bagi menjalankan tanggungjawab memastikan kemenangan dalam setiap kali pilihanraya diadakan.

Menurut beliau anak-cucu kita adalah antara golongan penting yang perlu membuat perubahan politik secara besar-besaran dalam pilihanraya akan datang bagi menyelamat negera kita dari penyelewengan Umno BN.

Memetik kata-kata beliau “Kita sebagai ahli PAS perlu sedar tanggungjawab besar untuk membuat perubahan politik yang bermula dari diri kita dan memastikan generasi kita menjadi ahli dan pendukung parti bagi kesinambungan perjuangan

“ Kita tak mahu lihat ada ahli kita yang semangat berkobar-kobar menentang Umno tetapi tidak pula mahu mengikat anak-anak dalam jamaah yang akhirnya mereka menentang Islam yang kita perjuangkan”

Beliau juga menyatakan kini rakyat sangat memerlukan perubahan politik besar-besaran bagi menyelamatkan negara ini dari penyelewengan dan segala bencana termasuk masalah gejala sosial yang semakin dashyat.

Justeru Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik kepada rakyat Malaysia untuk menggantikan kepimpinan negara yang selama ini dikemudi oleh pemimpin Umno BN yang telah banyak menggadaikan hak negara dan kepentingan rakyat dan ia bertambah buruk apabila generasi muda di Malaysia kini semakin rosak akhlaknya disebabkan punyai pemimpin negara yang juga lebih teruk rosak akhlaknya, tegas beliau.

SPEAKER GANESAN GAGAL BERFUNGSI

Kenyataan Media

(30 November 2010)

SIDANG DUN PERAK: GAGALNYA FUNGSI R. GANESAN


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin dengan tindakan oleh orang yang berpengalaman seperti Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali hari ini yang menegur peranan yang dimainkan oleh Datuk R. Ganesan yang bertentangan serta salah mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang bersidang hari ini jelas tidak mahu akur menggunakan budibicara yang sebaik mungkin menyelesaikan perkara yang dibangkitkan oleh S. Kesavan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Hutan Melintang.


Kegagalannya berfungsi dengn baik terus dibangkitkan oleh Tan Sri Tajol Rosli yang jelas berpengalaman sebagai bekas Menteri Kebinet dan bekas Menteri Besar Negeri Perak yang lalu.


Malangnya Datuk Ganesan tidak mengindahkan saranan Tan Sri Tajol Rosli dengan menegaskan sikap sombong dan angkuhnya. Bagi DPPN Pk, jelas Datuk Ganesan tidak layak menduduki jawatan tersebut dan kurangnya pengalaman tersebut memperlihatkan Sidang DUN Perak seperti ‘Mesyuarat Orang Kampung’ dan sangat berbeza ketika mana Speaker Pakatan Rakyat (PR) yang dirampas S.Sivakumar ketika mengendalikan dewan dengan penuh disiplin dan mengikut peraturan.


Sudah tentu dunia akan mengetawakan kita di Perak dengan apa yang berlaku, termasuklah menggunakan kertas putih kosong untuk mengundi. Langkah yang pertama jelas Datuk Ganesan gagal memastikan semua ADUN mengikut Perintah Tetap tersebut. Disebabkan kegagalannya itulah Sidang DUN tertangguh dengan jenaka-jenaka yang tidak pernah dilihat oleh dunia. DPPN Pk sedar berita ini tidak akan dikeluarkan oleh media arus perdana, tetapi pekara ini perlu ditegur untuk kebaikan semua jua.


DPPN Pk berharap Datuk Ganesan bersikap lebih matang untuk meneruskan Sidang DUN pada hari esoknya dan tidak takut kepada bayang-bayang yang seolah-olah melihat akan diganggu oleh ADUN-ADUN Pakatan yang lebih arif tentang Peraturan Tetap Dewan. Dan jika beliau tidak mampu, sila pastikan Timbalan Yang DiPertua untuk meneruskan agenda selepas daripada ini. DPPN Pk juga mengucapkan tahniah kepada semua ADUN PR Negeri Perak kerana ingin memastikan semua persoalan rakyat dapat dijawab dan diselesaikan.


DR RAJA AHMAD AL-HISS

Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Isnin, Januari 03, 2011

PRU 13 : UMNO/BN Berpotensi Jadi Pembangkang – Baca Tulisan “THINK TANK" UM

Nukilan Oleh : Ulik Mayang

"Saya tidak akan meng’edit’ tulisan asal penulis ini. Saya yakin intipati tulisan ini adalah jujur. Ianya lahir dari hati yang ikhlas. Guna memberi panduan kepada pemimpin – pemimpin UMNO dalam menghadapi Pakatan Rakyat PRU 13 nanti. Kalau tulisan ini tidak diambil berat oleh UMNO , bermakna Putrajaya terpaksa diserahkan kepada Anwar Ibrahim dan rakan – rakan beliau.

Cuma , yang menariknya kepada pemimpin – pemimpin Pakatan Rakyat ialah intisari daripada tulisan ini , banyak boleh membantu dalam mengatur dan mengemaskini serta memantapkan lagi strategi bagi menghadapi UMNO/BN , yang dilihat ternyata sangat kritikal dan cukup goyah. Dirasakan sudah tidak banyak yang mampu dibuat oleh Najib dan barisan kepimpinan BN nya lagi ketika ini. Hampir kesemua isu yang berlaku sehingga hari ini tidak mneyebelahi nya. Najib sudah tenggelam dan lemas dalam isu – isu yang berbangkit ketika ini , dan akan bakal keluar dari masa ke semasa sehingga PRU 13

Walaupun yang membuat ulasan ini adalah musuh Pakatan Rakyat , tetapi tidak semua pandangan musuh adalah tidak ikhlas , kerana ada kalanya dalam keadaan tidak sedar segala kekuatan lawan terpaksa diakui dengan harapan orang atasan mendengarinya. Mungkin ada yahg berfikiran ini adalah perangkap dan perang psikologi sahaja , tetapi apa salahnya diteliti hujah ini dan digunapakai mana - mana yang sesuai.

Baca seterusnya ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

"Hantu" PRU Ke-13 Bagi BN dan PR

Oleh A Kadir Jasin


BANYAK petanda semasa menjurus kepada pilihan raya umum diadakan lebih awal daripada tempoh sah Parlimen.Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak telah mula menghidangkan sajian-sajian PRU seperti cuti umum merayakan kemenangan pasukan bola kebangsaan dalam pertandingan Piala AFF Suzuki dan bayaran khas kepada peneroka Felda serta pelantikan baru dalam Umno. Sebelum itu kerajaan mengumumkan penangguhan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang begitu hebat dipromosikan beberapa bulan lalu.


Dikhabarkan juga yang dalam masa beberapa hari lagi beliau akan bersidang dengan semua Wakil Rakyat Barisan Nasional bagi mendapatkan maklum balas mengenai sentimen rakyat jelata terhadap pemerintahannya. Dari aspek undang-undang, PRU tidak perlu diadakan hingga Mac 2013 atau lewat daripada itu setelah mengambil kira tarikh PRU ke-12, tarikh persidangan pertama Parlimen dan hakikat bahawa PRU boleh diadakan dalam masa 60 hari selepas tamat tempoh Parlimen. Namun daripada gaya percakapan pemimpin politik, sama ada pemerintah atau pembangkang, PRU ke-13 akan diadakan jauh lebih awal daripada itu.


Ada ramalan mengatakan seawal Mac tahun ini kerana Mohd Najib mahukan mandatnya sendiri dan angka 11 adalah nombor “bertuah” beliau, lantas kenderaan bermotornya berangka plat 11. Alasan yang lebih serius ialah keyakinan beliau bahawa BN sudah cukup pulih dan bersedia untuk menghadapi pengundi. Ramalan ini dikukuhkan oleh keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 30 November lalu yang menangguhkan selama 18 bulan pemilihan parti yang sepatutnya berlangsung tahun ini. Ini diikuti oleh pelantikan Pengerusi Perhubungan Umno bagi negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.


Walaupun Mohd Najib cuba meredakan spekulasi dengan mengatakan penangguhan pemilihan Umno bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan perlembagaan dan pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini, namun ramai yang tidak yakin. Kemudian, ketika bercakap kepada wartawan Malaysia di Phnom Penh pada 2 Disember lalu, Mohd Najib berkata PRU akan datang akan menjadi “hari penentuan” bagi BN. Mesej Perdana Menteri yang lebih utama adalah kelangsungan BN sebagai parti peneraju pemerintahan. Katanya, sama ada PRU diadakan awal atau lewat, keputusannya kelak akan menjadi petanda kelangsungan BN.


Petanda PRU Mengejut Daripada tanda-tanda yang semakin banyak muncul, Perdana Menteri nampaknya tidak akan menunggu sehingga saat akhir untuk mengadakan PRU atas sebab-sebab berikut:-


1. Beliau yakin kedudukannya cukup kuat untuk mengharapkan prestasi lebih baik daripada PRU 2008;


2. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada “kebaharuan” kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk merayu diberi peluang memerintah dengan mandat sendiri;


3. Beliau yakin beliau boleh mengulangi rekod Perdana Menteri sebelum beliau yang semuanya menang besar dalam PRU pertama masing-masing;


4. Beliau yakin perubahan kepemimpinan parti-parti komponen utama BN – MCA dan MIC – mula mengembalikan sokongan bukan Melayu;


5. Beliau yakin segala dasar, pelan dan projek yang beliau perkenalkan mula berhasil dan mendapat sokongan rakyat jelata;


6. Beliau tidak mahu tunggu lama kerana bimbang suasana ekonomi yang semakin cerah sekarang tidak mampu bertahan lama. Seperti diumumkan, kadar pertubuhan kasar ekonomi suku tahun telah mula menurun; dan


7. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada suasana yang tidak menentu dalam parti-parti Pakatan Rakyat, khasnya Parti Keadilan Rakyat.


Perjalanan Tidak Mudah Bagi PM Namun, perjalanan Mohd Najib ke arah mandat sendiri yang besar tidaklah semudah yang dibayangkan oleh para penyokong beliau. Pemulihan BN masih tidak muktamad dan kacau-bilau dalam PR serta di kalangan parti-parti anggotanya mungkin tidak seburuk yang digembar-gemburkan oleh media massa pro-pemerintah.


Yang pasti adalah kedudukan Mohd Najib sekarang adalah lebih teguh daripada Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau memanggil PRU 2008. Namun beberapa faktor yang menyebabkan prestasi BN merudum pada 2008 masih wujud. Mohd Najib perlu mengatasi dan menyelesaikan masalah ini kalau beliau tidak mahu nasib malang yang menimpa Abdullah tidak terjadi kepadanya. Antara faktor itu adalah:-


i. Masih ramai ahli dan penyokong BN, khasnya Melayu, yang berpaling tadah kepada pembangkang kerana “benci” kepada pentadbiran Abdullah masih kurang yakin bahawa pentadbiran Mohd Najib lebih baik; (Pentadbiran Abdullah dituduh lemah, mungkir janji dan dilarikan oleh empat lima kerat anak menantu dan sekutu-sekutu beliau.)


ii. Mohd Najib wajib meyakinkan mereka bahawa kepemimpinannya tidak mempamerkan ciri-ciri yang sama iaitu campur tangan oleh orang luar parti, orang luar pentadbiran dan oleh ahli keluarga;


iii. Ramai orang Melayu masih tidak yakin bahawa cogan kata, dasar, pelan dan projek yang Mohd Najib perkenalkan menjamin hak dan kepentingan bangsa Melayu manakala bukan Melayu pula beranggapan mereka belum mendapat hak yang secukupnya;


iv. Walaupun pertumbuhan kasar ekonomi memuaskan, namun kenaikan kos sara hidup dan kekurangan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi terus menghantui tenaga kerja, khasnya lepasan institusi pengajian tinggi; dan


v. Kesan projek-projek raksasa yang diumumkan sejak Mohd Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 masih belum meluas untuk dirasai dan dikecap oleh rakyat terbanyak.


Ini ditokok-tambah pula oleh faktor yang di luar kawalan kerajaan dan BN seperti kenaikan harga minyak dunia yang diramalkan melepasi US$100 setong tahun ini. Faktor-faktor berikut penting dalam menentukan trend pengundian dalam PRU akan datang:


a. Bilangan pemilih baru yang semakin ramai dan kematian pengundi tua. Trend pengundian di kalangan pengundi muda sukar ditentukan dan mungkin tidak memihak kepada BN;


b. Kemampuan PR mempamerkan kelainan, khasnya di negeri-negeri yang baru mereka takluki seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kedah;


c. Percambahan saluran maklumat baru dan kemunculan kewartawanan jelata (citizen journalism) dieksploitasi sepenuhnya oleh PR. BN yang memperkecil dan mempersendakan peranan media baru pada PRU 2008 masih tertinggal walaupun sudah mengubah pendirian dan mula memanfaatkan saluran alternatif ini; dan


d. Pengedaran akhbar arus perdana prokerajaan yang semakin menguncup dan kegiatan “channel switching” di kalangan penonton TV dan pendengar radio.


(Perangkaan Biro Audit Pengedaran (Audit Bureau of Circulations/ABC) bagi tahun audit berakhir 30 Jun, 2010 menunjukkan penjualan The Star’s jatuh daripada 295,479 kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times daripada 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus), Utusan Malaysia daripada 181,346 kepada 170,558 (-5.9 peratus) dan Berita Harian daripada 183,187 kepada 160,597 (-28.7 peratus). Jualan Utusan dan BH “dicuri” oleh dua akhbar ringan iaitu Harian Metro dan Kosmo. Kosmo mencatatkan peningkatan paling tinggi (naik 32.9 peratus) daripada 129,633 kepada 172,252 manakala Harian Metro nak 11.8 peratus kepada 378,354 naskhah.)


Kesimpulannya, walaupun Mohd Najib lebih popular berbanding Abdullah, tetapi beliau berdepan dengan pembangkang yang lebih kuat. PR mempunyai perwakilan yang besar di Parlimen dan dalam Dewan-Dewan Undangan Negeri. Mereka menguasai empat buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PR juga kuat di Perak dan Negeri Sembilan. Pada PRU 2008, PR tidak kuat tetapi BN sangat lemah. PR memperoleh kerusi tambahan kerana pengundi menolak BN. PR menjadi kuat kerana kelemahan BN. Sekarang BN dikatakan semakin pulih dan semakin kuat.


Tetapi kita perlu akui bahawa PR telah mempunyai kekuatan sendiri melalui perwakilan yang lebih ramai di Parlimen dan penguasaan ke atas Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Ini belum diambil kira keputusan pilihan raya DUN Sarawak yang terpaksa diadakan tidak lama lagi. Keputusannya akan memberi kesan besar kepada kedua-dua belah pihak. Apa pun, kita akan menyaksikan PRU yang sengit yang seperti kata Mohd Najib “akan menjadi hari penentuan bagi BN”. Tidak kurang pentingnya ia juga akan menguji kelangsungan PR serta keserasian sistem dua parti.


Ayat 104 surah an-Nisa’ : "Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan"

...Ini dia tuan-tuan ayat yg bgtau adat peperangan, ada kalah ada menang. Dua2 sakit. Gitu jugak dgn politik. So para pejuang Islam, inilah ayat utk kita terus istiqomah. Depa plan, kita pun plan. Kita tawakkal kpd Allah, tapi depa xdak. Tu ja kelebihan kita. ]


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO