Rabu, Mei 06, 2009

SUKANEKA PASTI CATAT SEJARAH TERSENDIRI

Tanggal 3hb. Mei 2009, telah berlangsung Sukaneka PASTI Kawasan Parlimen Pasir Salak. Kejohanan kali ini telah mencatat sejarahnya yang tersendiri dimana 10 buah PASTI telah berentap termasuk satu-satunya PASTI majoriti berbangsa India iaitu PASTI Vanakam, Ladang Rubana. Bagi meraikan penubuhan PASTI Vanakam tersebut maka jawatankuasa telah memilih sukaneka PASTI bagi tahun 2009 ini diadakan di SJK(T) Ladang Rubana.Kerjasama yang erat telah ditunjukkan oleh masyarakat setempat dan ini mengambarkan tiada sempadan agama dan bangsa dalam melaksanakan tuntutan riadhah sesama manusia. Seramai lebih kurang 180 orang peserta dari 10 buah PASTI kawasan Pasir Salak telah berjaya menganjurkan program seumpama ini dalam penuh muhibah. Jelaslah 51 tahun pembudayaan kebangsaan yang merasa jijik bersama bangsa lain dapat dilupuskan dengan tarbiah ummah sejagat.
Pengarah PASTI Negeri Perak Sdra Hasan Aladi, YDP PAS Kawasan Pasir Salak Ust Mustafa Shaari & saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Salak turut hadir dalam memeriahkan lagi sukaneka PASTI Parlimen Pasir Salak 2009. Sebanyak 22 acara meliputi tahap umur 4 tahun hingga golongan ibu bapa telah dijalankan. Sukaneka ini dirasmikan oleh Penolong Pengurus Ladan Rubana ini sendiri. PASTI Nurul Iman , Kg Gajah, dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Sukaneka bagi tahun 2009. Moga acara seumpama ini akan dapat diteruskan dalam merealisasikan semangat sebenar perpaduan antara kaum sebagai rakyat Malaysia yang harmoni.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO