Ahad, Mei 17, 2009

WARGA PENDIDIK KG. GAJAH, TOKOH GURU PASTI KEBANGSAAN 2009

Alhamdulillah, tanggal 16 Mei 2009 ini sejarah tercipta apabila Pn. Faridah bt. Dawam dari PASTI Nurul Iman, Kg. Gajah, telah dinobatkan sebagai

TOKOH GURU PASTI KEBANGSAAN 2009.
Anugerah ini telah disampaikan oleh
YB. SDRA SALAHUDDIN AYUB (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)
.
Majlis Khas Sambutan Hari Guru PASTI MALAYSIA di Hotel Emas Tawau, Sabah.
Seluruh warga Jawatankasa PAS Kawasan Pasir Salak, Jawatankuasa PASTI Kawasan Pasir Salak & Unit PASTI Nurul Iman, Kg. Gajah mengucapkan syabas dan setinggi TAHNIAH buat Pn. Faridah diatas penganugerahan tertinggi ini. Moga ianya menjadi rangsangan pemakin kejayaan buat rakan setugas, anak bangsa dan anak2nya. Kini walaupun memikul tugas sebagai ibu tunggal mendidik dan mengasuh anak2nya, namun tiada erti penat dalam berkhidmat untuk ISLAM & Ummah Sejagat.
Takbir .... ALLAHU AKBAR!!!!


Puan Faridah Dawam
Dilahirkan Pada 2 Mei 1968 di kg Gajah PerakTerlibat dengan PASTI dari 1988 selepas tamat peperiksaan STPM mengajar pada mualanya suka2 lama2 membuatkan beliau tertarik dengan PASTI walaupun imbuhan untuk mendidik anak2 PASTI tidak seperti tawaran yang pernah beliau dapat namun hatinya sudah terpaut dengan PASTI beliau juga terlibat dengan PAS seiring dengan penglibatan beliau di dalam PASTI...
Pada 1987 beliau menjadi AJK penaja penubuhan DMP Kg Gajah..dan pada umur 22 tahun beliau telah diberi amanah sebagai ketua DMP kawasan Kampung Gajah.

Beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Hasyim bin Yahya dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata namun pada tanggal 26 Julai 2006 ..

Telah berlaku satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Ma'ahad Al-Islah Sungai Lampam (Jalan kampung Gajah - Teluk Intan) yang melibatkan beliau sekeluarga..suaminya telah meninggal dunia didalam kejadian itu..beliau dan 2 orang anaknya cederah parah dan dimasukkan ke wad ICU Ipoh.

Berita kematian suami tercinta hanya diketahui setelah 5 hari kejadian berlaku ,dengan tabah beliau meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga dengan pendapat dari imbuhan guru PASTI sebanyak RM3oo sahaja serta sumbangan dari orang ramai..

Hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak2nya walaupun keseorangan sebagai ketua keluarga,beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan parti..

Bersama iltizam dan sokongan2 dari teman2 seperjuangan..beliau bertekad meneruskan perjuangan memastikan anak2nya..murid2 PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini. Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.

4 Comentários:

tumis berkata...

Tahniah Pada Puan Faridah Dawam.
Sesungguhnya andalah contoh ibu dan guru mithali.

Cekal dan tabah dalam menghadapi liku2 hidup.

Semoga suami, anda dan keluarga mendapat rahmat dari Allah swt.

Gajah Menta berkata...

Terima kasih ats ucapan anda.
Moga saya dan Tok Perak boleh bersatu.

gajahmenta

tumis berkata...

InsyaAllah.......tunggu masa dan ketikanya.....ia "pasti" tiba.

tumis berkata...

To'Jabor :- Sedarlah "Perjuangan Masih Belum Selesai" adakah ini yg menganggu sedara? Ada maksud tersirat dibaliknya..hilangnya bangsaku disitu.Wajar!!

Adakah perjuangan sedara sudah selesai? Sudah pasti jawabnya belum. Kerana jawapan yang pasti selesainya perjuangan hanya apabila hayat dikandung tanah.

Seandainya pewarismu meneruskan pejuanganmu, sudah pasti kamu akan mendapat ganjaran dariNya.

Serkap jarangmu menjengkelkan telinga mendengar. Sedara kenal saya? Sudah pasti tidak sekiranya sedara mengatakan saya exco ameno. Kerana sedara sudah silap serkap. Kita mencari kawan ada pula menuduh lawan....bagus sikap mu To' Jabor.

Sebaliknya saya juga boleh katakan saya kenal sedara sekiranya sedara tokey cabai bawang.

But anyway TQ to To' Jabor yang cepat serkap jarang cuma jgn jadikan langkah ini sebagai satu tindak tandukmu apabila mendapat amanah.

~wassalam~


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO