Isnin, Ogos 06, 2012

Iftar jamaei pererat silaturahim

6 Ogos 2012, Sekolah Rendah Islam Nurul Iman, Kampung Gajah menjadi tuan rumah Iftar Jamaei Pas Kawasan Pasir Salak 1433. Aktiviti sebegeni bukan sahaja dapat mempereratkan ukhuwah sesama ahli dan jawatankuasa malah beramal sama di bulan yang mulia ini.


Kehadiran AJK PAS Kawasan Pasir Salak yang dipimpin oleh Saudara Dr Muhaimin Sulam menunjukkan kesungguhan dalam organisasi semasa erat hubungan antara semua yang terlibat. Majlis yang dimulakan dengan Bacaan Yassin beramai-ramai sambil mendoakan kejayaan cemerlang para pelajar dalam UPKK & UPSR sekolah berkenaan sekaligus membaca tahli arwah kepada semua penyumbang iftar hari ini.


Selepas iftar solat didirikan secara berjemaah diikuti tazkirah ramadan mencari keutuhan keimanan telah disampaikan oleh al-Fadhil Ust Khairul Anwar Muhyidin. Majlis bersurai dengan perasaan kekitaan terjelma demi kelangsungan kemenangan Islam di kawasan Pasir Salak ini , Insyallah. Allahu Akbar!!!!

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO