Ahad, Ogos 05, 2012

Apakah mungkin ianya berlaku sebelum ini? Berbaik sangka.

4 Ogos 2012, Marina Island Hall telah diadakan satu jamuan makan malam Gerak Kerja PRU Dun Pasir Panjang, Lumut. Bendera PAS dikibarkan oleh majoriti pimpinan DAP & PKR demi kelangsungan dan kesepakatan kerjasama politik 'tahalus siasi' bermatlamatkan kerajaan bersih, adil dan berkebajikan. 




Mungkinkah gambaran ini berlaku , sebelum PRU 1999 lalu? Inilah hasil kefahaman terbuka mereka yang sentiasa mencari kebenaran dalam masa yang sama ingin membongkar segala kezaliman pemerintah BN yang ada kini.

Siapa boneka siapa? itu persoalan kampung yang jumud pemikirannya dimamah oleh nafsu rakus pemerintah BN yang kian mencipta kuburnya sendiri. Persefahaman pakatan moga dapat diteruskan bersama pendedahan ilmu dakwah Islam. 

Kelangsungan 'Tahalus Siasi' dalam politik Malaysia bersama Pakatan Rakyat ini perlu diperkukuhkan dengan penambahan ahli yang baharu parti masing-masing disamping melatih / mentarbiah ahli baru agar segar berpolitik demi Islam dinobatkan. Insyallah.  

*Terima kasih,  buat Saudara Loh Eng Soon & The Gang yang menganjurkan program tersebut serta menyediakan 3 meja buat team Media Perak berbuka puasa..

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO