Ahad, September 25, 2011

PM Naiki Bas @ Perak : Keperitan Rakyat VS Kemewahan Pemimpin

Senyum dapat merasai keperitan rakyat menaiki bas.

Inilah hakikat , bila mana heboh dan bangganya rakyat marhain Malaysia diberitakan pemimpin nombor satu bersama isteri terboros menaiki bas. "Keperitan rakyat kita rasakan bersama" itulah luahan hati mereka dalam gambar di atas. Merasai keperitan rakyat suatu pendekatan hebat meraih simpati untuk terus kekal memerintah.

Sehari sebelumnya, keluar kata-kata dari mulut nombor satu ini tentang Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah dan bersedia untuk menjalankan hukum Hudud di bumi Malaysia. Senyap , soh dan sepi ulamak2 lama , muda dan tok mufti mereka. Apa hukum seseorang pemimpin Islam melontarkan kata-kata demikian?

Maka keprihatinan dan kesudian pemimpin ini menaiki bas maka tertutup kesalahan besar mengeluarkan kenyataan itu. Aduhai rakyat dan pembaca, sememangnya menabur wang dan kemewahan adalah budaya pemimpin BN kini bagi meraih sambutan rakyat. Jangan mudah untuk mereka2 ini memperbodohkan kita.

Teringat admin ketika mana tahun 2009 , dimana pemimpin Pakatan Rakyat bersama bekas exconya menyertai ekspedisi jelajah Perak menaiki bas, dan bas yang dinaiki sememangnya bas yang rakyat biasa naiki... bukan sepertimana bas mewah di atas tu yang diubahsuai khusu untuk tujuan sehari sahaja.

2 Comentários:

P011 Pendang berkata...

masa saya belajar di london sekitar 2001-2003, datuk bandar london naik kenderaan awan (bas dan underground tube) ulang-alik ke pejabat selama sebulan semata-mata untuk memastikan servis kenderaan awam di kota london cekap dan efisyen. apa yg menarik, tak ada siapa yg tahu dia menggunakan perkhidmatan kenderaan awam sehinggalah beliau mengeluarkan laporan yg servis kenderaan awam di kota london masih ditahap memuaskan.


pemimpin di malaysia?... alahai!

Hansley Arnaz Hawana berkata...

Menaiki bas untuk merasa keperitan rakyat? Perit kepala bapak depa naik bas air-cond macam tu punya selesa. Tempat duduk empuk, lapang dan cantik. Memang sah pemimpin UMNO/BN hidup dalam serba-serbinya mewah. Naik bas melawat orang kampung yang susahpun dalam keadaan selesa. Inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat ... ke pemimpin tak endahkan rakyat. Memang bangsat.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO