Sabtu, Mei 23, 2009

BABAK SETERUSNYA : 'HIRAKI KEPUTUSAN MAHKAMAH NEGARAKU'

Drama 'Kemelut di Perak' akan diteruskan lagi dengan babak seterusnya .........

Kepada penyokong Pakatan Rakyat harap bersabar dan terimalah dengan redho kerana keputusan ni memang telah dijangka dan sebenarnya semua orang tidak terperanjat. Keputusan mahkamah Tinggi tu hari yang 'tersilap' adalah keputusan yang memeranjatkan . Sebab itu Mahkamah rayuan telah memperbetulkan 'kesilapan' tersebut.

Namun krisis di Perak belum berakhir, Nizar akan memfailkan lagi rayuan di Mahkamah Persekutuan pula. Pun keputusannya pun boleh dijangka . Itulah step by step sistem perundangan negara yang berpelembagaan dan berteraskan demokrasi. Kalau seseorang itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pun ada lagi dua peluang lain.

Sistem mahkamah di Malaysia adalah terpecah kepada 2 iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Bawahan.

Mahkamah Atasan terdiri dari 3 iaitu

1. Mahkamah Persekutuan - paling tinggi
2. Mahkamah Rayuan - kedua tinggi dan
3. Mahkamah Tinggi - ketiga dalam rangking Mahkamah atasan ini.

Terdapat juga Mahkamah Bawahan iaitu
1. Mahkamah Sesyen (bukan seksyen) membicarakan kes sivil melibatkan tuntutan RM25,000 hingga ke RM250,000
2. Mahkamah Majistret melibatkan tuntutan di bawah RM25,000
3. Mahkamah lain iaitu Mahkamah penghulu yang melibatkan tuntutan bawah RM50.

Juga jangan lupa Mahkamah yang paling glamour tetapi ramai yang pandang sebelah mata iaitu Mahkamah Syariah. Sebab itu ada artis yang dipenjarakan kerana tidak datang ke Mahkamah apabila dipanggil. Mahkamah Syariah yang membicarakan kes-kes dalam yang melibatkan undang-undang berkaitan Agama Islam bukan kes nikah kahwin cerai sahaja.

Mahkamah Rayuan mengatakan kuasa melantik MB dan PM di Malaysia adalah di tangan seseorang Sultan dan Agong. Ini bermakna jika mana-mana belah pihak pun kalau menang secara majoriti dalam pilihanraya pun mungkin tidak boleh jadi PM atau MB jika Sultan tidak perkenan.

Pening dengan politik di Malaysia tetapi dalam konfik demi konflik, krisis demi krisis dapat membuka mata dan hati kita untuk menetapkan di hati sanubari, belah mana kita nak pangkah di PRU akan datang.

"erti mengalah tidak sekali-kali..... lawan tetap lawan. kerana kebenaran bersama kita. Pejuang Islam tidak akan dihamparkan dengan karpet merah...malah laluan dan rintangannya adalah duri berbisa" - kata 'Hj.' sewaktu jam 4am (Jumaat) di PPPP, Ipoh.

1 Comentário:

TBO berkata...

quote dari artikel tuan:

Mahkamah Rayuan mengatakan kuasa melantik MB dan PM di Malaysia adalah di tangan seseorang Sultan dan Agong. Ini bermakna jika mana-mana belah pihak pun kalau menang secara majoriti dalam pilihanraya pun mungkin tidak boleh jadi PM atau MB jika Sultan tidak perkenan.

Pening dengan politik di Malaysia tetapi dalam konfik demi konflik, krisis demi krisis dapat membuka mata dan hati kita untuk menetapkan di hati sanubari, belah mana kita nak pangkah di PRU akan datang.

----------------------------------

salam

Apa yang tuan tulis tu adalah selari dengan undang2 dan perlembagaan persekutuan dan negeri, yang menjadi pertikaian ialah kuasa memecat Menteri Besar atau Ketua Menteri atau Perdana Menteri... apa yg berlaku di Perak ialah Sultan tiada kuasa memecat( rujuk kes Ghazali Jawi)tapi bila kes MB DS Nizar mahkamah boleh pulak menafsirkan artikel 16 (2)Perlembagaan Negeri Perak dengan memutuskan sultan mempunyai kuasa seperti yg telah baginda lakukan menemuranah 3 ADUn berkenaan dan melantik Zambry sebagai MB adalah sebahagian proses hilang kepercayaan(confidence) terhadap MB. Allahu'alam harap dapat dibetulkan.
Apapun kita teruskan perjuangan bak kata haji Sulaiman Peguam DS Nizar
Malaysia mepunyai hakim yang luarbiasa dan keputusan pun luarbiasa.

Lawan tetap lawan

http://naspazi.multiply.com/journal/item/458

http://speakforperak.blogspot.com/2009/05/hanipa-maidin-mahkamah-melahirkan.html


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO