Sabtu, Mac 15, 2008

Upacara angkat sumpah MB Perak bila-bila masa dari sekarang


PAS Perak telah mengesahkan kesemua Adun daripada ketiga-tiga parti politik, DAP, PKR dan PAS telah mencapai kata sepakat untuk bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Kata sepakat itu telah dicapai jam 10.00 malam tadi di Pejabat PAS Negeri Perak setelah penjelasan diberikan kepada Adun KeADILan yang mempertikaikan pencalonan Menteri Besar daripada PAS dan pembahagian kerusi Exco.

Persetujuan telah dicapai berhubung pembahagian kerusi di mana DAP mendapat 6, KeADILan 3 dan PAS 1.

Kesemua Adun terbabit telah menandatangani penyataan persetujuan untuk menerima Ir.Haji Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Selepas kata sepakat dan penyataan persetujuan diambil dari kesemua Adun dari ketiga-tiga parti, wakil-wakil dari DAP, KeADILan dan PAS telah bergegas pergi ke Istana Kinta untuk menyerahkan penyataan persetujuan kepada pihak istana.

Upacara angkat sumpah Menteri Besar ke-10 di Istana Iskandariah Bukit Chandan Kuala Kangsar akan dibuat pada bila-bila masa dari sekarang.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO