Rabu, Jun 27, 2012

Selat Pulau kini diperhati pimpinan PR sebagai isu penganiayaan

Semalam 25.6 , YB Dato Seri Ir Nizar melafazkan isu Penduduk Kg Selat Pulau di Dewan Rakyat atas penganiayaan 6-7 orang dinafikan hak mereka setelah memperolehi geran peruntukkan Azam Tani. Hari ini 26.6.12 beliau dah pun sampai ke Kg Selat Pulau - Kg Bawah Bungor & Kuliah Maghrib di Kg Biak Mukim Pasir Salak.

Mengeteh bersama ramai dan santai YB DS Ir Nizar yang dikenali

Inilah namanya prihatin, nama2 kg diatas tu taklah segah nama YB Dato Tajuddin Abdul Rahman, namun atas rasa tanggungjawab YB DS Ir Nizar, maka Dewan Rakyat dilaungkan Kg Selat Pulau. 
Sibuk-sibuk pun sempat main satu frame karom 
Kuliah Maghrib sempena Israk & Mikraj juga dijalankan di Madrasah Kg Biak, Mukim Pasir Salak. Biar pun kuliah maghrib namun secara santai YB DS Ir Nizar telah dapat mengupas realiti kehidupan seharian perua adanya semangat yang tersirat disebalik peristiwa Israk & Mikraj. Dimana setiap individu dari kita seharusnya perlu mendengar teguran dan pandangan orang lain termasuk yang memberikan padangan tersebut adalah orang bawahan dalam sesuatu organisasi.

Kuliah Maghrib mantop untuk komuniti setempat

Rata-rata jemaah yang hadir sangat berpuas hati mendengar bicara / tazkirah / kuliah dan juga penerangan tersirat atas isu yang didakwa oleh pihak pemerintah kini tentang Isu WWW1 oleh Sultan Johor. Sejurus program sepetang di Pasir Salak, beliau bergegas menghadiri  satu ceramah di Dun Changkat Jong bersama Leman Raja Lawak pula.

Ziarah pesakit & menyembuh selamat
Terima kasih YB DS Ir Nizar, Mediaperak.com & paspasirsalak.blogspot.com atas pembongkaran isu hasad dengki UMNO ini.


Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO