Jumaat, Jun 22, 2012

Ketua Kampung UMNO busuk hati racuni pimpinan atas , penduduk bawahan mangsa dikhianati hak mereka.

Selat Pulau, tanggal 30 Mac 2012 , telah berlangsung Majlis Serahan Peruntukkan Geran Azam Tani Peringkat Daerah Perak Tengah. Majlis telah pun disampaikan oleh Dato Tajuddin Abdul Rahman selaku MP Pasir Salak penggal ini. Sejumlah 80 orang penerima geran telah menerima geran tersebut.

Apa yang menarik dan menjadi isunya kini ada diantara Ketua Kampung & JKKK sebuah kampung di Mukim Pasir Salak ini telah mengeluarkan surat bantahan rasmi aduan ketidakpuasan hati hanya semata - mata daripada 80 orang itu 6 orang antaranya telah dikatakan sebagai ahli Parti Pembangkang.

Kenyataan ini jelas menunjukkan kecetekkan ilmu dan fanatik puak-puak jumud , yang mana hak penerimaan geran tersebut milik umum dan yang layak setelah semua syarat-syarat penerima telah diambil kira.  Surat siaran aduan untuk tindakan menyekat 6 orang penerima asal tersebut dilampirkan disini.

Surat aduan yang meracuni pimpinan atasan
Menurut salah seorang mangsa yang nama enggan disiarkan, beliau berkata penafian yang dilakukan oleh Ketua Kampung & barisan JKKK ini sangat jijik. Apakah ini yang dikatakan mendahului rakyat atau hanya ahli UMNO sahaja yang selayaknya menerima hak atas tanahair bumi Malaysia ini. Sedangkan tanahair Kampung Gajah ini yang sejarahnya Dato' Sagor & Dato Maharaja Lela memperjuangkan tanahair ini bukannya mereka ahli UMNO , malah mereka adalah dikalangan tuan-tuan guru terkenal dengan menegakkan syariat Allah di bumi Kampung Gajah & Pasir Salak ini.

Sehingga kini 6 orang tersebut tidak dapat melaksanakan terhadap apa yang dirancangkan bagi menambah dan mengubah kehidupan mereka seharian. "Menerusi penyenaraian 80 nama penerima-penerima geran lain itu termasuklah salah seorangnya  tersenarai adalah isteri Ketua Kampung berkenaan sendiri, namun begitu bagi rakyat biasa, sekiranya ianya berhak dan layak... silakan , namun mengapa masih menganggu kami" jelasnya.

antara petikan kandungan surat , bukti pimpinan tempatan yang jumud memimpin

Inilah hakikat Malaysiaku tercinta, politik boleh menyebabkan busuk hati manusia semakin meluap-luap. Salahkan penduduk kampung dalam negara yang demokrasi ini memperolehi hak yang sama sebagaimana orang lain. Syarat dan pemeriksaan pihak yang berwajib telah dijalankan dengn memberikan keputusan agar mereka-mereka ini selayaknya menerima apa yang dikemukakan. Dengan aduan ini, maka sehingga kini geran yang telah lama diterima hanya tinggal sekeping kertas, dan aduan dari pihak yang jumud , fanatik kepuakkan UMNO ini diambil kira sebagai suatu keuntungan dengan rasa tidak bersalah.

Kes ini akan difailkan ke mahkamah tidak lama lagi menerusi peguam yang telah lantikan , hasil persepakatan mereka bersama. Maka Pasir Salak dan khususnya Kampung Selat Pulau ini akan dapat publisiti terbaik hasil tindakan ketua dan JKKK nya yang menyekat hak rakyat bawahan ini.

Sidang Media Mangsa dengan pihak PR & media alternatif
Petang tadi 22hb Jun, telah ada sidang media khas 4 daripada  6 orang yang menjadi mangsa sekatan bantuan peruntukkan geran Azam 1 Tani tersebut bersama Unit Kebajikkan PAS Kawasan Pasir Salak, Media Perak & Harakah Cawangan Perak untuk kenyataan rasmi apa yang terbuku dihati mereka. Turut bersama Pn. Jamaliah Sudin, Ketua Muslimat PAS Kawasan Pasir Salak merangkap JK Muslimat  PAS Perak, Ust Drs Ishak Shaari, JK Pembanggunan Tanah & Wilayah PAS Pusat dan juga JK MTD PAS Pasir Salak, Kekanda MSK bersama Sis. Jasmin dari MediaPerak dan beberapa pimpinan PR tempatan.

Moga pendedahan ini menjadi pengajaran dan pedoman buat semua pengundi tempatan , agar mengetahui sikap sebenar golongan pemimpin BN setempat.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO