Jumaat, Jun 29, 2012
Rabu, Jun 27, 2012
Selat Pulau kini diperhati pimpinan PR sebagai isu penganiayaan
Semalam 25.6 , YB Dato Seri Ir Nizar melafazkan isu
Penduduk Kg Selat Pulau di Dewan Rakyat atas penganiayaan 6-7 orang dinafikan
hak mereka setelah memperolehi geran peruntukkan Azam Tani. Hari ini 26.6.12
beliau dah pun sampai ke Kg Selat Pulau - Kg Bawah Bungor & Kuliah Maghrib
di Kg Biak Mukim Pasir Salak.
Mengeteh bersama ramai dan santai YB DS Ir Nizar yang dikenali |
Inilah namanya prihatin, nama2 kg diatas tu taklah segah nama YB Dato Tajuddin Abdul Rahman, namun atas rasa tanggungjawab YB DS Ir Nizar, maka Dewan Rakyat dilaungkan Kg Selat Pulau.
Sibuk-sibuk pun sempat main satu frame karom |
Kuliah Maghrib mantop untuk komuniti setempat |
Ziarah pesakit & menyembuh selamat |
LABEL : ISU PANAS, PEMBONGKARAN, PENGHARGAAN
Artigos Relacionados:Selasa, Jun 26, 2012
Menipu budaya siapa?
Bertindak menerusi hebahan dan pembongkaran blog paspasirsalak & Mediaperak.com , YB Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin telah mengemukakan soalan terus kepada YB Dato' Tajuddin Abdul Rahman didalam Sidang Dewan Rakyat di Parlimen semalam 25/6/2012. Keprihatinan beliau untuk mendapatkan jawapan balas dipuji oleh masyarakat & rakyat bawahan terutama pihak yang terlibat di ceruk Kg Selat Pulau, Mukim Pasir Salak. Jawapan balas yang bersahaja telah diberikan oleh YB Dato' T, dengan menyatakan beliau baharu sahaja diberitahu sehari sebelumnya dan akan memastikan bahawa isu ini akan diselesaikan.
Namun , rope-ropenye , bukti sahih keluar dengan menunjukkan bahawa surat sokongan larangan dan sekatan bantuan terhadap 6 orang mangsa yang dikatakan pembangkang itu telah pun diberikan laluan s.k. sendiri kepada pihaknya. Tarikh surat 4 April 2012. Aduyai... kalu dalam dewan rakyat pun boleh bohong, apatah lagi bila berhadapan dengan pengundi di Parlimen Pasir Salak terutama DUN Kampung Gajah!!!
Berikut adalah pembongkaran oleh Mediaperak.com
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/06/26/tajudin-pasir-salak-bohong-dalam-parlimen/
LABEL : ISU PANAS, PEMBONGKARAN
Artigos Relacionados:Jumaat, Jun 22, 2012
Ketua Kampung UMNO busuk hati racuni pimpinan atas , penduduk bawahan mangsa dikhianati hak mereka.
Selat Pulau, tanggal 30 Mac 2012 , telah berlangsung Majlis Serahan Peruntukkan Geran Azam Tani Peringkat Daerah Perak Tengah. Majlis telah pun disampaikan oleh Dato Tajuddin Abdul Rahman selaku MP Pasir Salak penggal ini. Sejumlah 80 orang penerima geran telah menerima geran tersebut.
Apa yang menarik dan menjadi isunya kini ada diantara Ketua Kampung & JKKK sebuah kampung di Mukim Pasir Salak ini telah mengeluarkan surat bantahan rasmi aduan ketidakpuasan hati hanya semata - mata daripada 80 orang itu 6 orang antaranya telah dikatakan sebagai ahli Parti Pembangkang.
Kenyataan ini jelas menunjukkan kecetekkan ilmu dan fanatik puak-puak jumud , yang mana hak penerimaan geran tersebut milik umum dan yang layak setelah semua syarat-syarat penerima telah diambil kira. Surat siaran aduan untuk tindakan menyekat 6 orang penerima asal tersebut dilampirkan disini.
Surat aduan yang meracuni pimpinan atasan |
Sehingga kini 6 orang tersebut tidak dapat melaksanakan terhadap apa yang dirancangkan bagi menambah dan mengubah kehidupan mereka seharian. "Menerusi penyenaraian 80 nama penerima-penerima geran lain itu termasuklah salah seorangnya tersenarai adalah isteri Ketua Kampung berkenaan sendiri, namun begitu bagi rakyat biasa, sekiranya ianya berhak dan layak... silakan , namun mengapa masih menganggu kami" jelasnya.
antara petikan kandungan surat , bukti pimpinan tempatan yang jumud memimpin |
Inilah hakikat Malaysiaku tercinta, politik boleh menyebabkan busuk hati manusia semakin meluap-luap. Salahkan penduduk kampung dalam negara yang demokrasi ini memperolehi hak yang sama sebagaimana orang lain. Syarat dan pemeriksaan pihak yang berwajib telah dijalankan dengn memberikan keputusan agar mereka-mereka ini selayaknya menerima apa yang dikemukakan. Dengan aduan ini, maka sehingga kini geran yang telah lama diterima hanya tinggal sekeping kertas, dan aduan dari pihak yang jumud , fanatik kepuakkan UMNO ini diambil kira sebagai suatu keuntungan dengan rasa tidak bersalah.
Kes ini akan difailkan ke mahkamah tidak lama lagi menerusi peguam yang telah lantikan , hasil persepakatan mereka bersama. Maka Pasir Salak dan khususnya Kampung Selat Pulau ini akan dapat publisiti terbaik hasil tindakan ketua dan JKKK nya yang menyekat hak rakyat bawahan ini.
Sidang Media Mangsa dengan pihak PR & media alternatif |
Moga pendedahan ini menjadi pengajaran dan pedoman buat semua pengundi tempatan , agar mengetahui sikap sebenar golongan pemimpin BN setempat.
LABEL : ADUAN, ISU TEMPATAN, KHIANAT
Artigos Relacionados:Khamis, Jun 21, 2012
Selasa, Jun 12, 2012
Kompleks Sejarah Pasir Salak kini tempat BERCERAMAH?
Setelah hampir pasti Pemuda UMNO Kg Pulau Juar kan lenyap, kini Kompleks Sejarah Pasir Salak juga akan menjadi saksi kebangkitan jemaah PAS bersama Pakatan Rakyat. Satu persatu hati rakyat dimenangi dengan kebajikan dan ketelusan kepimpinan jemaah Islam. Tidak mustahil , lokasi sejarah ini terus menerus menjadi sejarah dengan semangat Dato Sagor & Dato Seri Maharaja Lela sendiri.
Kompleks Sejarah Pasir Salak |
UPU Pasir Salak sememangnya dikuasai oleh PAS & Keadilan bagi penggal sebelumnya, sudah pasti kegelisahan pendokong dakyah UMNO kian kegelian untuk memenangi jiwa orang muda setempat.
Jom kita bersama YB Khalid Samad & Bakal Calon DUN Kampung Gajah PRU-13 |
Kuasa wang yang digunakan oleh pemerintah sekarang, pastinya diambil, walaubagaimanapun mantop orang muda cermin kebenaran bersama ISLAM akan terus bersinar.
Pada 16 Jun 2012, YB Khalid Samad , Ahli Parlimen Shah Alam akan menjejakkan kakinya di bumi sejarah ini. Kompleks Sejarah Pasir Salak kini akan menjadi lokasi ceramah penerangan isu-isu PANAS kontemporari. Bersamanya kelak Ust Ishak Shaari yang juga dengan gelaran DRs Ishak Shaari, disebut-sebut bakal calon PAS N49 DUN Kampung Gajah turut sama berkongsi dan memberi kupasan isu semasa disana.
Orang ramai seantara Perak dan anak-anak tempatan setempat dijemput hadir bersama bagi menyatakan sokongan dan mengetahui info mendalam demi kemenangan ISLAM bersama menuju ke Putrajaya.
LABEL : CERAMAH SANA SINI, GEMPUR, IKLAN
Artigos Relacionados:Sabtu, Jun 09, 2012
Isu Scandal Scopene : memalukan M'sia di kala Chong Wei & Nicol David No. 1 Dunia.
Fadiah Nadwa antara Peguam Rakyat Malaysia yang cekal bersama fail-fail Isu Scandal Scopene |
Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Kanada (Vancouver Sun)
Berdasarkan laporan yang dibuat oleh portal berita itu, Datuk Najib dipercayai atau disyaki telah memainkan peranan sebagai dalang atau perancang utama kepada pembunuhan Altantuya
Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Hong Kong (Ming Pao)
- Sebuah syarikat Hong Kong, Terasasi diheret dalam kes ini scorpene scandal ini
- Terdapat pengesahan untuk mengatakan Razak Baginda dan juga Abdul Mulim Baginda sebagai pengarah syarikat. Kedua-dua individu ini beralamatkan Kuala Lumpur, tetapi alamat syarikat di Hong Kong ini merupakan syarikat setiausaha.
- Syarikat di Hong Kong, Terasasi itu yang didakwa telah menyalurkan 36 juta Euro kepada Datuk Seri Najib dan rakannya
- Sebuah syarikat Perancis, DCNS disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia bagi mendapat kontrak membekalkan 3 buah kapal selam Scorpene ke Malaysia melalui sebuah syarikat Hong Kong (Terasasi) yang ada kaitan dengan Razak baginda
Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Kemboja (The Phnom Penh Post)
- And PM Najib may not escape so easily either, since the issue will be raised in parliament next week and will impact the coming general election.
- If so, Tuya’s gruesome death will not have been in vain
LABEL : ISU PANAS, MEMALUKAN MALAYSIA
Artigos Relacionados: