Isnin, Januari 24, 2011
Sabtu, Januari 22, 2011
PANAS!!! : Baru dilantik Ketua Kampung , dicekup berkhalwat dengan janda & disyaki +ve Syabu
LABEL : BERITA PANAS
Artigos Relacionados:Puluhan ribu penyokong Pakatan banjiri Labis
LABIS, 22 Jan: Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya Kecil Tenang.
Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.
Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.
Perarakan calon bermula seawal jam 8.20 pagi menuju pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Majlis Daerah Labis yang terletak kira-kira 2 km dari situ. Ketika itu, kira-kira 5,000 orang menyertainya.
Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.
Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.
Berita dari Harakahdaily
Gambar oleh Loserkid
Rabu, Januari 19, 2011
Kalu Berani Turun Dilapangan.....
Isnin, Januari 17, 2011
Zainol Makan Gaji Buta
16 Januari...Kg Attaduri : Penduduk meluahkan rase kesal dgn tindakan ADUN Sg.Manik (Zainol) yg lansung tidak mengambil tahu masalah yg berlaku di kawasan dye..Masalah ini berlaku tidak jauh dri kediaman dye..
Sebelum ini penduduk ade menghantar aduan masalah ini ke pjbt dye lansung tidak dihiraukan dan tiada sebarang tindakan yg diambil..masalah ini berlarutan sehingga mengakibatkan banjir di kampung berhampiran..
Sebelum Pilihan Raya dulu dye janji bukan main lg manis..nak bela orang kampung konon..Tp bile jd mcm ni mcm org buta mate dan pekak telinga...X boleh pki lansung ADUN Sg.Manik ni..Mane dye campak slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan tu..rakyat yang kene dulu ade la..Dye makan gaji buta la tu..(tegas salah seorang penduduk kampung tersebut).
Lanjutan drp itu penduduk kampung terus mengadu masalah yg mereka alami pihak DHPP (Dewan Himpunan Penyokong Pas Pasir Salak)..Tanpa mengira status,bangsa dan fahaman Politik, pihak AJK DHPP mendengar aduan mereka dan mangambil tidakan yang sewajarnya..
AJK DHPP dan Pas Pasir Salak bertungkus lumus mencari cara dan dana untuk menyelesaikan masalah mereka..berikutan itu pihak AJK DHPP dan Pas Pasir Salak telah menyewa khidmat jentera dan membuat gotong-royong untuk membuat saliran yg lebih baik bg mengelakan berlakunya banjir..Antara yg turut hadir dan membantu semasa gotong-royong Pengerusi DHPP Pasir Salak (Richard Wong) Pengerusi DHPP T.Intan (Hacharan Singh) dan AJK Pas Pasir Salak (Zainal)..Dgn adanya saliran ini air dpt mengalir dgn baik..
Jentera Yg Disewa oleh Ajk DHPP & Pas Pasir |
Saliran Yg Dibina |
Laluan Air Yg Baru Dibuat |
Pegerusi DHPP Pasir Salak (Richard Wong) bersama Penduduk Kampung |
Richard Wong Turut Sama Membantu |
Richard Antara Yg Bertungkus Lumus |
AJK Pas Pasir Salak (no 2 dari kiri) Saudara Zainal, Pengerusi DHPP T.Intan (no 1 dari kanan) |
LABEL : BERITA SEMASA
Artigos Relacionados:Ahad, Januari 16, 2011
TGNA & Exco Kelantan raikan Bloggers @ Grand Season Hotel, KL
LABEL : BERITA SEMASA
Artigos Relacionados:Khamis, Januari 13, 2011
MAGGI BN SUDAH KEMBANG!!!
Kenyataan Media
(11 Januari 2011)
CALON BN PRU13: MUKA LAMA TERGUGAT?
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendapat maklumat bahawa Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir,
selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak, akan menyenaraikan muka-muka baru sebagai calon BN menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti termasuk calon muda sebagai satu perubahan dan lonjakan terhadap kepimpinannya. Langkah tersebut dikira sebagai satu bentuk tindak balas terhadap pengiktirafan Dato’ Seri Haji Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Presiden BN, kerana masih mengekalkannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak.
Termasuk juga perubahan tersebut adalah perlantikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak yang baru, Khairul Azwan Dato’ Harun yang menggantikan Maslin Sham Razman. Perlantikan ini juga dilihat sebagai satu 'signal' jelas kepada mana-mana tokoh lama yang dikenalpasti tidak berkemampuan atau tidak dilihat membantu kepimpinan Datuk Seri Zambry. Faktor ini juga akan memberikan imej baru kepada BN Perak kerana menampilkan muka baru yang lebih muda sebagai calon. Apapun bagi DPPN Pk, kami juga sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut bagi berdepan dengan BN dalam PRU nanti.
Bagi DPPN Pk, rakyat pada hakikatnya sudah dapat melihat dan menilai kemampuan Datuk Seri Zambry sebagi nahkoda dalam mengemudi satu barisan kepimpinan yang sebahagian dari mereka jelas bukan daripada pasukan 'pilihan'nya. Seorang pemimpin muda berwibawa sepatutnya memanafaatkan sebaik mungkin barisan kepimpinan yang sedia ada, namun kualiti ini tampaknya tiada pada Datuk Seri Zambry yang dilihat secara jelas bakal membuat satu kejutan besar bagi BN Perak bagi menghadapi PRU 13 kelak. DPPN Pk mengalu-alukan langkah Datuk Seri Zambry menyediakan pentas baru untuk tokoh-tokoh muda terutamanya bagi merancakkan lagi suasana PRU 13 dan bagi rakyat membuat penilaian sebenar terhadap kemampuan seseorang pemimpin sejati.
Bahkan, DPPN Pk sudah bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan barisan baru Datuk Seri Zambry ini. Rakyat juga amat tertunggu-tunggu melihat perkembangan BN Perak pada PRU 13 nanti. Bagi DPPN Pk, kuasa rakyat yang mampu menaikkan mana-mana pemimpin yang terbaik itulah jua yang boleh menurunkan mana-mana pemimpin pada bila-bila masa sahaja, berkat petunjuk dan hidayah Allah yang padaNya jua Raja segala Kuasa.
MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
LABEL : ISU PANAS, KENYATAAN MEDIA
Artigos Relacionados:Selasa, Januari 11, 2011
Belum kempen Umno-BN sudah gelabah
KUALA LUMPUR: Bukan PAS sebaliknya Umno yang dilihat sudah turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang bagi menjalankan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung 30 Januari ini kata, Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed.
Tegasnya, PAS tetap mematuhi peraturan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkempen selepas hari penamaan calon pada 22 Januari ini.
“Saya sangkal tuduhan Umno yang mengatakan PAS sudah berkempen di Tenang.
“PAS belum kempen lagi yang ada kita hanya baru melancarkan gerak kerja kempen pilihan raya bukan kempen.
“Memanglah PAS sudah berkampung di Tenang tetapi untuk menggerak jentera pilihan raya,” katanya kepada Harakah.
Baru-baru ini, pimpinan Umno mendakwa PAS mula berkempen untuk PRK Tenang biarpun belum tiba hari penamaan calon.
Mengulas lanjut, Dr Mahfodz mendakwa akhir-akhir ini ramai menteri malah Menteri Besar Johor sudah turun ke Dun Tenang.
“Kalau dulu susah hendak melihat menteri datang ke Tenang untuk melawat kampungkampung dan Felda.
“Bagaimanapun mereka tidak mengaku berkempen sebalik mendakwa turun sebagai pegawai kerajaan kononnya,” dakwanya.
Beliau juga mendakwa, antaranya kedatangan mereka berselindung di sebalik program menghulurkan bantuan seperti memberi beg sekolah atau bantuan kewangan kepada penduduk,” katanya lagi.
Menurutnya, walaupun mereka tidak memberi ceramah, itu menunjukkan mereka sudah memulakan kempen di sana.
Malah katanya, sebelum ini suasana begitu sukar dilihat malah ada kematian pun mereka tidak turun.
Tetapi katanya, sekarang ini sudah ramai pimpinan Umno menampakkan muka mereka di Tenang.
Sementara itu katanya, PAS dan Pakatan Rakyat memulakan gerak kerja pilihan raya dengan strategi lebih kepada penerangan berbanding serangan.
“Orang sini tidak suka diserang sebab itu kita adakan sesi penerangan ke atas sesuatu isu,” ujarnya.
Beliau juga berkata, pendekatan dakwah akan dilakukan bagi menarik pengundi.
Ini katanya, orang yang hendak ditarik PAS bukan hanya orang atas pagar tetapi semua pengundi termasuk Umno.
LABEL : BERITA SEMASA, ISU PRK
Artigos Relacionados:Isnin, Januari 10, 2011
Anak JATI Pasir Salak kan masuk gelanggang!!!
'Kita mentadbir bukan memerintah' - TG Nik Aziz
LABEL : BERITA SEMASA
Artigos Relacionados:Himpunan Munajat Perdana, suatu usaha mencari Redho ALLAH penyatuan Umat Malaysia
LABEL : BERITA SEMASA
Artigos Relacionados:Jumaat, Januari 07, 2011
DANA YBU: SIAPA AKAN AUDIT?
Kenyataan Media (6 Januari 2011)
DANA YBU: SIAPA AKAN AUDIT?
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta Kerajaan Negeri Perak memberikan penjelasan terhadap dana kewangan Yayasan Bina Upaya (YBU) yang diumumkan mencapai pengumpulan sehingga RM8.5 juta pada tahun ini secara terperinci dengan melantik audit rasmi daripada kerajaan negeri dan juga swasta yang bertauliah bagi memastikan dana tersebut tidak disalahgunakan.
Ini kerana dengan dana yang sebegitu besar, amat dibimbangi akan disalahgunakan untuk kegunaan politik semata-mata tanpa mengikut saluran yang telah ditetapkan. Sudah tentu kewujudan YBU ini adalah platform politik Barisan Nasional (BN) untuk memberikan keyakinan rakyat akan keprihatinan BN di dalam menyelesaikan segala isu rakyat. Malah dana yang diperolehi akan memastikan BN akan terus memerintah dengan menyuntik pemikiran rakyat yang melihat kewujudan YBU ini sebagai sangat penting oleh BN.
Secara tidak langsung, sudah tentu peranan yang dimainkan oleh YBU ini akan mengurangkan atau menafikan terus tugas jabatan kerajaan yang terlibat di dalam segala bentuk saluran yang telah diberikan. Rakyat melihat YBU ini sebagai ganti kepada semua agensi jabatan kerajaan yang terlibat dan wujudnya YBU ini adalah langkah terbaik BN di dalam menawarkan khidmat yang selama ini dibuat melalui agensi jabatan kerajaan sediaada. Maka semua agensi jabatan kerajaan tersebut langsung tidak menjalankan tanggungjawab mereka terus kepada rakyat tetapi mesti melalui YBU.
Malah turut dibimbangi ialah dana tersebut adalah untuk menyusun program-program BN yang sudah tentu akan disalahgunakan kerana tidak diaudit secara telus. Rakyat melihat mana-mana projek yang dilakukan oleh YBU ini lebih bermotifkan politik BN semata-mata tanpa memikirkan wang rakyat tersebut yang telah disalahgunakan.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
LABEL : ISU PERAK KINI
Artigos Relacionados:Selasa, Januari 04, 2011
SELAMATKAN GENERASI MASA DEPAN, PASTIKAN PERJUANGAN INI DITERUSKAN MEREKA
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan agar seluruh ahli PAS memastikan kesinambungan perjuangan dapat dipelihara dengan baik dengan memastikan anak-anak dan anggota keluarga mereka menjadi ahli PAS dan mendaftarkan diri masing-masing dalam daftar pemilih bagi menjalankan tanggungjawab memastikan kemenangan dalam setiap kali pilihanraya diadakan.
Menurut beliau anak-cucu kita adalah antara golongan penting yang perlu membuat perubahan politik secara besar-besaran dalam pilihanraya akan datang bagi menyelamat negera kita dari penyelewengan Umno BN.
Memetik kata-kata beliau “Kita sebagai ahli PAS perlu sedar tanggungjawab besar untuk membuat perubahan politik yang bermula dari diri kita dan memastikan generasi kita menjadi ahli dan pendukung parti bagi kesinambungan perjuangan
“ Kita tak mahu lihat ada ahli kita yang semangat berkobar-kobar menentang Umno tetapi tidak pula mahu mengikat anak-anak dalam jamaah yang akhirnya mereka menentang Islam yang kita perjuangkan”
Beliau juga menyatakan kini rakyat sangat memerlukan perubahan politik besar-besaran bagi menyelamatkan negara ini dari penyelewengan dan segala bencana termasuk masalah gejala sosial yang semakin dashyat.
Justeru Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik kepada rakyat Malaysia untuk menggantikan kepimpinan negara yang selama ini dikemudi oleh pemimpin Umno BN yang telah banyak menggadaikan hak negara dan kepentingan rakyat dan ia bertambah buruk apabila generasi muda di Malaysia kini semakin rosak akhlaknya disebabkan punyai pemimpin negara yang juga lebih teruk rosak akhlaknya, tegas beliau.
LABEL : BERITA SEMASA
Artigos Relacionados:SPEAKER GANESAN GAGAL BERFUNGSI
Kenyataan Media
(30 November 2010)
SIDANG DUN PERAK: GAGALNYA FUNGSI R. GANESAN
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin dengan tindakan oleh orang yang berpengalaman seperti Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali hari ini yang menegur peranan yang dimainkan oleh Datuk R. Ganesan yang bertentangan serta salah mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang bersidang hari ini jelas tidak mahu akur menggunakan budibicara yang sebaik mungkin menyelesaikan perkara yang dibangkitkan oleh S. Kesavan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Hutan Melintang.
Kegagalannya berfungsi dengn baik terus dibangkitkan oleh Tan Sri Tajol Rosli yang jelas berpengalaman sebagai bekas Menteri Kebinet dan bekas Menteri Besar Negeri Perak yang lalu.
Malangnya Datuk Ganesan tidak mengindahkan saranan Tan Sri Tajol Rosli dengan menegaskan sikap sombong dan angkuhnya. Bagi DPPN Pk, jelas Datuk Ganesan tidak layak menduduki jawatan tersebut dan kurangnya pengalaman tersebut memperlihatkan Sidang DUN Perak seperti ‘Mesyuarat Orang Kampung’ dan sangat berbeza ketika mana Speaker Pakatan Rakyat (PR) yang dirampas S.Sivakumar ketika mengendalikan dewan dengan penuh disiplin dan mengikut peraturan.
Sudah tentu dunia akan mengetawakan kita di Perak dengan apa yang berlaku, termasuklah menggunakan kertas putih kosong untuk mengundi. Langkah yang pertama jelas Datuk Ganesan gagal memastikan semua ADUN mengikut Perintah Tetap tersebut. Disebabkan kegagalannya itulah Sidang DUN tertangguh dengan jenaka-jenaka yang tidak pernah dilihat oleh dunia. DPPN Pk sedar berita ini tidak akan dikeluarkan oleh media arus perdana, tetapi pekara ini perlu ditegur untuk kebaikan semua jua.
DPPN Pk berharap Datuk Ganesan bersikap lebih matang untuk meneruskan Sidang DUN pada hari esoknya dan tidak takut kepada bayang-bayang yang seolah-olah melihat akan diganggu oleh ADUN-ADUN Pakatan yang lebih arif tentang Peraturan Tetap Dewan. Dan jika beliau tidak mampu, sila pastikan Timbalan Yang DiPertua untuk meneruskan agenda selepas daripada ini. DPPN Pk juga mengucapkan tahniah kepada semua ADUN PR Negeri Perak kerana ingin memastikan semua persoalan rakyat dapat dijawab dan diselesaikan.
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
LABEL : ISU PERAK KINI
Artigos Relacionados:Isnin, Januari 03, 2011
PRU 13 : UMNO/BN Berpotensi Jadi Pembangkang – Baca Tulisan “THINK TANK" UM
Nukilan Oleh : Ulik Mayang "Saya tidak akan meng’edit’ tulisan asal penulis ini. Saya yakin intipati tulisan ini adalah jujur. Ianya lahir dari hati yang ikhlas. Guna memberi panduan kepada pemimpin – pemimpin UMNO dalam menghadapi Pakatan Rakyat PRU 13 nanti. Kalau tulisan ini tidak diambil berat oleh UMNO , bermakna Putrajaya terpaksa diserahkan kepada Anwar Ibrahim dan rakan – rakan beliau. Cuma , yang menariknya kepada pemimpin – pemimpin Pakatan Rakyat ialah intisari daripada tulisan ini , banyak boleh membantu dalam mengatur dan mengemaskini serta memantapkan lagi strategi bagi menghadapi UMNO/BN , yang dilihat ternyata sangat kritikal dan cukup goyah. Dirasakan sudah tidak banyak yang mampu dibuat oleh Najib dan barisan kepimpinan BN nya lagi ketika ini. Hampir kesemua isu yang berlaku sehingga hari ini tidak mneyebelahi nya. Najib sudah tenggelam dan lemas dalam isu – isu yang berbangkit ketika ini , dan akan bakal keluar dari masa ke semasa sehingga PRU 13 Walaupun yang membuat ulasan ini adalah musuh Pakatan Rakyat , tetapi tidak semua pandangan musuh adalah tidak ikhlas , kerana ada kalanya dalam keadaan tidak sedar segala kekuatan lawan terpaksa diakui dengan harapan orang atasan mendengarinya. Mungkin ada yahg berfikiran ini adalah perangkap dan perang psikologi sahaja , tetapi apa salahnya diteliti hujah ini dan digunapakai mana - mana yang sesuai. Baca seterusnya ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, "Hantu" PRU Ke-13 Bagi BN dan PR Oleh A Kadir Jasin BANYAK petanda semasa menjurus kepada pilihan raya umum diadakan lebih awal daripada tempoh sah Parlimen.Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak telah mula menghidangkan sajian-sajian PRU seperti cuti umum merayakan kemenangan pasukan bola kebangsaan dalam pertandingan Piala AFF Suzuki dan bayaran khas kepada peneroka Felda serta pelantikan baru dalam Umno. Sebelum itu kerajaan mengumumkan penangguhan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang begitu hebat dipromosikan beberapa bulan lalu. Dikhabarkan juga yang dalam masa beberapa hari lagi beliau akan bersidang dengan semua Wakil Rakyat Barisan Nasional bagi mendapatkan maklum balas mengenai sentimen rakyat jelata terhadap pemerintahannya. Dari aspek undang-undang, PRU tidak perlu diadakan hingga Mac 2013 atau lewat daripada itu setelah mengambil kira tarikh PRU ke-12, tarikh persidangan pertama Parlimen dan hakikat bahawa PRU boleh diadakan dalam masa 60 hari selepas tamat tempoh Parlimen. Namun daripada gaya percakapan pemimpin politik, sama ada pemerintah atau pembangkang, PRU ke-13 akan diadakan jauh lebih awal daripada itu. Ada ramalan mengatakan seawal Mac tahun ini kerana Mohd Najib mahukan mandatnya sendiri dan angka 11 adalah nombor “bertuah” beliau, lantas kenderaan bermotornya berangka plat 11. Alasan yang lebih serius ialah keyakinan beliau bahawa BN sudah cukup pulih dan bersedia untuk menghadapi pengundi. Ramalan ini dikukuhkan oleh keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 30 November lalu yang menangguhkan selama 18 bulan pemilihan parti yang sepatutnya berlangsung tahun ini. Ini diikuti oleh pelantikan Pengerusi Perhubungan Umno bagi negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu. Walaupun Mohd Najib cuba meredakan spekulasi dengan mengatakan penangguhan pemilihan Umno bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan perlembagaan dan pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini, namun ramai yang tidak yakin. Kemudian, ketika bercakap kepada wartawan Malaysia di Phnom Penh pada 2 Disember lalu, Mohd Najib berkata PRU akan datang akan menjadi “hari penentuan” bagi BN. Mesej Perdana Menteri yang lebih utama adalah kelangsungan BN sebagai parti peneraju pemerintahan. Katanya, sama ada PRU diadakan awal atau lewat, keputusannya kelak akan menjadi petanda kelangsungan BN. Petanda PRU Mengejut Daripada tanda-tanda yang semakin banyak muncul, Perdana Menteri nampaknya tidak akan menunggu sehingga saat akhir untuk mengadakan PRU atas sebab-sebab berikut:- 1. Beliau yakin kedudukannya cukup kuat untuk mengharapkan prestasi lebih baik daripada PRU 2008; 2. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada “kebaharuan” kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk merayu diberi peluang memerintah dengan mandat sendiri; 3. Beliau yakin beliau boleh mengulangi rekod Perdana Menteri sebelum beliau yang semuanya menang besar dalam PRU pertama masing-masing; 4. Beliau yakin perubahan kepemimpinan parti-parti komponen utama BN – MCA dan MIC – mula mengembalikan sokongan bukan Melayu; 5. Beliau yakin segala dasar, pelan dan projek yang beliau perkenalkan mula berhasil dan mendapat sokongan rakyat jelata; 6. Beliau tidak mahu tunggu lama kerana bimbang suasana ekonomi yang semakin cerah sekarang tidak mampu bertahan lama. Seperti diumumkan, kadar pertubuhan kasar ekonomi suku tahun telah mula menurun; dan 7. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada suasana yang tidak menentu dalam parti-parti Pakatan Rakyat, khasnya Parti Keadilan Rakyat. Perjalanan Tidak Mudah Bagi PM Namun, perjalanan Mohd Najib ke arah mandat sendiri yang besar tidaklah semudah yang dibayangkan oleh para penyokong beliau. Pemulihan BN masih tidak muktamad dan kacau-bilau dalam PR serta di kalangan parti-parti anggotanya mungkin tidak seburuk yang digembar-gemburkan oleh media massa pro-pemerintah. Yang pasti adalah kedudukan Mohd Najib sekarang adalah lebih teguh daripada Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau memanggil PRU 2008. Namun beberapa faktor yang menyebabkan prestasi BN merudum pada 2008 masih wujud. Mohd Najib perlu mengatasi dan menyelesaikan masalah ini kalau beliau tidak mahu nasib malang yang menimpa Abdullah tidak terjadi kepadanya. Antara faktor itu adalah:- i. Masih ramai ahli dan penyokong BN, khasnya Melayu, yang berpaling tadah kepada pembangkang kerana “benci” kepada pentadbiran Abdullah masih kurang yakin bahawa pentadbiran Mohd Najib lebih baik; (Pentadbiran Abdullah dituduh lemah, mungkir janji dan dilarikan oleh empat lima kerat anak menantu dan sekutu-sekutu beliau.) ii. Mohd Najib wajib meyakinkan mereka bahawa kepemimpinannya tidak mempamerkan ciri-ciri yang sama iaitu campur tangan oleh orang luar parti, orang luar pentadbiran dan oleh ahli keluarga; iii. Ramai orang Melayu masih tidak yakin bahawa cogan kata, dasar, pelan dan projek yang Mohd Najib perkenalkan menjamin hak dan kepentingan bangsa Melayu manakala bukan Melayu pula beranggapan mereka belum mendapat hak yang secukupnya; iv. Walaupun pertumbuhan kasar ekonomi memuaskan, namun kenaikan kos sara hidup dan kekurangan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi terus menghantui tenaga kerja, khasnya lepasan institusi pengajian tinggi; dan v. Kesan projek-projek raksasa yang diumumkan sejak Mohd Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 masih belum meluas untuk dirasai dan dikecap oleh rakyat terbanyak. Ini ditokok-tambah pula oleh faktor yang di luar kawalan kerajaan dan BN seperti kenaikan harga minyak dunia yang diramalkan melepasi US$100 setong tahun ini. Faktor-faktor berikut penting dalam menentukan trend pengundian dalam PRU akan datang: a. Bilangan pemilih baru yang semakin ramai dan kematian pengundi tua. Trend pengundian di kalangan pengundi muda sukar ditentukan dan mungkin tidak memihak kepada BN; b. Kemampuan PR mempamerkan kelainan, khasnya di negeri-negeri yang baru mereka takluki seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kedah; c. Percambahan saluran maklumat baru dan kemunculan kewartawanan jelata (citizen journalism) dieksploitasi sepenuhnya oleh PR. BN yang memperkecil dan mempersendakan peranan media baru pada PRU 2008 masih tertinggal walaupun sudah mengubah pendirian dan mula memanfaatkan saluran alternatif ini; dan d. Pengedaran akhbar arus perdana prokerajaan yang semakin menguncup dan kegiatan “channel switching” di kalangan penonton TV dan pendengar radio. (Perangkaan Biro Audit Pengedaran (Audit Bureau of Circulations/ABC) bagi tahun audit berakhir 30 Jun, 2010 menunjukkan penjualan The Star’s jatuh daripada 295,479 kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times daripada 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus), Utusan Malaysia daripada 181,346 kepada 170,558 (-5.9 peratus) dan Berita Harian daripada 183,187 kepada 160,597 (-28.7 peratus). Jualan Utusan dan BH “dicuri” oleh dua akhbar ringan iaitu Harian Metro dan Kosmo. Kosmo mencatatkan peningkatan paling tinggi (naik 32.9 peratus) daripada 129,633 kepada 172,252 manakala Harian Metro nak 11.8 peratus kepada 378,354 naskhah.) Kesimpulannya, walaupun Mohd Najib lebih popular berbanding Abdullah, tetapi beliau berdepan dengan pembangkang yang lebih kuat. PR mempunyai perwakilan yang besar di Parlimen dan dalam Dewan-Dewan Undangan Negeri. Mereka menguasai empat buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PR juga kuat di Perak dan Negeri Sembilan. Pada PRU 2008, PR tidak kuat tetapi BN sangat lemah. PR memperoleh kerusi tambahan kerana pengundi menolak BN. PR menjadi kuat kerana kelemahan BN. Sekarang BN dikatakan semakin pulih dan semakin kuat. Tetapi kita perlu akui bahawa PR telah mempunyai kekuatan sendiri melalui perwakilan yang lebih ramai di Parlimen dan penguasaan ke atas Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Ini belum diambil kira keputusan pilihan raya DUN Sarawak yang terpaksa diadakan tidak lama lagi. Keputusannya akan memberi kesan besar kepada kedua-dua belah pihak. Apa pun, kita akan menyaksikan PRU yang sengit yang seperti kata Mohd Najib “akan menjadi hari penentuan bagi BN”. Tidak kurang pentingnya ia juga akan menguji kelangsungan PR serta keserasian sistem dua parti. Ayat 104 surah an-Nisa’ : "Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan" ...Ini dia tuan-tuan ayat yg bgtau adat peperangan, ada kalah ada menang. Dua2 sakit. Gitu jugak dgn politik. So para pejuang Islam, inilah ayat utk kita terus istiqomah. Depa plan, kita pun plan. Kita tawakkal kpd Allah, tapi depa xdak. Tu ja kelebihan kita. ]
LABEL : ISU HANGAT
Artigos Relacionados: