Sabtu, September 27, 2008

Kita merasa Orang lain perlu merasa

Bertempat di Dewan Orang Ramai Kg. Matang Tok Embin / Kg. Setia diadakan satu majlis ringkas Serahan Bantuan Raya kepada 63 keluarga terdiri daripada ibu tunggal dan fakir miskin. Tanggal 27 Ramadan , tarikh akhir-akhir ramadan Seketeriat Penyelia DUN Kg. Gajah mewakili Kerajaan Negeri Perak telah menyempurnakan tanggungjawab tersebut.


Bagi kumpulan dari Kg. Matang Tok Embin sejumlah 13 keluarga menerima sumbangan Ikhlas seorang Hamba ALLAH tempatan yang sangat budiman dengan menyumbangkan barangan yang bernilai RM80 seorang. Baki sumbangan adalah barangan daripada Kerajaan Negeri Perak sendiri yang nilaian sekeluarga menerima RM50.

Serahan tersebut telah disempurnakan oleh Penyelia & Timbalan Penyelia DUN Kg. Gajah sendiri iaitu Ust Mustafa Shaari & Tn Hj Mat Azidin. Semoga sumbangan tersebut sedikit sebanyak akan membantu mengembirakan insan2 yang sangat memerlukan disamping menjelang fajar syawal kelak.

Terima kasih kepada Urusetia yang telah bertungkus lumus menyempurnakan majlis seringkas tersebut. Saya selaku Juru Acara majlis secara 'on the spot', memohon kemaafan dan mengucapkan TAHNIAH untuk Sdra Rohizal Jamal (Ketua Kg Mtg Tok Embin)merangkap JK Penyelia DUN, Kak Jamaliah (Timbalan Pengarah Penyelia DUN Bah. Kebajikan), Ketua-ketua Kampung dan seluruh jentera yang hadir. Moga Kalian mendapat keberkatan. Amin Ya Rabb.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO