Jumaat, Ogos 08, 2008

Perlantikan TOK SIDANG Negeri Perak

Majlis penyerahan watikah kepada 816 Ketua Kampung Negeri Perak. Menteri Besar Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin telah menyampaikan Watikah Perlantikan 816 Ketua Kampung Negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan SUK bermula jam 9..00 pagi ini.Turut hadir dalam majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Abdul Rahman Hashim ,beberapa Ahli Exco Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat serta Pegawai-Pegawai Kanan kerajaan negeri.Dr Abdul Rahman telah mengalu-alukan para hadhirin dan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Penghulu , Pegawai Daerah dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan pemilihan 816 Ketua-Ketua Kampung di Perak.Beliau juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya di pilih oleh penduduk kampung masing-masing sebagai Ketua Kampung yang baru dimana sebelum ini , perlantikan dibuat melalui kuasa politik.Menteri Besar , Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin dalam ucaptamanya berharap perlantikan tersebut dapat meningkatkan usaha penyampaian maklumat dan hasrat rakyat untuk diambil tindakan oleh kerajaan negeri.“Kerajaan negeri tidak mahu kedengaran apa jua yang menjadi amalan sebelum ini, terutama dalam pengagihan bantuan yang diutamakan kepada mereka yang menjadi ahli kepada kumpulan tertentu sahaja.Ini akhirnya, rakyat yang berhak telah menjadi mangsa kerana dinafikan haknya apabila mempunya pendirian berbeza,” pesan Nizar kepada Ketua-Ketua Kampung.Beliau mengingatkan mereka, “Amanah dan keadilan adalah dua konsep yang mesti diterapkan secara menyeluruh dalam melaksanakan tanggungjawab tanpa mengira perbezaan agama atau fahaman sepertimana dituntut Islam. Sebagai Ketua Kampung, amanah dan adil itu mesti menjadi pegangan utama dalam melaksanakan tanggungjawa.”Nizar telah menyatakan kesalnya terhadap tindakan Kerajaan Persekutuan kerana mempersenda-sendakan usaha Kerajaan Negeri membuat pemilihan Ketua Kampung ini secara terbuka.“Sikap Kerajaan Persekutuan yang kemudian melantik Ketua Kampung Persekutuan di bawah JKKKP ini sebenarnya hanya memecah belahkan perpaduan masyarakat di kampung-kampung dan ternyata bercanggahan dengan konsep perpaduan yang dilaungkan.,” kata Nizar."Mereka bukan sahaja tidak menghormati kerajaan Pakatan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat malah mereka tidak menghormati Institusi Kesultanan yang telah memberi pekenan melantik beliau sebagai Menteri Besar Perak dan mengetuai kerajaan negeri hari ini,"kata Nizar.Nizar dengan tegas menyatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak mengiktiraf Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).“ Bagi menjaga dan memelihara kestabilan dan kesejahteraan rakyat Negeri Perak, Kerajaan Negeri melarang sama sekali JKKKP ini daripada mengguna kemudahan awam di kampung-kampung,” jelas Nizar.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO