Selasa, Julai 15, 2008

Khidmat Ahli Majlis akan ditamatkan jika prestasi tidak baik

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengingatkan semua ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) agar menunjukkan prestasi yang baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sehingga tahun ini jika mereka mahu terus kekal sebagai ahli majlis, tetapi jika mereka gagal melaksanakan tugas tersebut dengan baik, Kerajaan Negeri tidak lagi akan melanjutkan tempoh kontrak mereka. "Kita beri peluang kepada ahli majlis untuk menunjukkan prestasi kerja dalam tempoh enam bulan ini, jika mereka gagal menunjukkan kerja yang baik, kita ada sekumpulan calon lain yang boleh dipilih,"katanya selepas Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Perkhidmatan Awam Negeri Perak di sini kelmarin.
Menurut beliau, pihak Kerajaan Negeri telah memilih ahli majlis berasaskan prinsip meritokrasi dan ahli majlis yang dilantik mewakili Badan Bukan Kerajaan (NGO), Golongan Kurang Upaya (OKU), wanita, Orang asli, Melayu, Cina, India dan Sikh, ini merupakan gabungan adil yang merangkumi semua kaum.
Mengenai memorandam yang dihantar oleh Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) Perak yang diserahkan kepadanya, Kerajaan Negeri tidak dapat memenuhi 100 peratus kehendak semua kaum, tetapi apa yang dapat dilakukan, sekurang kurangnya ada sekumpulan calon yang boleh dipilih untuk lantikan akan datang
"Kerajaan Negeri tidak dapat mencari calon yang kesemuanya terbaik dari semua kumpulan dalam tempoh yang singkat," katanya.
Hindraf sebelum ini meminta Kerajaan Negeri mengkaji semula komposisi kaum ahli majlis PBT yang baru diumumkan. Seramai 48 orang kaum India telah diterima sebagai ahli majlis PBT. Hindraf meminta bilangan ahli majlis dari kaum India ditambah menjadi 60 orang.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO