Khamis, Januari 31, 2008
Asyuro N49 Bukit Chawi
Artigos Relacionados:
"Ngejap Romah N49" Tanjung sari.
Ust Mustafa & Zaujah menziarahi sebuah rumah di Sungai Durian, jelas sekali masyarakat menyambut dengan hati yang terbuka. InsyaAllah kami akan undi PAS untuk kemenangan Islam kali ini.
1 penggal dah berlalu, namun wakil rakyat kami (BN) tak pernah nampak batang hidung. Kita nak dia jenguk kita tapi sebaliknya pulak.
Jangan jadi rakyat takut kepada pemimpin, sepatutnya pemimpin takut kepada rakyat.
Kena ubah kali ni, dan kita mintak Wakil Rakyat kali ni jadi Hamba kepada Rakyat.... ahak ahak ahak..... itu lah ungkapan Tok Sidang.
Artigos Relacionados:
Rabu, Januari 30, 2008
Ahad, Januari 27, 2008
"Ngejap Romah N49" Sg.Durian
Negara kebajikan itulah yang di laungkan oleh Tuan Guru Presiden.
" Ngejap Romah "N49 menyatakan kebenaran Islam sambil memperkenalkan calon.
Artigos Relacionados:
Kami Bantahhhh....!!!!
Tu tandanye orang tengah marah, tapi kalau tak terase lagi ntah lerrr. Orang2 ni tak berape gemor dengan cara YB yang ade sekarang ni. Dulu kentut pun wangi, tapi la ni, Tuhan aje yang tahu....
Artigos Relacionados:
Demam pilihan raya, 14 Adun di Perak tidak tidur lena!
Johari Jaafar
Empat belas Adun Barisan Nasional yang merupakan muka lama dalam senarai wakil rakyat di Negeri Perak kini mula tidak tidur lena apabila membilang hari-hari terakhir sebagai wakil rakyat.
Menteri Besar Perak, Dato' Seri Tajul Rosli Ghazali, dalam satu laporan akhbar tempatan sebelum ini sudah membayangkan bahawa Umno Perak mungkin akan membuat perubahan dengan calon-calon muka baru.
Selanjutnya, Pengerusi Umno Negeri itu turut membayangkan mereka yang tidak akan disenaraikan sebagai calon terdiri daripada mereka yang telah berkhidmat sebagai Adun melebihi dua penggal.
Menurut pemerhati politik dan juga kalangan pimpinan Umno tempatan, tiga daripada wakil rakyat yang lama itu hampir pasti tidak dicalonkan semula. Mereka terdiri daripada Adun Tualang Sekah, Dato' Radhi Manan; Adun Hulu Kinta, Dato' Dr. Mazidah Zakaria; Adun Changkat Jering, Mat Isa Ismail.
Mat Isa kini menjawat jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak setelah berlaku 'penyerahan' Parlimen Bukit Gantang kepada Gerakan. Bagi meredakan keadaan Menteri Besar Perak dikatakan telah melantik Mat Isa sebagai Speaker.
Mat Isa kini telah menjadi Adun Changkat Jering melebihi dua penggal dan pemerhati politik menjangkakan selepas ini Mat Isa tidak disenaraikan lagi sebagai calon. Jika tidak Mat Isa perlu ditukarkan ke Parlimen Bukit Gantang.
Selain itu, terdapat wakil rakyat lain yang telah berkhidmat lebih dua penggal, antaranya Adun Manong, Dato' Ramli Zahari, yang juga Exco Kerajaan Negeri yang paling kanan.
Kemungkinan nama beliau digugurkan bergantung kepada pucuk pimpinan Umno peringkat negeri dan pusat. Jika tidak,Zahari perlu ditukarkan ke Parlimen, tetapi di manakah beliau akan bertanding?
Tentunya tidak di Parlimen Kuala Kangsar kerana Dato' Seri Rafidah Aziz tidak akan akan memberi laluan kepada Zahari.
Seorang lagi muka lama dalam Umno adalah Adun Manjoi,Nadri Ismail yang kemungkinan juga antara yang bakal 'digugurkan'. Jika ini tidak berlaku, maka Tajuk Rosli perlu memikirkan cara lain untuk menyelamatrkan karier politik Nadri. - mks. .
petikan dari harakahdaily.net
Artigos Relacionados:
Ahad, Januari 20, 2008
Khamis, Januari 17, 2008
Alahai Keluarga Tunggak Islam Hadhari
Pujaanku.... pemimpin yang bertaqwa dan beriman.... namun hakikatnya , inilah keadaan yang boleh dipertontonkan. Banggakah kita mencanangkan Prinsip Pertama Islam Hadhari , dalam masa yang sama dia mungkiri. Cuak kita dengarkannya tapi rakyat melayuku haprak mempertahankannya. Fikirkan kita ditipu dalam kita terjaga.
Artigos Relacionados:
Jumaat, Januari 11, 2008
XPDC dakwah dr PAS Parit
Artigos Relacionados:
" HIJAUKAN DUN" N49
Suasana di pagi 1 muharram sungguh meriah dengan semangat baru maal hijrah, Nasi lemak dan secawan kopi sebagai lapik perut sebelum memulakan tugas. Ahhh..lega rasanya
Ayuh sahabat2 semua kita HIJAUKAN Kg.Gajah, sahabat2 dr PKR tersenyum je, aii mana warna bendera kami, Tahaluf siasi kami cukup baik di peringkat DUN.
Artigos Relacionados:
Rabu, Januari 09, 2008
Apa tindakan Umno-BN Bila Jalur Gemilang Dibuat Coli?
MALAYSIA : Semua orang marah bila jalur gemilang dibakar. Semua orang kecam bila lirik lagu negaraku di permain-mainkan oleh budak Cina, Wee Meng Chee. Tetapi tiada siapa yang marah bila Islam dihina oleh pemimpin Umno/BN. Islam telah dipersendakan oleh mereka samada dari segi Akidah, Muaamalat ataupun Syariatnya. Sejak dulu hingga kini.
Siapa yang mengeluarkan kata-kata Hukum Hudud ketinggalan zaman kalau bukan pemimpin Umno/BN. Siapa yang mengatakan politik suku ugama suku kalau bukan pemimpin Umno/BN. Siapa yang persendakan arahan menutup aurat kalau bukan pemimpin Umno/BN. Siapa yang mempermain-mainkan Al-Qur’an kalau bukan mereka semua?.
Mana lebih penting dan wajib dipertahankan dahulu - Jalur gemilang atau Islam?
Kerajaan mengeluarkan garis panduan terhadap penggunaan jalur gemilang. Antaranya tidak boleh dibuat kek atau coklat. Dilarang dari dibuat pakaian dan dipakai.
Di sini saya perturunkan gambar-gambar menarik untuk kita berfikir sejenak dan menilainya.
Belum dapat dibuktikan lagi siapakah yang membakarnya…sila ambil tindakan.
Nasha Aziz berpakaian seperti ini bukan sahaja menghina bendera tetapi sudah menghina Islam… Apakah tindakan kerajaan Umno/BN? Mamak yang dok kat RTM tu macamana? Kalau orang lain buat katanya marah sangat. Ni anak buah kamu yang buat nii… nak sengeh-sengeh apa lagi.
Di Indonesia bukan sahaja jalur gemilang dibakar oleh pendemontrasi bahkan gambar Pak Lah Perdana Menteri Malaysiapun turut dibakar. Apakah tindakan kita? Di mana Pemuda Umno? Dah jadi pondan ke?
Kita mengharapkan, ketelusan dan ketulusan pihak kerajaan dalam menangani hal ini. Janganlah kerana Dr Awang Adek Hussien seorang Timbalan Menteri yang buat kerja hina memotong bendera, kita diamkan tetapi bila ada orang lain bakar maka kita buru sampai ke lubang cacing. Itupun belum sah lagi betul ke tidak gambar itu. Sila ke laman http://taraknamav2.wordpress.com untuk menelitinya.
Janganlah kerana Nasha Aziz seorang pelakun maka beliau boleh memakai dan menghina jalur gemilang sesuka hati akan tetapi bila ada yang mengubah lirik maka kita ugut macam-macam untuk ambil tindakan.
Antara bakar dengan potong dan pakai semuanya menghina jalur gemilang. Cuma mungkin memotong bendera dan memakainya dilihat “penghinaan secara terhormat” kerana melihat kepada siapa pelakunya. Apapun semuanya itu “membakar hati dan jiwa kita” kerana menghina panji-panji negara.
Dan semestinya kita lebih terbakar hati apabila Islam dihina dan persendakan oleh pemimpin BN sesuka hati. Ingatlah “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya”. Fikirkanlah…..
Artigos Relacionados:
Selasa, Januari 08, 2008
Kubu umno ditawan
3hb Jan 08/khamis/3ptg > Kubu kuat Umno telah kami tembusi di Air kuning Kg.Gajah. Penduduk tempatan menyambut baik kedatangan kami ke tempat mereka.
Sebelum ini bila sebut aje PAS, mereka merasa ketakutan sebab takut balik ke zaman Jepun "makan ubi kayu" Hakikatnya zaman BN inilah orang melayu kini masih tak keluar dari kepompong kemiskinan.
Artigos Relacionados:
Ahad, Januari 06, 2008
PEDULI mangsa banjir.
Artigos Relacionados:
Catatan dari Swansea, England
Tangkap! Tangkap! Tangkap!
Siri penangkapan rakyat Malaysia kembali bermula. Satu tangkapan demi tangkapan sudah, sedang dan akan dibuat. Setakat dua tiga hari kebelakangan ini - kira-kira 40 orang sudah ditangkap termasuklah kanak-kanak yang berumur 13 tahun (Abdul Muhaimin Roslan). Ahhhh kita senama. Ok.ok tak apa. Teruskan.Pada orang yang kena tangkap - ia tidak melemahkan. Tapi orang yang melihat orang lain kena tangkap mungkin ada yang semakin menjadi kecut dan menganut ajaran takusisme. Manakala yang satu lagi mungkin bertambah marah dan bersemangat - kerana tak kena tangkap!Tangkap!Tangkap!Tangkap!Biar atas nama apa pun. Jangan hitung lagi berapa lokap yang ada. Jangan hitung apa Akta dan Peruntukan mana yang hendak didakwa. Tangkap dulu. Soal lain, kemudian kira.Tangkap demi penangkapan menunjukkan kesabaran sang penguasa sudah berakhir. Nampak seolah-olah mereka gagah tapi mereka dalam payah yang amat. Nampak mereka kuat tapi sebenarnya sedang menuju nazak.Hanya kita yang bebas - perlu menangkap jalan-jalan ke arah perubahan yang membolehkan kita bebas dari penjajahan minda dan kerangka rasa takut yang panjang.
Teruskan perjuangan wahai sahabatku...!!!
Allahu..Akbar....!!!
http://muhaiminsulam.blogspot.com/
Artigos Relacionados:
Sabtu, Januari 05, 2008
Hadiah Bantal Peluk kepada Pak Lah
Hadiah bantal dan bantal peluk untuk Perdana Menteri
Sabtu Jan 05, 08 1:52:44 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Jan - Menurut laporan Malaysiakini.com semalam, sekumpulan anak muda Malaysia yang tidak puas hati dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah memberikan hadiah simbolik kepada pemimpin berkenaan sebagai satu 'memorandum'.
Hadiah tersebut berupa sebiji bantal dan bantal peluk - keduanya dihiasai dengan bendera Malaysia dan bangunan menara berkembar Petronas.
Bagaimanapun hadiah tersebut tidak dapat diserahkan ke tangan Perdana Menteri, malah sebaliknya kumpulan tersebut hanya berjaya meletakkannya di perkarangan pejabat beliau di Putrajaya pagi semalam.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau bersama lapan orang kawannya telah membuat kesimpulan bahawa tindakan kerajaan yang tidak berkesan selama ini adalah disebabkan oleh sikap Perdana Menteri yang 'suka tidur'.
Tambahnya, Abdullah telah beberapa kali 'ditangkap' tidur dalam beberapa majlis rasmi baik di dalam atau di luar negara. -
Artigos Relacionados: