Isnin, Mei 14, 2012
Khamis, Mei 10, 2012
Dikala hutang negara parah, APAKAH kita juga mengikut rentak yang sama?
- Tetapi dalam pada masa yang sama, tiada satu iltizam yang benar-benar menunjukkan keyakinan kepada semua yang Malaysia sedang berusaha mengatasi kadar hutang negara yang tinggi ketika ini
- Akhirnya, kita akan terus melihat kadar hutang negara terus bertambah daripada tahun ke tahun selama 15 tahun lamanya
- Standards & Poors
- Moody’s Investors Service
“Rating ( A- ) diturunkan kepada ( BBB )”
- Nilai matawang ringgit di pasaran antarabangsa akan mula jatuh dan jumlah hutang luar negara merujuk kepada ekonomi Malaysia secara keseluruhan akan menjadi lebih sukar untuk dibayar. Ini kerana kadar pertukaran wang asing menjadi lebih tinggi dan sektor import akan mengalami kerugian yang teruk
- Apabila nilai matawang ringgit mula jatuh dan kita boleh mengalami kegawatan ekonomi yang serius disebabkan kekurangan “KECAIRAN” dalam SISTEM KEWANGAN di Bank-Bank tempatan, sehingga boleh menyebabkan kadar faedah pinjaman di Bank-bank tempatan melonjak tinggi. Kesannya akan berbalik kepada rakyat Malaysia juga
- Akhirnya, ia akan turut mengakibatkan banyak sektor-sektor lain mengalami kemelesetan kerana IMPORT UTAMA dari negara-negara maju oleh kebanyakan negara membangun seperti Malaysia yang menggunapakai TEKNOLOG TINGGI yang digunakan di sektor-sektor pembuatan seperti perkilangan dan lain-lain
- Seterusnya., ada kalangan anda di sini mahu berkongsi maklumat?
Video Laporan Berita Channel News Asia : Keadaan Hutang Negara Malaysia Terkini
- Hutang Kerajaan Persekutuan yang terkini adalahsebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 % nisbahKeluaraan Dalam Negera Kasar (KDNK).
- Hutang dalam negeri yang berjumlah RM438.0 bilion atau 96.0 % daripada jumlah keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilion atau 4.0% merupakan hutang luar negeri.
“Hutang kerajaan pusat adalah hutang yang terpaksa ditanggung bersama oleh orang awam seperti anda semua”
- Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli daripada membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta sedangkan Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya kepada kerajaan
- Melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan geran RM976.7 juta yang diberikan dahulu, setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala-Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta sementara geran RM976.7 tidak dituntut kembali oleh pihak Kementerian Kewangan
Antara Kesan Pengurusan Hutang Negara Yang Lemah
- Pengurusan fiskal yang lemah dan tahap hutang yang tinggi boleh menjejaskan matlamat dasar monetari
- Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar inflasi dan menyebabkan kenaikan kadar faedah kepada paras yang sebenar negara ketika ini ataupun boleh menyebabkan juga nilai matawang ringgit Malaysia mula menyusut.
- Kadar faedah yang boleh melonjak jika pelabur hilang keyakinan terhadap keupayaan kerajaan untuk menguruskan dasar fiskal
Inilah antara implikasi yang perlu dibayar jika sesebuah negara mempunyai hutang yang tinggi tetapi tidak diuruskan dnegan baik
LABEL : BERITA SEMASA, HUTANG NEGARA, ISU PANAS
Artigos Relacionados:Selasa, Mei 08, 2012
Kearah agenda peperangan dalaman ... musuh, Parlimen Pasir Salak.
Dato Ainon - ibu mertua Dato Dr. Wan
LABEL : BERITA SEMASA, ISU PANAS
Artigos Relacionados:Sungguh mudah menghadapi Fatwa Kebangsaan!!
Bila Tok Guru Mula Bersuara... Takbir !!!
"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.
Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah. Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan.. TG Nik Aziz Nik Mat
LABEL : ISU HANGIT
Artigos Relacionados:Ahad, April 29, 2012
Bila BERSIH 4.0 ?
28 APRIL 2012, Itulah ungkapan anak-anak muda , sejurus melangkah bersurai himpunan BERSIH 3.0 semalam. Dipetik menerusi ceramah Pasca Pulang BERSIH ke Changkat Lada , malam tadi. Abang Mohamad Sabu , YB Dr Mujahid Yusof , Sdra Hu Pang Chaw dan Ust Ishak Shaari adalah antara mereka2 yang menyampaikan ceramah 'Pasca Pulang BERSIH 3.0' di Felcra Changkat Lada anjuran PAS MTD Kampung Gajah malam tadi.
Panas dan keletihan belum hilang, dari KL jam 7 pm tiba seketika di Langkap dan terus ke Changkat Lada rombongan Mohamad Sabu , membawa harapan para penyokong dan masyarakat setempat. Kezaliman pihak berkuasa bertempur dengan peserta himpunan BERSIH yang tanpa senjata, memang sesuatu yang sangat dikesalkan. Inilah yang menjadi bualan sepanjang minggu ini dan satu-persatu bukti kekasaran dikeluarkan menerusi laman sesawang facebook dan youtube. Apa yang pasti pimpinan tertinggi negara tidak akan senang duduk dengan perkara yang dituntut oleh peserta himpunan BERSIH 3.0 ini.Syabas buat mereka yang telah hadir dan menyertai suara kesatuan rakyat. Rata-rata keamanan sahaja tidak cukup dinegara ini malah penyelewengan yang menjadi-jadi oleh pimpinan pemerintah harusnya dihapuskan. Tiada jalan lain bilamana media perdana tidak pernah telus dan bebas untuk menyatakan perkara benar. Akses media yang tidak bebas ini membuatkan pelbagai pihak terutama pembangkang bagi menghuraikan penyelewengan kewangan dan kekayaan negara berlega disisi pemerintah, sedang rakyat marhain menerima kesan kenaikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan dari masa ke semasa. Mohammad Sabu bercakap dihadapan hampir 2000 orang yang hadir dengan penuh harapan untuk membawa perubahan kebenaran dan ketelusan pegawai pemerintah. Perubahan perlu dilakukan seluruh pelusuk negara agar segala kebobrokkan manusia bergelar pemerintah kini akan dapat diatas demi mengelakkan Malaysia menjadi muflis.
LABEL : AKTIVITI, CERAMAH SANA SINI
Artigos Relacionados:Jumaat, April 20, 2012
Semangat Timbalan Presiden , Pasca Bersih 3.0, malamnya di Kampung Gajah.


Mesyuarat Agong Kawasan Pasir Salak : Mendaulatkan ISLAM Memacu Kemenangan.
LABEL : AKTIVITI, BERITA SEMASA, PEJUANGAN, PENGHARGAAN
Artigos Relacionados:Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

