Ahad, April 29, 2012

Bila BERSIH 4.0 ?

28 APRIL 2012, Itulah ungkapan anak-anak muda , sejurus melangkah bersurai himpunan BERSIH 3.0 semalam. Dipetik menerusi ceramah Pasca Pulang BERSIH ke Changkat Lada , malam tadi. Abang Mohamad Sabu , YB Dr Mujahid Yusof , Sdra Hu Pang Chaw dan Ust Ishak Shaari adalah antara mereka2 yang menyampaikan ceramah 'Pasca Pulang BERSIH 3.0' di Felcra Changkat Lada anjuran PAS MTD Kampung Gajah malam tadi.

Panas dan keletihan belum hilang, dari KL jam 7 pm tiba seketika di Langkap dan terus ke Changkat Lada rombongan Mohamad Sabu , membawa harapan para penyokong dan masyarakat setempat. Kezaliman pihak berkuasa bertempur dengan peserta himpunan BERSIH yang tanpa senjata, memang sesuatu yang sangat dikesalkan. Inilah yang menjadi bualan sepanjang minggu ini dan satu-persatu bukti kekasaran dikeluarkan menerusi laman sesawang facebook dan youtube. Apa yang pasti pimpinan tertinggi negara tidak akan senang duduk dengan perkara yang dituntut oleh peserta himpunan BERSIH 3.0 ini.
Syabas buat mereka yang telah hadir dan menyertai suara kesatuan rakyat. Rata-rata keamanan sahaja tidak cukup dinegara ini malah penyelewengan yang menjadi-jadi oleh pimpinan pemerintah harusnya dihapuskan. Tiada jalan lain bilamana media perdana tidak pernah telus dan bebas untuk menyatakan perkara benar. Akses media yang tidak bebas ini membuatkan pelbagai pihak terutama pembangkang bagi menghuraikan penyelewengan kewangan dan kekayaan negara berlega disisi pemerintah, sedang rakyat marhain menerima kesan kenaikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan dari masa ke semasa. Mohammad Sabu bercakap dihadapan hampir 2000 orang yang hadir dengan penuh harapan untuk membawa perubahan kebenaran dan ketelusan pegawai pemerintah. Perubahan perlu dilakukan seluruh pelusuk negara agar segala kebobrokkan manusia bergelar pemerintah kini akan dapat diatas demi mengelakkan Malaysia menjadi muflis.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO