Jumaat, Mac 07, 2008

YaALLAH, Bantulah kami PejuangMU


Musim pilihan raya adalah musim bekerja untuk Islam. Anda tidak dapat melihat bagaimana semua kita mampu berfungsi untuk kemenangan Islam sebagaimana di musim pilihan raya sebegini.
Daripada seorang ketua dan pimpinan yang merancang, mengarah dan memantau, kemudian jentera penerangan yang berceramah, berkempen dan melancar propaganda, kemudian jentera di akar umbi yang bergerak dari rumah ke rumah, mencula, membekal, mengawal selia keselamatan kampung, pos dan markaz, menampal poster, menaikkan bendera, mencipta pelbagai kreativiti yang memukau dan menarik perhatian sehinggalah perang sms dan siber, semuanya membuktikan peranan muslim untuk Islam adalah dalam kemampuan dan benar belaka.
PAS membentuk jentera jihad pilihan raya yang hebat. Pada setiap kali pilihan raya umum, jentera jihad ini ditambah berganda - ganda dengan fungsi yang pelbagai berbanding keadaan biasa sebelum pilihan raya.
Bagaimana PAS memperolehi kekuatan ini? Pastinya kerana hasil perjuangan yang lama dan konsisten. Menyatukan umat adalah kewajiban ugama yang utama. Melorong mereka ke medan perjuangan Islam adalah kewajiban juga. Menyusun mereka di dalam barisan jentera adalah kewajiban seterusnya. Kemudian gerakkan mereka untuk bertindak demi Islam yang disayangi.
Bila jentera ini bergerak, musuh menjadi Kaget, Takut dan Gerun. Menggerunkan musuh adalah ibadat yang hebat.
Tetapi Malaysia bukanlah negara yang adil. Ia bukan negara yang menghormati kuasa rakyat. SPR dan segala jentera kerajaan sedang siap sedia menyerang dari atas dan bawah, depan dan belakang.
Kami yakin kami menang, tetapi kami yakin mereka akan merampas kemenangan kami dengan sejahat - jahat cara.
Jika tidak kerana kami diajar lama dengan kuasa Allah dan bantuanNya kepada para pejuangNya, pasti sudah kami keletihan menghadapi Pak Lah, Khairi, Tan Sri Abdul Rasyid dan lain - lain pengganas ini.......YaALLAH...!!! Bantulah kami, lihatlah kami, kami lemah YaALLAH untuk menghadapi musuh-musuhMu... YaRabb

Khamis, Mac 06, 2008

Kuasa Rakyat? Tipulah!


Betulke ada `kuase rakyat' ataupun sekarang ni deme gelor `Mahkkal Sahkti'. Temanpun dulu suke gune istilah ini. Tapi sekarang teman pikior istilah itu ciptaan orang yang berkuase. Istilah rakyat terlalu rapat dengan agame dan budaye. Bile sebut rakyat, tergambar dalam kepale bahawa ia adalah sesuatu yang ade nilai keagamaan dan kebudayaan. Contohnye, Sekolah Agame Rakyat - sekolah yang didirikan oleh rakyat untuk mendidik rakyat. Bank Rakyat - bank untuk membantu rakyat. Wakil rakyat - pihak yang dipilih untuk menyuarakan hasrat rakyat. Cukuple tu.
Ape dah jadi pade Sekolah Agama Rakyat? Bank Rakyat dan Wakil Rakyat? Sekolah Agama Rakyat hampir terkubur, mane rakyatnye?........
Rakyat hanya diperkudekan untuk mendapatkan kuase oleh orang yang nak kuase. Setelah kuase diperolehi - sukar sekali untuk mencari kuase itu kembali kepade rakyat. Rakyat berjiwe pasif kecuali ade orang yang berkuase menghasut atau meracuni pemikiran rakyat untuk bangkit dengan laungan `suara rakyat'. Rakyat memang gitu sifatnye. Sifat rakyat memang ramai tapi ia hanya sekadar angke yang boleh dipergunekan.
Sebab itulah - teman nak ringkaskan - akulah yang berkuase sebab Tuhanku Maha Berkuase

Selamat 'memilih' BA pada hari Sabtu ini..


Hari sabtu ini adalah satu hari yang menentukan samada aku ini layak bergelar manusia yang waras atau manusia yang tidak ada beza dgn lembu yang hanya cuma mahu 'cari makan'..
Kerana pada hari sabtu ini aku akan menentukan siapa yang bakal menjadi pemimpin negara aku.. Samada golongan rasuah dan hanya 'cari makan' atau golongan yang beriman, bersih dari rasuah, dan adil terhadap rakyat. Aku akan menentukannya pada hari sabtu ini..
Negara yang ditadbir Firaun juga kaya dan moden (moden pada waktu itulah) tetapi tiada rahmat.. tiada keadilan dalam sistem pemerintahannya.. para pembodek firaun bakal menjadi pembesar pembesarnya.. dan dia (Firaun) berlagak tuhan dgn mengatakan kalau tiadadia maka negara ini akan muflis, tiada pekerjaan, tiada keamanan, huru-hara akan berlaku etc etc.. itulah permulaan kepada kehancuran Firaun dan kerajaannya.. itulah yang berlaku dgn negaraku 'ini' sekarang..Sistem kehakiman hancur, integriti hancur, bongkak, riak, rasuah berleluasa, salah guna kuasa, kezaliman ISA, pembaziran merata, penyelewengan, jenayah bermaharajalela.. itulah itulah itulah..'kerajaan / parti pemerintah ku' sekarang..
Tetapi Sabtu ini aku akan diberi peluang untuk 'memilih' sama ada aku mahu melihat kesemua 'kebejatan' itu berlanjutan untuk lima tahun lagi atau memberikan kunci pemerintahan negara kepada 'orang baru' yang mempunyai rekod 18 tahun tanpa rasuah.. biarpun 'pemilihan' ini dibuat diatas padang yang sangat tidak rata dan tiada langsung keadilan didalamnya.. tetapi aku akan tetap 'memilih'.. kerana aku yakin.. segalanya ditangan Allah dan usaha aku selain bertawakkal adalah menggerakkan kudrat untuk 'memilih'.. kerana aku yakin dan teramat yakin aku akan disoal di akhirat kelak mengenai 'siapa' yang aku pilih..
Lembu hidup hanya 'cari makan', dia tidak peduli samada tuannya itu adalah perasuah no. 1 negara atau perompak wang negara..
Bagi lembu.. "asalkan boleh cari makan sudahlah..", "asalkan takda orang kacau aku, sudahlah.."... itu adalah lembu.. manusia sewajarnya lebih 'bijak' dari lembu.. dan manusia yang waras.. pasti akan menolak penyeleweng, perasuah, penzalim daln lain-lain lagi.. kerana didalam diri manusia ada 'maruah'..

Rumah pengerusi SPR disimbah cat


March 06 @ 13:48:30 -Sumber Malaysiakini Rumah pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini disimbah cat warna merah, dipercayai sebagai bantahan keputusannya membatalkan pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi. Kejadian itu, dipercayai awal pagi atau tengah malam tadi, diketahui hari ini oleh pekerja rumahnya di Jalan Bukit Pantai, Kuala Lumpur. Abdul Rashid memberitahu Malaysiakini, beliau percaya kejadian itu bermotifkan politik.Perbuatan menyimbah cat merah bahagian pagar rumahnya di Lorong Bukit Pantai 7, Lembah Pantai itu dipercayai dilakukan tiga lelaki kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, lapor laman web Utusan Malaysia.Abdul Rashid bagaimanapun hanya menyedari perkara itu pada pukul 7.30 pagi ini ketika beliau menunggu pemandunya untuk keluar menuju ke pejabatnya.Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang mengulas kejadian itu menegaskan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenainya.SPR kelmarin membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal, hanya empat hari sebelum pengundian pada Sabtu ini.Pengumuman mengejutkan itu dibuat pada satu sidang akhbar di yang turut dihadiri ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan juga Musa.Beberapa hari sebelumnya, pembangkang menegur SPR yang kelihatan berat hati untuk memperkenalkan penggunaan dakwat tersebut.Susulannya, beberapa pemimpin utama badan pemantau yang diiktiraf SPR, Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel), termasuk pengerusinya Abd Malek Hussin, menarik diri sebagai pemerhati pada 8 Mac ini.

Presiden PAS arah ahli berpuasa sunat dan munajat esok


Harakahdaily Wed Mar 05, 08 6:28:37 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli dan penyokong PAS yang beragama Islam untuk terus bermunajat memohon pertolongan Allah agar PAS diberi kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke 12 ini.
Beliau mengarahkan semua calon dan petugas PAS untuk berpuasa sunat esok (Khamis) dan menghidupkan malam Jumaat dengan qiamullail dan munajat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Presiden PAS mengingatkan, dalam kesibukan berkempen semua ahli dan petugas PAS tidak boleh melalaikan aspek spiritual.
Katanya, setelah berusaha gigih untuk membantu kemenangan PAS, seharusnya petugas PAS berdoa dan bertawakal kepada Allah agar memberikan kemenangan kepada PAS sekaligus mematikan perancangan jahat musuh.
Menurut beliau, paling penting dalam gerakan Islam, petugas-petugasnya mempunyai hubungan yang kukuh dengan Ilahi. -

Rabu, Mac 05, 2008

UMNO gula-gulakan rakyat...!!!


5.3.08/rabu/Kg.Gajah. Tu dia UMNO dah buat dah. Dia buat balik ragam lame dia tu. Sejarah berulang kembali, Kami penduduk Kg.Gajah dah paham beno dengan taktik ni. Usah lerr... tak kemane mike buat ragam tu.... Ni dia sahabat-sahabat kalu nak tau ni le bendenye UMNO guna semasa berkempen, bagi pada Tok dan Opah kite cekelat kopiko & Sumi Jelly yang di cap kan lambang dacing.... Zaman Kak Ainon boleh lerr mike kecek kume ni dengan cekelat tu.. Tapi mike silap tahun ni mike edar bende ni , alamat nye mike tumpo di Kg.Gajah. Tuan-tuan & Puan-puan nak tau crite cekelat ni... Buat di Siam.... Udah di jampi... sape mentekedarah menatang tu jawapnye ...haaa...paham aje le.. kabo pade orang kampong JANGAN haruih di ambik.. Mungkin tempat lain tak ade menatang ni.. Tapi ingat jika ade..... Hincit kan dari romah kite. Tak masuk Malaikat... ahak ahak ahak. Jangan jadi bebudak . Kite dah matang dalam Politik.. Tajuddin... Tajuddin... Dr.Wan Chiken ngikut je.

Sabtu, Mac 01, 2008

Rashid SPR Membahayakan Keselamatan Negara

Ya ALLAH, jika manusia bernama Rashid, Pengerusi SPR ini dan organisasi mereka mendatangkan kebaikan kepada hambaMu, maka, limpahilah dia rahmat, keampunan dan petunjukMu. Tetapi jika dia mendatangkan kemudharatan terhadap hambaMu, agamaMu, maka lumpuhkanlah atau matikanlah dia. Ya ALLAH. Hanya Engkaulah yang maha mengetahui. Kami hanya memohon dari apa yang kami ketahui. Jika Rashid itu lebih baik dibiarkan hidup di atas muka bumiMu ini, maka kurniakanlah dia hidayahMu, cantumkan hati kami dengan hatinya.Ya ALLAH. Hanya Engkaulah yang maha mengetahui. Kami hanya memohon dari apa yang kami ketahui. Jika Rashid itu lebih baik dilumpuhkan, maka ambillah semula anggotamu kecuali mulutnya. Mudah-mudahan dia kembali kepadaMu dan mendedahkan apa yang berlaku.Ya ALLAH. Hanya Engkaulah yang maha mengetahui. Kami hanya memohon dari apa yang kami ketahui. Jika Rashid itu lebih baik dimatikan, maka matikanlah dia. Supaya hambaMu yang ikhlas tidak teraniya. HanyaMu yang maha mengetahui. HanyaMu kami sembah, hanyaMu kami bermohon.”


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO