Rabu, Januari 27, 2010

Tazkirah Umur Umat Akhir Zaman#

Umur umat Islam sudah di penghujung. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari " Hanyasanya kamu (Umat Islam) tinggal (di dunia) ini berbanding dengan umat2 terdahulu adalah di dalam waktu yang seumpama antara sembahyang asar dan tenggelamnya matahari ( Maghrib). Telah diberikan kepada ahli Taurat (umat yahudi) akan kitab Taurat, maka mereka beramal dengannya sehingga separuh hari ( Solat Zhohor) kemudian mereka lemah.

Maka mereka dikurniakan oleh Allah sepotong2 permata (kiasan kepada Balasan Syurga) kemudian diberikan kepada ahli Injil (umat kristian) akan kitab Injil, maka mereka beramal sehingga solat Asar kemudian mereka pula lemah, maka dikurniakan Allah sepotong2 permata,(Balasan Syurga) kemudian diberikan kepada kita Al-Quran, maka kita beramal dengannya sehingga tenggelam matahari (Solat Maghrib) maka kita diberi ganjaran 2 potong 2 potong permata.

Kemudian ahli kitab bertanya " wahai tuhan kenapakah kau berikan kepada umat Islam 2 potong 2 potong permata sedangkan kau berikan kepada kami sepotong2", maka Allah menjawab " adakah aku telah menzalimi kamu semua ( yakni dengan mengurangkan ganjaran mu) maka jawab mereka tidak, maka balas Allah " itulah kurnianku yang kuberikan kepada sesiapa yang kukehendaki".

Komentar:- Umur umat Islam hanyalah sepanjang solat asar hingga solat maghrib. Alangkah pendeknya..........dan kita sudah hampir ke penghujungnya...................

1 Comentário:

Tanpa Nama berkata...

SILA BUAT PILIHAN ANDA KEATAS SURVEY di Blog Alhusseyn Terima Kasih


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO