Khamis, Jun 13, 2013

Janji Allah : Rakyat Taat Bumikan Berkat. Minyak diperut bumi KELANTAN kini ditemui.


Nazri dan Shakur menunjukkan sampel minyak yang ditemui di Pasir Pekan
TUMPAT: NGO menuntut royalti untuk Kelantan, R telah menghantar sampel minyak yang ditemui di sebuah telaga dekat sini untuk dianalisa oleh sebuah syarikat geosains terkemuka di Kuala Lumpur. Presiden R, Nazri Deraman dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengambil sampel minyak itu dan dihantar kepada syarikat berkenaan untuk dianalisa semalam.

Penduduk Pasir Pekan semalam mendapati minyak keluar melalui telaga mereka. Ekoran itu, pihak R yang diketuai Nazri dan di iringi oleh Timbalan Presiden R, Haji Shakur Shariee dan Setiausaha R, Mohd Hisyamuddin Ghazali telah pergi melawat tapak penemuan minyak di dalam telaga di Pasir Pekan pada jam 5.30 petang semalam.

Hasil penemuan dan temubual dengan penduduk agak mengejutkan, kerana minyak memang terdapat dalam telaga di 3 buah rumah berasingan.

Nazri meneliti minyak yang diambil dari sebuah telaga di Pasir Pekan
Lebih 100 liter telah dikumpul sejak 4 bulan yang lalu, malah minyak tersebut mampu menghidupkan enjin mesin rumput.

Bagi membantu penduduk setempat, pihak R telah mengambil langkah segera dengan mengambil sampel minyak tersebut untuk dihantar ke sebuah syarikat swasta geosains terkemuka di Kuala Lumpur. Sebelum ini mantan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa pernah menyatakan bahawa terdapatnya minyak di dalam perut bumi Tumpat dan Kota Bharu mengikut kajian geosains semasa.

Sebenarnya penemuan minyak di darat adalah bukan perkara mustahil kerana di Indonesia, penemuan Minyak di Darat di Blok Cepu, Jawa Timur dan Jawa Tengah sejak dulu lagi. Malah di Malaysia juga ditemui minyak di darat seperti penemuan minyak di Sarawak oleh Petronas, iaitu penemuan di daratan yang pertama di negara ini selepas 24 tahun. 

Penemuan itu dibuat di telaga Adong Kecil West-1, yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut bandar raya Miri. Ia digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, iaitu operator bagi Blok SK333 dengan usaha sama Petronas Carigali Sdn Bhd. Kali terakhir minyak dan gas ditemui di daratan Malaysia ialah pada 1989, iaitu di medan Asam Paya yang juga terletak di Sarawak.

Pada masa yang sama R menuntut Perdana Menteri agar membayar Royalti 20% kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan beliau semasa berkempen Pilihanraya 13 di Sabah tempohari. Sekiranya beliau tidak melaksanakan janji tersebut, rakyat Sabah dan Sarawak perlu bangkit menuntut hak mereka seperti dijanjikan untuk pembangunan negeri mereka sendiri.

admin ...
ayat seribu dinar telah lama menafsirkan begitu juga amalan dhuha penduduk bumi kan menghasilkan rezeki yang luar jangkanya.

sumber

1 Comentário:

ahlee berkata...

kalau ada minyak bagilah royalti kat kelantan tu Sultan dah MINTAK tau....jangan berkira sangat minyak apa ya...minyak urut, minyak belacak, minyak senyonyong,minyak kelapa JANGAN bagi royalti TAHI MINYAK sudah nanti ramai naik minyak pulak?Selama ni dah beratus million bagi kat Kelantan Sultan ada ucap terima kasih kat Kerajaan BN?


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO