Rabu, Mac 20, 2013

Bau Busuk BN semakin HAPAK!!!

Sesuatu perlu dipelajari dari petikan berita ini menerusi video klip khas yang dipaparkan. Membaculkan nilai tanahair adalah hadir dari kepimpinan negara dan negeri sendiri di bawah Barisan Nasional. Siapa yang mengadai harta pusaka negara adalah BN yang memerintah lebih 57 Tahun.

Bukan hanya di Sarawak , yang pasti mulut tertutup rapat kini bau busuknya telah merebak keluar. Ayoh wahai RAJYAT MALAYSIA bersama anda adalah AMANAH ALLAH sebagai khalifah. 5 Tahun mendatang kita beri peluang pada PAKATAN RAKYAT dan sekiranya tidak berubah maka kita yang cintakan tanahair berdaulat ini perlu buat sesuatu yang lebih indah.

Hapus dan pecahkan minda anda , kerana peranan pemerintah adalah membela dan melindungi harta tanahair tercinta bukan sebaliknya.



video taib mahmud
Video kali yang kami ingin benar kongsikan kali ini cukup dengan kualitinya, tidak samar-samar muka pelakunya dan yang paling pentingnya ada warna. Ok baiklah…
Sebelum ini kami pernah kongsikan laporan mengenai hartanah dan istana milik “Raja Sarawak”, Tan Sri Taib Mahmud, adik beradiknya, saudara maranya dan kroni-kroninya (DI SINI). Masih ingat lagi rahsia bagaimana untuk menjadi kaya seperti dikongsikan oleh Tan Sri Taib Mahmud selaku Ketua menteri Sarawak selama tempoh lebih 30 tahun lamanya?
Mudah sahaja, merompak kekayaan dan sumber asli negeri Sarawak.
video taib mahmud
Taib Mahmud didakwa memiliki kekayaan sehingga RM46 bilion dan kekayaan anak-beranaknya, adik-beradiknya, kaum-kerabatnya dan kroni-lroninya (DI SINI)
Ishh…..Berita Semasa tidak baik tuduh-tuduh, fitnah. Berdosa! Nanti Tuhan Allah marah. , baiklah. Ok Berita Semasa hanya menyampaikan sahaja apa yang didedahkan sendiri daripada mulut emas kalangan kaum kerabat Taib Mahmud & juga rakan perniagaan, bagaimana cara mereka merompak kekayaan & negeri Sarawak selama ini meliputi kawalan tanah, perhutanan dan lesen perladangan di negeri Sarawak ini, sehingga hampir habis licin hutan hujan di Sarawak (yang tinggal sekitar 5% setakat ini).
video taib mahmud
Nah…di bawah ini adalah video yang mendedahkan secara teliti bagaimana modus operandi yang digunapakai untuk menghalalkan salah guna kuasa, korupsi dan penganiyaan kepada rakyat Sarawak sendiri selama tempoh 30 tahun oleh kalangan kaum kerabat Tan Sri Taib Mahmud :
  • Anda akan didedahkan dengan cara yang cukup terperinci bagaimana cara untuk mengelakkan membayar RPGT, seterusnya membuat keuntungan yang maksimum
  • Bagaimana cara untuk membenarkan warga asing memiliki 51% saham syarikat di Malaysia?
Bagaimana? Sudah selesai menontonnya? Adakah anda sudah menemui jawapannya sedikit sebanyak bagaimana wang haram (illicit fund) yang keluar dari Malaysia berjumlah sekitar lebih RM1.052 trilion (DI SINI SUMBERNYA) terhasil? Ya…begitu licik kaedah yang digunapakai.
video taib mahmud
Kami sendiri terus-terang mengatakan di sini berasa cukup sedih, kecewa, geram, bagaimana tergamak mereka boleh melakukannya. Entahlah…mungkin apabila melihat nasib rakyat Sarawak sendiri sekarang ini. Sayang negeri kaya, tetapi ramai lagi rakyat Sarawak kekal begini.
video taib mahmud
Mereka tidak mahu bangunan tertinggi di dunia, bangunan terpanjang di dunia, projek berbilion sana sini, pelbagai projek empangan di Sarawak. Apa yang mereka mahukan adalah hak mereka tidak dirampas, keperluan asas seperti elektrik, air dan jalan disediakan. Itu sahaja. Hakikatnya?
video taib mahmud
Dan ayat ini yang kami sama sekali tidak terima. Rupanya inilah pandangan mereka terhadap rakyat miskin di Sarawak :
“Kamu tahu mereka ini termat miskin di Sarawak. Dan bila pemimpin-pemimpin datang melawat mereka menggangap pemimpin-pemimpin ini umpama raja. Dan mereka mengharapkan sedikitt derma. Hakikatnya, kebaikan yang Taib Mahmud lakukan di Sarawak jauh melebihi keburukan yang didakwa terhadapnya seperti rasuah & lain-lain. Tetapi…..” – Sepupu Taib Mahmud (Fatimah Abdul Rahman)
video taib mahmud
taib mahmud
Kepada Fatimah Abdul Rahman, walaupun rakyat anda miskin, tiada pelajaran dan pendidikan, hidup dalam serba kekurangan tetapi mereka ini ada maruah dan harga diri. Itu sahaja. Jangan bongkak. Tuhan boleh ambil nikmat yang diberikan kepada nada dalam masa sekelip mata sahaja.
taib mahmud video
Dan kami bertambah terkilan sehingga ke hari ini, setelah begitu banyak bukti demi bukti yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia, termasuklah rakyat yang prihatin dari luar negara, Tan Sri Taib Mahmud dan kaum kerabatnya masih lagi kebal tanpa disentuh untuk disiasat.. Mengapa? Dan sampai bila mahu dibiarkan?

sumber : http://beritasemasa.com/video-taib-mahmud-kaya-sarawak

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO