Ahad, Januari 06, 2013

Konvoi Amal Shabab al-Insaf, Geng Anak Muda Maybank semarak ukhuwah ISLAM N49 Perak

Sedia beramal
SABTU, 5 JANUARI 2013 Konvoi Amal Shabab al-Insaf , Surau Menara Maybank telah hadir ke bumi bertuah Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak dalam misi Amal kebajikan bersama Dewan Pemuda & Komuniti Jemaah Islam Kampung Gajah. Team Amal Shabab al-Insaf , Surau Menara Maybank ini adalah dibawah naungan Persatuan Kakitangan Pekerja Islam Maybank Malaysia Berhad berpengkalan di Kuala Lumpur (PKIMB). 


taklimat di Masjid Lama Kg Gajah
team beristirehat
Kehadiran dan keprihatinan geng anak-anak muda begini amat-amat dialu-alukan oleh jemaah tempatan dimana mereka dapat menyuntik semangat saling bantu-membantu golongan yang memerlukan  seterusnya jurang bandar dan luar bandar dapat direalisasikan atas dasar hikmah ukhuwah persaudaraan.  


sama beramal
ukhuwah terjalin
Sejumlah 15 buah motorsikal berkonvoi merentasi 280 km dari Kuala Lumpur ke Kampung Gajah, Perak beristirehat di Masjid Lama Kampung Gajah satu-satunya masjid paling padat pengajian hariannya di kawasan Parlimen Pasir Salak ini. Kesungguhan peserta konvoi yang tiba di lokasi ini jam 12 tengahmalam setelah memulakan perjalanan mereka sejurus sesi tugas masing-masing pada hari Jumaat tempohari. Berpagi-pagiannya Kuliah subuh pengajian sepanjang hayat di Masjid Lama Kampung Gajah menjadi agenda pengisian ilmu para peserta.
reda kesakitan, ziarah mereka penuh keinsafan
Menurut Saudara Mior Mohd hilmizan (org parit) selaku Ketua XPDC syabab  program ini yang bermatlamatkan kebajikan dan ukhuwah pada asalnya merupakan sambilan dalam misi menerima jemputan walimah d kg tersusun changkat lada, namun sambil itu amal kebajikan dapat diteruskan. Team ni sering kali konvoi amal. Dana sumbangan amal kebajikan ini  di perolehi menerusi ahli shabab sendiri dan kakitangan menara maybank.


prihatin warga emas , Bakal calon pun turut serta bersama
Membantu fakir, OKU dan sesiapa yg memerlukan adalah fokus konvoi xpdc. Kerjasama daripada Jawatankuasa PAS kawasan dan PAS MTD Kampung Gajah juga bersama MTPD memberikan impak positif terutama insan-insan yang diziarahi. Sumbangan pertama saudara Rosli(ham) yang terlantar kesakitan akibat kemalangan 10 tahun lepas. Kedua rumah belakang surau kg jawa, rumah Kampung Bawah Bungor dan Kampung Sg. Rangam.


Pengarah PAS MTD Kg Gajah turun memberikan sokongan
Sdra Rosli (Ham) dikenali sama diziarahi
JKuasa PAS Kawasan Pasir Salak, PAS MTD Kampung Gajah, Dewan Pemuda PAS Kawasan , JKuasa Masjid Lama Kampung Gajah dan lain-lain komuniti jemaah ISLAM setempat mengucapkan jutaan terima kasih dan ribuan penghargaan buat penganjur. Semoga dengan program seumpama ini akan dapat memberikan keberkatan rezeki dan amal kebajikan sesama peserta. Jazakallah, dan jangan lupa datang lagi.

- adie76

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO