Isnin, Mei 30, 2011
Ijtimak PAS Ganti UMNO Perak @ Markaz PAS Kawasan Pasir Salak : Sangat BERJAYA!!!
LABEL : AKTIVITI, PAS GANTI UMNO
Artigos Relacionados:Isnin, Mei 23, 2011
Golongan inilah yang sebulat suara kelak kan menaikkan harga minyak Malaysia!!!
Ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri
1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri
1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.
LABEL : ANDA RAKYAT MALAYSIA, PERLU TAHU
Artigos Relacionados:Ahad, Mei 15, 2011
Kepimpinan Baru Menyinari PAS Kawasan Pasir Salak
LABEL : AKTIVITI, BERITA SEMASA, PENGHARGAAN
Artigos Relacionados:Mesyuarat Agong PAS Kawasan Pasir Salak Kali Ke-47
LABEL : PENGHARGAAN
Artigos Relacionados:Isnin, Mei 09, 2011
Rakyat diperbodohkan, Isu Rakyat diselindungkan
Seperti telah dijangka sesuatu yang mengemparkan negara pastinya punyai agenda besar sebaliknya. Inilah dunia tanahairku Malaysia. Jakun dan kuno pemikiran manusia dan rakyatnya dipermainkan.
- Apakah kita akan sentiasa terus dibuai kebodohan sejagat.
- Apakah kita bersedia menerima kesan kenaikkan keperluan barangan hari ini.
- Dimana tanggungjawab dan sensitiviti selaku pengguna dan rakyat di bumi bertuah ini.
LABEL : ISU TERKINI
Artigos Relacionados:Rabu, Mei 04, 2011
Kepimpinan & ajaran Islam direalisasikan sewarasnya.
Amerika juga pengganas
"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.
Kenyataan Nik Aziz (kiri, berserban) itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.
Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.
Nik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.
"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.
"Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.
Mursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.
"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.
"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.
Nik Aziz sebaliknya menyelar Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini.
"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.
"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya.
LABEL : ISU TERKINI
Artigos Relacionados:Selasa, Mei 03, 2011
Apakah sama Pentas Dunia dengan Pentas Tanah Utara Singapura?
Apakah benar muslim ini bersalah sepertimana yang digemburkan oleh media Barat?
Ketiadaan beliau boleh aman dunia atau dunia aman bilamana Islam ditegakkan?
Kewajaran media negara kita memaparkan kegembiraan Barat , setelah kematian seorang muslim?
Kehancuran pemikiran umat Islam , akan hancur deq pegangan dan lontaran berita dari golongan kufar?
Adakah senario menganalisis berita ini juga berlaku di negara kita yang tidak menjalankan Hukum-Nya?
LABEL : PERLU TAHU
Artigos Relacionados: