Rabu, Jun 16, 2010

Ade masalah YB ni..


Rupa – rupanya ada kisah lain selain dari tuduhan menerima bayaran RM20 Juta atau 1/5 dari RM20 Juta itu untuk keluar Parti..

Kisah yang tidak berkaitan dengan RM20 Juta itu berkisar dan diwarnai dengan Komplot, Curi dan Peras Ugut, malah jumlah yang dikatakan terlibat juga tidaklah mencecah jutaan Ringgit.

Dan seperti biasa yang dituduh sebagai dalangnya ialah UMNO.

Kisah ini telah diceritakan oleh A. Sivanesan ADUN Sungkai yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak dan juga Ahli Parlimen Ipoh Barat M . Kulasegaran.

Kisah dikatakan bermula dengan kehilangan RM45,000.00 dari Firma Guaman yang dimiliki oleh Keshvinder Singh, ADUN Malim Nawar dari DAP yang telah mengumumkan keluar Parti menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN tengah hari semalam.

Walaupun Keshvinder menafikan UMNO sebagai dalang tindakannya itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak A Sivanesan telah mendakwa sebaliknya.

Menurut ADUN Sungkai itu, Keshvinder telah menceritakan kepadanya hal kehilangan RM45,000.00 itu kepadanya ketika mereka berjumpa sekitar tiga minggu yang lalu.

Keshvinder telah menceritakan kepada Sivanesan bahawa salah satu seorang kakitangan yang bertugas di Firma Guamannya telah menggelapkan RM45, 000 wang pelanggannya dan dia sedang cuba untuk menyelesaikannya.

Malangnya sebelum Keshvinder menyelesaikan isu itu berita penyelewangan itu telah sampai kepada pihak UMNO.

Apabila pihak UMNO mendapat tahu hal itu , mereka mula menekan Keshvinder menggunakan isu itu terhadapnya dan dalam menekan mereka juga memujuk Keshvinder agar keluar DAP.
Sivanesan juga telah menyarankan agar Keshvinder membuat laporan polis.

Selain dari menceritakan perkara itu kepada Sivanesan , Keshvinder juga telah mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin DAP yang lain termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.

Sivanesan juga telah mencabar Keshvinder untuk menyangkal bahawa dia telah menceritakan masaalah ini kepadanya dan beberapa pemimpin DAP yang lain.

Kulasegaran telah mengesahkan hal ini dengan menambah dan mendakwa bahawa kakitangan Keshvinder yang dipercayai telah menggelapkan wang RM45,000.00 itu dan melarikan diri mempunyai hubungan dengan UMNO.

Keshvinder telah menceritakan kepada Kulasegaran kakitangannya yang dikatakan mempunyai hubungan dengan UMNO itu , bukan saja telah melarikan wang pelanggannya malahan juga telah melarikan bersamanya resit pelanggannya.

Keshvinder bimbang kerana resit itu boleh digunakan untuk menentangnya , Kulasegaran juga telah menyarankan agar Keshvinder untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“ Kami bimbang akan sesuatu yang buruk menimpanya bila dia telah hilang kelmarin”

Kulasegaran juga mendesak Keshvinder mengundurkan diri secara terhormat sebagai seorang ADUN memandangkan beliau telah memenangi kerusi itu atas tiket DAP

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO