Isnin, Mac 22, 2010

KEHADIRAN DATO'SERI TG PRESIDEN AMAT BERMAKNA

Kehadiran yang sangat dinantikan dan menyentuh perasaan keluarga mendiang Siva. Langkap menjadi saksi keprihatinan TG Presiden yang memberi kesan mendalam buat kaum bukan Islam Tanahair terutama penduduk setempat. Walaupun agama yang berlainan, namun pertanyaan khabar dan harapan besar dari beliau sangat dihargai.

Seluruh JK PAS Perak, PAS Kawasan Pasir Salak, PAS Teluk Intan dan seantaranya menyambut beliau dengan keadaan yang mengharukan. Amanat yang disampaikan oleh beliau walaupun seketika kepada ahli keluarga membuatkan semangat perjuangan ahli Kelab Penyokong PAS mantap dan akan terus memberikan kesan baik kepada jemaah.

Laporan dari intanhijau.blogspot.com

LANGKAP, 21 Mac - Prihatin terhadap pembunuhan kejam Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, mendiang Siva maka Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah meluangkan masa menziarahi keluarganya di Langkap tengah hari tadi.


Ketibaan Tuan Guru Presiden disambut oleh pimpinan PAS Perak.

Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Presiden PAS telah hadir ke rumah keluarga Siva di Taman Mawar, Langkap. Kehadiran Tuan Guru Presiden dan isteri telah disambut oleh Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak merangkap YDP PAS Pasir Salak Ustaz Mustafa Shaari, YB Haji Zainuddin, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, pimpinan Dewan Pemuda PAS Perak, pimpinan Dewan Muslimat Perak, pimpinan DHPP dan pimpinan PAS tempatan.


Balu mendiang Siva bersama pimpinan Dewan Muslimat Negeri Perak.




Ustaz Abu Bakar berbincang dengan YB Haji Zainuddin dan YB Hj. Anuar.

Tuan Guru Presiden PAS telah berpeluang bertemu dengan isteri dan anak-anak mendiang Siva. Beliau telah mengucapkan takziah atas nama PAS Pusat atas kematian mendiang Siva beberapa hari yang lalu.

Kemudian, Presiden telah mengadakan pertemuan dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri di Pejabat DHPP Pasir Salak di Pekan Langkap.


Sementara menunggu kedatangan Presiden, sempat bergambar bersama blogger Al Husseyn dan Sdr. Johari Jaafar, wartawan Harakah.

ar_rawa

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO