Isnin, Disember 14, 2009

Cucu MAHARAJALELA bertempik di bumi Hamlet

Dewan kuliah di King's College London agak penuh. Zambry Kadir

sebagai ahli politik, membentang dan menjawab persoalan secara

politik. Maknanya susahlah nak cari salah dia. Semua jawapannya

sudah ada.


Dari rumah lagi aku plan tak nak tanya kat majlis. Entah mengapa,

tangan aku gatal angkat tangan. Jadi, aku cakap; kalau pasalpengalaman

cross over ahli politik, pihak lain tak boleh challenge

UMNO yang banyak pengalaman. Dari tahun 1959 (Terengganu),

1967 (Kelantan – gagal), 1969 (13 Mei), 1985 (Sabah) dan

2008 (Perak). Samada nak terima atau tidak, UMNO memang hebat bab

ini. Anwar Ibrahim tak boleh lawan. Ini bukan kes Perak atauMalaysia.

Banyak lagi pemimpin negara lain di dunia yang senafsu dengan pemimpin UMNO.

Aku tak setuju pandangan Zambry yang menyebut, `sudahlah

jangan banyak politik sangat.....'. Kenyataan ini menggambarkan

agar rakyat jangan sibuk berpolitik. Biarlah rakyat bangang politik. Senang orang politik kawal. Macam setengah ulama jahat yang

menasihatkan agar umat Islam menjauhi politik. Politik itu kotor.

Kita orang baik-baik ini tak payah campur. Ohh.....senang Sultan,penguasa, British berkuasa. Jangan elitkan politik menjadi milik

ahli politik. Rakyat kena patuh dan ikut. Mana boleh! Ehh… lepas itu,

baru Zambry mengiakan kata aku.


Zambry duduk tengah di meja depan. Kirinya, Dato Fairuz

Penasihat Undang-undang Perak. Kanannya, Dato Abdul Rahman

SUK Kerajaan Negeri Perak. Dato Fairuz bagi kuliah undang-undang yang membosankan. Semuanya untuk melegitimasikan

tindakan politik. Macam sesetengah ulama yang mencari hujah

menghalalkan langkah haram.


Yang aku nak cerita ialah episod Dato Abdul Rahman yang

merendah-rendahkan pelajar UK.


Tuan Penasihat Orang Kaya Sadek Sigeragar ni cakap budak-budak UK ni tak cukup maklumat, mendengar pandangan sebelah pihak,

saudara kena begini, begitu dan bla bla bla......kenyataan yang

betul-betul memperlekeh kita orang. Betul-betul layan macam

budak sekolah menengah!


Telinga aku berdesing. Aku bangun minta dia tarik balik. Ini satu kenyataan yang menghina. Macamlah pariah sangat. Ramai yang

tepuk sorak kasi sokongan kat aku. Aku ingat telinga aku je yang

berdesing, rupa-rupanya ramai yang lain pun bukan setakat berdesing, berasap beb!


Lepas majlis tamat, aku sound sekali lagi mamat tu. Tak puas hati,

sudahlah tak tarik balik, minta maaf jauh sekali. 'Apa Dato' cakap macam tu?

' Dia jawab, `Sheikh, I bukan cakap tentang you…ni

untuk diaorang yang tak faham ni…..bla bla….. '


Seelok-eloknya dia diam. Tap bila dia cakap, maka sahlah …(tak sopan nak tulis)


Pinjam dr kata-kata Muhaimin Sulam

*Syabas bang, cucu Maharajalela bertempik dibumi Hamlet.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO