Sabtu, November 07, 2009

"Attention" Abad 21

Pandangan & komentar 2 professor yang di jemput ke Seminar Memperkasakan Parti PAS pada hari ini di lihat berjaya pada keseluruhannya. Tapi kita ingat mereka berdua bukan ahli parti PAS, mereka hanyalah orang luar yang memberi pandangan yang berbeza. PAS sudah jauh melangkah ke era yang baru dan kebanjiran penyokong & pendokong yang mahu melihat PAS sebuah parti alternatif pada abad ke-21, cuma mereka berdua ni nak tumpang bas kita yang seingatnya drebar perlu ditukar, ingat la... penumpang duduk diam-diam, bagitau je nak kemana, bayar tiket, drebar akan bawa ketempat yang dituju.

Kita ada Dewan Ulama', Syuro di utamakan. Walaubagaimanapun kita mengucapkan terima kasih kepada 2 orang prof itu keatas lontaran idea-idea yang baru. Saya berminat dengan prof dr abu hassan (UM), menyatakan abad 21 suatu "ATTENTION" peradaban reputasi atau abad persepsi. Zaman melalui perubahan, dahulu PAS di lihat sebagai satu parti yang ta'asub, tapi sekarang ahli pemikir mula nampak inilah parti yang satu-satunya alternatif kepada rakyat. Perlunya kepada anjakan paradigma untuk menghadapi PRU-13.
Rakyat mula melihat suatu keperluan untuk generasi akan datang, sistemnya dah cukup cantik namun masih ada kepincangan, biasalah lumrah sesebuah parti, namun kita masih lagi komitmen, berjaya memperkukuhkan parti dengan mengembangkan sayap kelab penyokong PAS, dan akhirnya pintu UG ditutup dan kuncinya dibuang.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO