YB Idham Lim Tetamu di Rumah Terbuka Dun Kg Gajah.
Drs. Khalil sedang menyampaikan sumbangan "duit raya" kepada sekitar 200 orang kanak-kanak yang hadir.
KAMPONG GAJAH , 16 Okt : Ganesan adalah Speaker haram di Perak dan dia tidak ada kelayakan untuk memanggil sidang DUN Perak pada 28 Oktober ini. Demikian antara intipati ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa memberi ucapan dalam Majlis Jamuan Aidil Fitri DUN Kampong Gajah yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Kg. Gajah di Dataran Islamic Center di sini Jumaat lepas.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Penyelia DUN Kg. Gajah Pakatan Rakyat yang juga YDP PAS Kawasan, Ust. Mustafa Shaari. Acara tahunan itu mendapat sambutan yang baik dari masyarakat sekitar DUN berkenaan dan disifatkan oleh Drs. Khalil sebagai tanda sokongan yang kuat kepada pakatan Rakyat khususnya di DUN Kg. Gajah.
Sempena dengan majis itu MTD Kg. Gajah telah menyediakan sumbangan berbentuk Hamper dan telah disempurnakan agihannya oleh ADUN Titi Serong.
Selain itu kanak-kanak yang hadir turut dihargai dengan pemberiaan "duit raya" kepada sekitar 200 orang kanak-kanak yang hadir.
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan