Rabu, Oktober 28, 2009
Siva dicekik & songkok di rampas.
Sejurus sampai ke bangunan DAP jam 9.30pagi,Yb Siva terus memakai pakaian ajaibnya, tepat jam 9.45pagi kami keluar dengan kesemua YB pakatan rakyat. Kejadian pagi ini cukup memalukan rakyat Perak. Peraturan persidangan dipinda manakala orang asing dilantik sebagai bentara dewan. Persidangan yang sepatutnya bermula jam 10 pagi dengan kehadiran kesemua adun BN dan PR telah dicemari dengan insiden yang amat memalukan sistem demokrasi berperlembagaan negara. Mengapa adun-adun PR telah dihalang oleh polis dan juga bentara dewan? Dikasari sehingga Speaker Perak V. Sivakumar dicekik dan songkok serta jubah speaker yang sah dipakainya telah dirampas? Lif dibangunan SUK yang menuju ke dewan persidangan telah dimatikan sehingga memaksa kesemua adun-adun PR terpaksa menggunakan tangga? Mereka telah beberapa kali dihalang daripada memasuki bangunan SUK dan dewan persidangan sehingga jam 11 pagi. Apa perlunya BN mengadakan sidang dun sesama mereka sahaja tanpa kehadiran adun-adun PR yang masih bergelut untuk melepasi halangan polis dan bentara? Apa yang mereka takutkan? Apa pula yang mereka rahsiakan? Polis juga begitu mengecewakan apabila bertindak mengikut arahan sebelah pihak sahaja. Bukankah anggota polis perlu berkecuali didalam hal-hai yang melibatkan politik? BN Perak hari ini telah dengan rakusnya memusnahkan serta menghina amanah yang diberikan rakyat serta Sultan Perak kepada mereka.
Artigos Relacionados:
Selasa, Oktober 27, 2009
Seruan Berpakaian HITAM 'Bubar DUN Perak' ESOK
Seruan berpakaian 'Bubar Dun Perak' pada esok. Moga realiti sebenar menaruh harapan kebenaran dan keadilan berdasarkan semangat & ketelusan sebenar hidup di negara yang mendokong prinsip demokrasi bukannya kuku besi.
Media esok dijangkakan akan lebih menumpukan tentang pertemuan yang dikatakan jemaah PAS sedang bergolak, padahal dunia sebenar tertumpu di Ipoh. Maka minda rakyat akan terhidang lebih dengan story di Kuala Lumpur berbanding yang sebenar di IPOH.
LABEL : ISU PERAK KINI, ISU TERKINI
Artigos Relacionados:Isnin, Oktober 26, 2009
Majlis Sambutan Hari Raya Dewan Pemuda PAS Perak bersama Parti Politik, Jabatan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Media meriah
Majlis sambutan Eidulfitri Pemuda PAS cukup meriah dengan kehadiran Datuk Bandar Ipoh. Tidak ketinggalan juga Dato' Seri kita yang SAH. Takbiiir.......
Artigos Relacionados:
Antara KEBENARAN & REALITI
Bila mana musuh LEMAS , strategik langsung menuju JEMAAH. Itulah hakikat yang JELAS nyata REALITI HIDUP POLITIK jakun di MALAYSIA.
Menutup respon BESAR masyarakat terhadap BUDGET yang tidak mendahului rakyat rata-rata isu media kini tertumpu terhadap pada masalah sejagat lawan mereka.
Sejauhmana kita nak masyarakat dijumudkan dengan media semacam ini. Pada kebiasaannya ianya akan berlalu begitu sahaja dan diselesaikan dalam keadaaan aman dan tenteram JEMAAH BERPEGANG DENGAN PRINSIP ISLAM BERPANDU AL-QURAN AS-SUNNAH.
LABEL : LIBASAN, REALITI POLITIK LAWAN
Artigos Relacionados:UMNO tidak berani sahut cabaran! Mana pemudamu TOK PERAK..!!!
Ustaz Akmal kemudian bertindak pantas membaca keseluruhan kandungan surat tersebut sambil diteliti khusyuk oleh wakil Pemuda UMNO.
Zambry tidak berani pertahan Ganesan.
Beliau juga mendedahkan siak dan bilal memaklumkan kepadanya pada satu jamuan di Taiping saguhati RM500 tidak dapat lagi, sedang ianya dijanjikan Zambry dibayar sebelum hari raya lepas.Ds. Nizar juga mengesahkan Sivakumar memiliki jubah dan songkok yang asli sedangkan Ganesan memiliki yang dicuri.Disamping itu, beliau mempertikaikan sekiranya BN berkata benar, apa guna panggil polis kawal 500 meter disekelilingnya. Beliau juga memohon pihak polis jangan masuk campur sidang DUN Perak, kami datang dengan surat dari Sivakumar Speaker yang sah."Akibat dari pelanggaran undang-undang maka DUN Perak mesti dibubarkan" tegasnya.Akibat dari Speaker haram, maka surat haram, sidang haram dan bajet juga haram, jelasnya.MB Pakatan Rakyat itu menyatakan sekiranya permohonan Speaker mengosongkan 3 kerusi diterima oleh SPR maka sudah lama krisis di Perak sudah dapat diselesaikan.Kesan dari krisis ini pelabur asing segan nak datang ke Perak akibat keadaan tidak menentu.
Audit Negara juga telah memberi komen yang baik kepada Kerajaan PR Perak, tahap baik dan cemerlang.Beliau juga berkata, Najib telah rasuah rakyat Perak untuk kumpul orang Perak, dengan 1500 bas, dengan belanja RM600,000."Kami akan serahkan kuasa kepada rakyat sekiranya saya menang pada 5 Nov ini dan saya cabar Zambry-bubar Dun" tegasnya.Ds. Nizar mendedahkan defakto MB di Perak adalah SUK, Zamry boneka kepada Dato' SS, dia mengarahkan segala-galanya.
KESTABILAN POLITIK NEGERI PERAK PERLU DIKEMBALIKAN, DUN PERAK PERLU SEGERA DIBUBARKAN
Berikutan surat panggilan yang telah dikeluarkan oleh YB V Sivakumar selaku Speaker Perak yang sah, untuk semua adun dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bersidang pada 28/10/2009 ini. Maka PAS Perak mengharapkan agar perkara-perkara yang disebutkan diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan:
Pertama : PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini. PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang. Pada 3 persidangan yang lepas seluruh rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa pihak polis telah menghalang adun Pakatan Rakyat untuk bersidang bahkan telah mengganggu ADUN dari Pakatan Rakyat menunaikan amanah rakyat untuk mereka bersidang.
PAS Perak, sangat bimbang sekiranya berlaku sebarang kekerasan dari pihak Polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang sepertimana yang berlaku pada sidang-sidang DUN yang lepas, oleh itu bagi PAS Perak perkara seperti ini tidak boleh berulang sama sekali.
Kedua : PAS Perak menyeru agar pihak polis menjaga keselamatan ADUN Pakatan Rakyat daripada sebarang gangguan “samseng-samseng” yang tidak dikenali yang berkemungkinan akan muncul pada sidang dewan yang akan datang. PAS Perak melihat tindakan “samseng-samseng” yang tidak dikenali ini telah menimbulkan kekacauan pada sidang-sidang yang lalu harus dihalang daripada terus menimbulkan kekacauan. Tindakan mengheret Speaker YB V. Sivakumar pada sidang DUN yang lalu amat tidak bermoral dan melanggar etika kemanusiaan.
Sehubungan itu, kami amat berharap pihak polis dapat menghalang sebarang tindakan tidak bermoral yang mungkin dibuat oleh pihak “samseng-samseng” ini pada sidang DUN 28 Oktober ini.
Ketiga: Pimpinan PAS Perak juga bertegas agar pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) supaya tidak campur tangan di dalam urusan sidang DUN. Selaku kakitangan kerajaan dan berada di bawah kuasa eksekutif, SUK Negeri tiada hak untuk campur tangan di dalam hal kuasa legislatif iaitu kuasa yang ada pada sidang DUN. Pimpinan PAS Perak amat kesal di atas tindakan SUK Negeri yang melanggar arahan Speaker YB V Sivakumar di dalam persidangan yang lepas sehingga mengakibatkan huru-hara di dalam persidangan dewan.
Keempat: Sehingga kini, mahkamah masih lagi belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah, dan keputusan ini masih dalam urusan mahkamah, dan Berdasarkan keputusan terbaru juga, mahkamah tinggi telah membenarkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan enam lagi ADUN Pakatan Rakyat untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyatakan tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak iaitu Behrang, Cangkat Jering Dan Jelapang.
Perkara ini semestinya akan menyebabkan kecelaruan bagi sidang DUN yang akan diadakan ini. Sehubungan itu, PAS Perak mendesak agar DUN Perak segera dibubarkan bagi mengembalikan semula hak rakyat memilih kerajaan yang sebenar untuk mentadbir Negeri Perak, Bagi PAS Perak ini adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan berbagai lagi insiden yang akan berlaku pada masa akan datang selagi mana DUN Perak tidak dibubarkan
Dengan ini saya, selaku Pesuruhjaya mewakili seluruh pimpinan PAS Perak, akan terus konsisten menggesa agar DUN Perak segera dibubarkan untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah yang timbul akibat daripada rampasan kuasa oleh pihak Barisan Nasional. PAS Perak menggesa supaya kembalikan semula hak rakyat, berikan mandat kepada rakyat tentukan siapa kerajaan pilihan mereka.
Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.”
Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.
Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.
i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.
Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)
Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.
ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)
iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)
Apa isunya?
Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :
“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.” “Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.” “Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita? Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009
LABEL : ISU TERKINI
Artigos Relacionados:Jumaat, Oktober 23, 2009
HARI TERBUKA PAKATAN RAKYAT PERAK
Saya selaku Pengarah Jamuan Hari Terbuka Pakatan Rakyat Perak menjemput seluruh rakyat Perak tanpa mengira fahaman ideologi, politik, bangsa dan agama hadir beramai-ramai ke majlis tersebut pada 25hb. Oktober 2009. Majlis bermula jam 8.00 malam di Medan Istana, Bandar Ipohraya.
Majlis tersebut diadakan untuk menghimpunkan seramai mungkin rakyat Perak dari seluruh lapisan masyarakat untuk bertemu mesra dengan pimpinan Pakatan Rakyat Perak. Semuga majlis ini akan menjalin satu ikatan mesra ke arah penyatuan bersama di bawah lembayung keadilan.
DATANG JANGAN TAK DATANG. YANG MEMBACA BLOG INI, MOHON HEBAHKAN JEMPUTAN INI KEPADA JIRAN TETANGGA, SAUDARA MARA, SAHABAT HANDAI ATAU SESIAPA SAHAJA YANG DITEMUI.
MISBAH
Pengarah
Jamuan Hari Terbuka Pakatan Rakyat Perak.
Selasa, Oktober 20, 2009
YB Idham Lim Tetamu di Rumah Terbuka Dun Kg Gajah.
KAMPONG GAJAH , 16 Okt : Ganesan adalah Speaker haram di Perak dan dia tidak ada kelayakan untuk memanggil sidang DUN Perak pada 28 Oktober ini. Demikian antara intipati ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa memberi ucapan dalam Majlis Jamuan Aidil Fitri DUN Kampong Gajah yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Kg. Gajah di Dataran Islamic Center di sini Jumaat lepas.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Penyelia DUN Kg. Gajah Pakatan Rakyat yang juga YDP PAS Kawasan, Ust. Mustafa Shaari. Acara tahunan itu mendapat sambutan yang baik dari masyarakat sekitar DUN berkenaan dan disifatkan oleh Drs. Khalil sebagai tanda sokongan yang kuat kepada pakatan Rakyat khususnya di DUN Kg. Gajah.
Sempena dengan majis itu MTD Kg. Gajah telah menyediakan sumbangan berbentuk Hamper dan telah disempurnakan agihannya oleh ADUN Titi Serong.
Selain itu kanak-kanak yang hadir turut dihargai dengan pemberiaan "duit raya" kepada sekitar 200 orang kanak-kanak yang hadir.
LABEL : BERITA SEMASA
Artigos Relacionados:Jumaat, Oktober 16, 2009
Sungguh besar dan DALAM makna berita ini.... ayuh bersedia....
dipetik.......
Besar ertinya tindakan seperti ini. Jelas menunjukkan kita seagama dan sejemaah perlu bersedia.
SPR Perak pamer daftar pemilih baru Oct 16, 09 12:21pm - Pejabat SPR Perak akan mempamerkan nama-nama yang mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.LAGI
-
Pameran seminggu Bermula 20 Oktober