Jumaat, Ogos 21, 2009

Bulan Kebajikan 09 .... Selamat Berjuang

Alhamdulillah, pada 15 ogos baru-baru ini saya diberi kesempatan oleh Allah SWT, untuk merasmikan Program Bulan Kebajikan PAS Perak yang diadakan di Bandar Air, Kampung Sungai Ranggam, Kampong Gajah sekaligus dapat bersama-sama Lunjah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Perak dalam program kemasyarakatan untuk memberikan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.

PAS sentiasa memahami bahawa masyarakat pada masa kini perlu dibudayakan dengan amal kebajikan supaya prihatin dengan masalah yang dihadapi masyarakat sekeliling. Kebajikan adalah satu konsep yang luas dan ia tidak terhad dengan hanya memberi bantuan berbetuk barangan semata-mata, Kebajikan juga boleh diberikan dalam bentuk perkhidmatan atau sumbangan tenaga seperti derma darah, program motivasi dan sebagainya

Saya melihat, program bulan kebajikan PAS Perak ini mempunyai pelbagai pengisian yang bertujuan untuk mengajak masyarakat melakukan kebajikan, program seperti ini perlu dikembangkan dan diteruskan oleh kepimpinan dan ahli di semua cawangan dan kawasan di Negeri Perak ini.

Dikesempatan ini saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Lujnah Kebajikan PAS Perak, mudah-mudahan amalan kita diberkati Allah SWT

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO