Anda mahu Islam atau islam?
Orang selalu tanya "ini sahaja soalannya?", hmm..ya ini sahaja!
Klu:
>> Cari perbezaan antara Islam dan islam (sama tapi tak serupa tau)
>> Bezanya Islam, huruf besar dan islam, huruf kecil kan.
>> Haa..ni dah sampai bab tatabahasa BM. Ingat lagi huruf besar, huruf kecil untuk apa? (Paling asas sekali ni! ^_^)
>> Huruf besar untuk Kata Nama Khas, manakala huruf kecil untuk Kata Nama Am.
>> Ataupun dalam kata erti yang lain Kata Nama Am untuk perbuatan.
>> Jadi, anda kaitkan dengan Islam dan islam
>> Islam Kata Nama Khas dan islam Kata Nama Am (untuk perbuatan)
Maksudnya jika kita pilih Islam Kata nama khas, ia hanyalah Islam pada nama semata-mata. Manakala jika kita pilih islam kata nama am untuk perbuatan, ia adalah islam pada perbuatan.
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan jangan lah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata bagimu".( Al-Baqarah, ayat 208)Antara Islam dan islam, inilah dikatakan 'Pelanduk dua serupa' ataupun 'Like two peas in a pod', sama tapi tak serupa. Jawapan apa yang anda pilih? Islam atau islam? Jadilah 'pengundi' yang bijak! :)
1 Comentário:
islam bukan untuk 1 bangsa, bukan untuk 1 negara dan bukan untuk 1 parti.
islam bukan terletak pada kata nama Am/Khas. Anda yang melabelkan begitu.
Allahuakhbar!!!
~wallahualam~
Catat Ulasan