KITA FIKIRKAN BERSAMA
Seperti yang telah dijangkakan awal-awal lagi tindakan BN khususnya Umno menggunakan pintu belakang untuk berkuasa di Perak akan memakan diri sendiri.
Terkini Datuk Dr Zambry Abdul Kadir selaku 'menteri besar' Perak digantung daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.Beliau dan enam exconya dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.
Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.
Ini bermakna BN telah hilang majoriti di DUN iaitu hanya tinggal 24 kerusi itupun kalau campur 'tiga wakil bebas' yang telahpun diistiharkan melepaskan jawatan oleh speaker dun, S. Sivakumar.
Jika sidang Dun diadakan dengan mudah-mudah je usul untuk membubarkan Dun serta 'undi tidak percaya' pada 'kerajaan baru' diadakan.
Dalam hal ini tidak ada cara lain untuk menyelesaikan kemelut yang direka di Perak selain Sultan Perak kena memikirkan kepentingan rakyat dari segi sosio politik dengan memperkenankan pembubaran dun Perak.
Saya menjangkakan Dun Perak akan dibubarkan dalam tempoh terdekat! Apa perancangan Najib yang seterusnya? Najib sudah pasti tertekan dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi sudah wujud gesaan agar Pak Lah menangguhkan proses penyerahan jawatan PM kepada Najib.
1 - Belum sahih - Dato' Nasa (ADUN Bota) dikhabarkan bakal meletak
jawatan malam ini..!
2 - Belum sahih - ADUN Jelapang pun nak ikut letak jawatan jugak sebab
tak dapat beli sayur dekat pasar..!
3 - Berita SAHIH.! - Setelah mesyuarat Jawatankuasa Hak & Kebebasan
etang ini, Speaker Perak memutuskan supaya MB Halam Dato' Zambry Kadir
digantung 18 bulan manakala 6 ADUN BN yang dilantik sebagi EXCO
digantung 12 bulan & dilarang dari memasuki sidang DUN.
4 - Berita tak sahih - DUN Perak bakal dibubarkan sedikit masa lagi...
1 Comentário:
Salam,
Padan dengan muka mb haram si zamri tu dengan exco2 haram dia sekali. itulah....nak buat kerja ikut belakang, perlembagaan perak pun x mau ikut, sultan perak pun dah tercalit tahi sama....
kepada mb sah ir. nizar, rakyat perak bersamamu... tapi rasa2 den bukan perak saja terkesan, satu malaya menyanjungmu...takbirrrrrr
Catat Ulasan