Khamis, Oktober 30, 2008
Pemuda PAS Perak anjur Jamuan Hari Raya.
IPOH, 28 Okt. :- Majlis Aidil Fitri yang dianjurkan pada malam ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara pemuda-pemuda dalam Pakatan Rakyat, Demikian antara kadungan ucapan yang disampaikan YAB Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamuluddin dalam jamuan Hari Raya Anjuran Dewan pemuda PAS Perak di sebuah restoran terkemuka disini malam tadi.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Isteri YAB Menteri Besar, Hjh. Fatimah Taat, Exco Agama, Hj .Mohd. Zainudin Mohd. Yusof, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim , ADUN Gunung Semanggol , Ramli Tusin, dan pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP.
YAB Menteri Besar perak sedang menyampaikan ucapan.
Semasa sedang berucap anak kecil datang merangkak dikakinya lalu beliau mendukungnya sambil berucap.
Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Sdr. Azhar Saud, Program seumpama ini adalah yang pertama kali diadakan setelah Perak berada dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat dan berhasil mengumpul sekitar 100 orang tamu.
Artigos Relacionados:
Isnin, Oktober 27, 2008
Nizar diberi penghormatan berucap di Lahore.
LAHORE ,PAKISTAN:- Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin kini berada di Pakistan untuk menghadiri Muktamar dan Ijtima Jamiat Islam yang berlangsung selama empat hari dan berakhir Isnin di Lahore.
Beliau berada di Lahore mengiringi Dato Seri Presiden Pas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Yang turut serta dalam delegasi itu termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Perak Haji Ismail Yusof.
Nizar, Misbahul dan Ismail berlepas dari tanah air pada petang Jumaat lepas melalui Kuala Lumpur dan transit di Bangkok untuk menyambung perjalanan dengan Thai Airways ke Lahore, manakala Dato Seri Presiden berlepas pada Khamis.
Dalam e melnya dari Lahore semalam, Misbahul berkata, Dato Seri Presiden dan Nizar adalah antara jemputan khas dan menjadi tetamu kehormat muktamar berkenaan, yang juga dihadiri tokoh Islam dari seluruh dunia.
Dato Seri Presiden dan Dato Seri Menteri Besar amat berbesar hati kerana diberi peluang berucap pada muktamar itu yang dihadiri lebih setengah juta hadirin. Semasa di Lahore, dua pimpinan parti itu juga dijadual menemui dan berbincang dengan ahli-ahli perniagaan Pakistan mengenai peluang pelaburan dua hala.
Semasa di Lahore, Dato Seri Presiden dan Nizar turut diraikan oleh Dato Bandar Lahore. Rombongan dijadual pulang ke tanah air lewat petang Isnin./ End/ANR
Artigos Relacionados:
Sabtu, Oktober 25, 2008
BANJIR DI DUN KG GAJAH 22-26 OKT 2008
Terima Kasih yang tak terhingga kepada DERMAWAN & PETUGAS sekalian yang tidak mengenal jemu membantu & berkhidmat. YA ALLAH YA RAHMAN YA ROZAQ, LIMPAHILAH MEREKA YANG TERLIBAT DALAM SEGALA OPERASI INI DENGAN KERAHMATAN DAN KEREDHOAN-MU AMPUNI DOSA-DOSANYA SEBAGAIMANA ENGKAU AMPUNI DOSA-DOSA YANG TELAH BERTAUBAT NASUHA KEPADA-MU YA ALLAH, AMIN YA RABB.
Artigos Relacionados:
Selasa, Oktober 21, 2008
Kita ada 3 kekuatan. Mari kita mengenalinya:
1) Kekuatan akidah Islamiyah. Akidah kita adalah akidah Islam. Akidah Islam adalah benar. Ia benar kerana Islam adalah daripada Allah, tuhan yang mencipta kehidupan ini. Allahlah pemilik hujjah yang benar dan hakiki. Justeru Islam adalah diselubungi hujjah yang membenarkan kebenaran.
Oleh kerana hanya Islam diperakui Allah sebagai ugama di sisiNya, maka agama dan kepercayaan selain Islam adalah batil. Ia batil kerana ia bersumber bukan daripada Allah yang maha mengetahui segala - galanya mengenai kehidupan ciptaanNya ini, Kita menjadi gagah, mulia dan berani kerana kita memiliki akidah yang benar ini. Orang kafir adalah lemah, takut dan hina kerana akidah mereka adalah lemah dan batil. Keberanian kita adalah betul dan abadi. Dengan kekuatan inilah RasuluLLah SAW membentuk para sahabatnya radhiaLlahu anhum yang pertama. Justeru akidah adalah kekuatan utama dan pertama umat Islam sepanjang zaman. Ia mestilah dipelihara keaslian dan ketulenannya. Kerosakan di dalam mewarisi akidah Islam akan mencetuskan fenomena kelemahan dan kehinaan ke atas umat Islam. Apabila akidah Islam bercampur aduk di antara pengajaran Allah dan pengajaran manusia, maka ia menjadi palsu dan tidak lagi tulen. Apabila begitu, maka hilanglah sengat utama dan pertama umat Islam. PAS yang kita intima’ , wala’ dan dukunginya adalah panji akidah Islam yang benar. Ia membenarkan dan menerima perselisihan yang dibenarkan di dalam akidah yang dianuti Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman. PAS menolak apa yang ditolak oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Kedua, ia adalah ikatan di atas ugama yang benar. Ugama dan ideologi lain yang menjadi asas ikatan persaudaraan adalah batil dan sesat. Sesuatu yang dibina di atas kebatilan dan kesesatan adalah lemah, gagal dan tidak kekal.
Persaudaraan Islam lahir daripada pengajaran ugama bahawa manusia adalah hamba kepada tuhan yang satu. Kepercayaan ini menjadikan mereka bersatu tunduk kepada satu arahan, satu harapan dan satu matlamat. Jalan menuju Allah adalah lurus. Kelurusan hala tuju akan mengelak pertembungan. Umat Islam bersatu kerana mereka diarah untuk bersatu tujuan. Mereka bersatu kerana mereka dilarang berbeza tujuan. Arahan dan larangan bersifat rabbani yang pasti benar ini mendorong umat Islam untuk saling menjaga diri dan saudaranya daripada tersasar. Dengan kekuatan ukhuwwah Islamiyah inilah RasuluLlah telah membentuk barisan sahabatnya yang bersatu sedari awal pembentukan mereka melalui akidah yang benar. Dengan kekuatan ini jugalah baginda menyatukan di antara kaum Muhajirin dan Ansar sebaik penghijrahan baginda ke Madinah. Begitulah talian - talian dan ikatan - ikatan lain menjadi kerdil dan terpinggir di hadapan kekuatan ukhuwwah Islamiyah. PAS yang kita intima’, wala’ dan dukunginya adalah panji persaudaraan Islam. Ia gagah dan hebat dengan ukhuwwah Islamiyah ahlinya sebagaimana ia gagah seawalnya dengan akidah Islamiyah yang sahih dan benar. PAS menolak kesatuan yang diasaskan di atas unsur - unsur perkauman, kenegerian, kepentingan dan faham - faham sempit yang lain. PAS terus di hadapan menyeru kepada kesatuan manusia yang benar dan sejati untuk rakyat Malaysia seluruhnya.
1) Matlamat duniawi: Menegakkan khilafah Islamiyyah di muka bumi. Ia bererti agama Islam mestilah menang dan menguasai seluruh agama dan ideologi manusiawi di dunia ini.
Kita sentiasa di ambang kemenangan jika kita sudah bersedia dengan 3 kekuatan ini. Selamat berjuang!
Artigos Relacionados:
Isnin, Oktober 20, 2008
Khamis, Oktober 16, 2008
Tunda lagi ke 20-22 April 2009
16hb Oktober 2008/Khamis/9.00pg. Bedebuih.... aku lepas lagi , setelah berkali-kali keluor masuk Mahkamah Nibong Tebal.
Artigos Relacionados:
Dua Laporan BPR Dibuat Terhadap Setiausaha Politik MB Perak
IPOH, 16 Okt - Dua laporan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dibuat terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki atas dakwaan salah guna kuasa.Laporan pertama dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin di ibu pejabat BPR Perak di sini manakala laporan kedua dibuat oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik dan Labu Kubong, Suib Sulaiman di pejabat BPR di Teluk Intan.Zainol Padzi yang juga Ketua Pemuda Umno Perak dalam laporannya mendakwa Misbahul Munir mengeluarkan surat arahan meminta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyerahkan kerja menyenggara sungai, parit dan tali air kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) secara runding terus.Sebelum ini semua kerja berkenaan diserahkan kepada PPK yang kemudiannya membuka tawaran tender kepada kontraktor di kawasan masing-masing, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu."Dengan arahan menyerahkan semua kerja-kerja ini terus kepada JKKK yang dilantik kerajaan negeri seolah-oleh menidakkan bidang tugasan dan keupayaan kontraktor di kawasan tersebut," katanya.Zainol Padzi mendakwa surat arahan kepada Pengarah JPS itu bertarikh 16 Sept lalu manakala surat arahan dari JPS kepada JKKK dikeluarkan bertarikh 6 Okt.Sementara itu di TELUK INTAN, Suib, 55, dalam laporannya mendakwa Misbahul Munir menyalahguna kuasa dalam pelaksanaan projek pembangunan bernilai RM300,000 di kawasan persawahan Sungai Manik dan Labu Kubong.Bercakap kepada pemberita di luar pejabat BPR Teluk Intan, Suib mendakwa Misbahul Munir mengarahkan Pengarah JPS menarik balik kerja menyelenggarakan projek pembangunan sawah Sungai Manik daripada pengerusi JKKK Persekutuan dan diserahkan kepada pengerusi (JKKK) yang dilantik oleh kerajaan negeri.Beliau mendakwa sebanyak 36 pengerusi JKKKP telah menerima tawaran kerja bernilai RM300,000 sebelum ini tetapi telah ditarik balik ekoran arahan berkenaan.Suib yang juga Pengerusi JKKKP Parit 12A Sungai Manik mengesahkan telah menerima surat daripada Pengarah JPS negeri bertarikh 16 Sept lalu dengan arahan penarikan balik berkuatkuasa 6 Okt lalu."Saya berharap tindakan undang-undang dapat diambil terhadap Setiausaha Politik itu...saya membuat aduan ini kerana mendapati tindakan Setiausaha Politik itu telah menyalahguna kuasa dan bersikap tidak adil,” katanya.Sementara itu, Misbahul Munir menyifatkan dua laporan BPR itu sebagai gimik politik oleh pihak yang ingin menonjolkan diri semasa musim persidangan perwakilan bahagian Umno sekarang.Dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini petang ini, beliau mendakwa surat yang didakwa sebagai bukti salah guna kuasa itu adalah surat biasa daripada Setiausaha Politik bagi memudahkan pengurusan kerajaan negeri.Beliau berkata surat itu dikeluarkan selepas beliau menerima aduan daripada JKKK yang baru dilantik kerajaan negeri bahawa mereka menghadapi masalah mendapatkan kerja-kerja penyenggaraan tali air, parit dan longkang dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)."Seperti yang berlaku di masa lain, saya telah mengeluarkan surat memohon Pengarah JPS untuk memberikan kerja-kerja terbabit terus kepada JKKK ataupun melalui LPP kepada JKKK...tidak timbul soal mengarahkan kerana saya hanya memohon dan keputusan muktamad adalah ditangan Pengarah JPS, Datuk Ir Abdul Razak Dahalan," katanya.Beliau mendakwa tindakan Zainol Padzi itu hanya gimik politik murahan Umno untuk mencari apa jua kesilapan yang mungkin dilakukan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat."Sesungguhnya dalam kes surat saya kepada pengarah JPS, saya sesekali-kali tidak pernah mengarahkan diserahkan kerja-kerja selenggaraan parit kepada JKKK yang baru," katanya.Beliau berkata pengarah JPS juga tidak perlu melaksanakan permintaan yang beliau lakukan itu jika ia salah dan bertentangan dengan etika.Misbahul Munir berkata beliau sedia disiasat dan dipanggil BPR berhubung dakwaan berkenaan kerana ia adalah tugasan yang dilakukan dalam bidang kuasanya sebagai Setiausaha Politik.
Artigos Relacionados:
Ahad, Oktober 12, 2008
Sabtu, Oktober 11, 2008
MB Perak terima kunjungan Duta Besar Jepun Di IPOH
IPOH, 10 Okt - Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun Ke Malaysia TYT Masahiko Horie dan isteri Mrs. Yoko Horie telah sudi melapangkan masa mengadakan kunjungan hormat di Pejabat Menteri Besar rabu lalu.
(foto: TYT Duta Jepun bersama tandatangani buku pelawat)
TYT Duta meluahkan rasa gembiranya terhadap kerajaan baru di Perak dan mengkagumi segala usaha yang telah dijalankan. Sebelum ini, beliau telah menghantar wakil ke negeri Perak dan di atas respon yang baik kini beliau sendiri yang hadir untuk bertemu dengan Menteri Besar dan Exco serta menyatakan hasrat untuk melabur di negeri Perak.
Dalam perbualan beliau dengan Menteri Besar, beliau mengharapkan Perak akan terus dimajukan dengan terbinanya LRT dan hotel-hotel mewah yang masih belum ada di bandaraya Ipoh. Beliau turut menjemput Menteri Besar ke negara Jepun bagi mengukuhkan lagi hubungan.
Artigos Relacionados:
Ahad, Oktober 05, 2008
Kemeriahan MB Perak beraya di Kampong Gajah
TAHNIAH & TERIMA KASIH buat seluruh tenaga kerja dalam menjayakan program Sambutan Aidilfitri MB Perak Bersama Penduduk DUN Kampong Gajah. Semoga keredhoaan ALLAH sentiasa bersama antum kalian. Kemeriahan tercapai dengan usaha-usaha kalian. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.
Artigos Relacionados: