Rabu, April 30, 2008

MEREKA SUDAH BUAT DAHHH....

Seorang teman telefon sebentar tadi bertanyakan mengapa saya tidak menulis mengenai gelagat Ahli Parimen (MP) ketika bersidang hari ini. Kecoh dan macam adegan pergaduhan budak-budak di kampung. Beliau yang menonton berita di televisyen amat bersetuju dengan Speaker DR, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bahawa keadaan dalam Parlimen hari ini seperti pasar. Beliau bertanya mengapa "pendekar" tidak mengambil tindakan tegas untuk mengawal pengacau-pengacau dalam DR berkenaan.Sebenarnya, saya tidak mahu menulis lagi mengenai gelagat MP dan lebih berminat mengutarakan isu yang dibincangkan. Saya sudah menjangka keadaan kekecohan ini berlaku apatah lagi mereka mengetahui bahawa adanya siaran secara langsung oleh RTM. Itu sebab saya meminta mereka berhujjah secara profesional untuk kepentingan rakyat. Bukannya mencari publisiti murah atau menjadikan Parlimen sebagai sarkas menghiburkan penonton. Bagi saya, sejak semalam persidangan sudah bermula dengan contoh tidak baik dengan mengemukakan perkara-perkara remeh dan ini sudah pasti tidak baik untuk MP yang pertama kali menjejaki kaki ke Parlimen. Sudah tentu mereka mengikut dan mengambil "perangai" buruk MP lama itu, yang berniat ingin menjadi jagoan atau untuk menunjuk-nunjuk kehebatan mereka. Sudahlah, berhentikan permainan sarkas itu dan tumpukan perhatian kepada isu semasa seperti masalah keperluan harian rakyat yang semakin hari semakin mencabar. Hayatilah ucapan Seri Paduka Baginda Sultan Mizan yang mengingatkan MP agar tidak mementingkan diri sendiri tetapi berjuang untuk kepentingan rakyat.Saya yakin ketika ini, Pak Lawak atau joker lama yang ingin menjadi jagoan akan memikirkan apa yang boleh dilakukan lagi untuk menguji Speaker baru di samping menyusun strategi untuk memalukan antara satu sama lain. Bagi mereka, Speaker perlu diuji untuk memastikan mereka boleh buat "perangai tidak senonoh" itu selalu pada persidangan seterusnya. Bagi sesetengah ahli pembangkang, jika boleh Perdana Menteri dan Timbalannya juga ingin dimalukan demi untuk mempopularkan parti masing-masing. Panggilan dan kata kesat? Hari inipun, MP sudah berperangai seperti budak-budak atau lebih rendah iaitu bayi dengan memanggil nama "big foot" dan "big monkey" antara mereka. Karpal Singh memanggil Bung Mokhtar "big foot", Bung Mokhtar memanggil Karpal Singh "big monkey". Pakai kot hitam, nampak macam orang tua dan mengenakan tali leher macam orang korporat tetapi menjerit-jerit memberi pelbagai nama, macam budak-budak. Alo, jadilah orang dewasa dan berhujjahlah secara profesional.Kalau tidak mahu jadi MP, jadilah kanak-kanak dan bermainlah pondok-pondok di kampung atau taman perumahan masing-masing. Ingatlah, rakyat sedang memerhatikan anda dan jangan tersilap langkah sehingga kecundang pula pada PRU13, gara-gara berperangai semacam budak-budak.Alo, jadilah orang dewasa untuk sekian kalinya. Berubahlah untuk kepentingan rakyat.

Selasa, April 29, 2008

Sidang Parlimen-Soalan Jawab Lisan Roslan Shaharum

KUALA LUMPUR- Haji Roslan Shaharum ,Ahli Parlimen Malaysia,Bukit Gantang mengemukakan sepuluh soalan jawab lisan dalam persidangan parlimen kali ini.Antara lain soalan itu:
1.Minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan berapakah jumlahunit rumah pangsapuri kos rendah yang telah dibina oleh Syarikat Perumahan Negara dalam tempoh 2004-2008 dan berikan pecahan mengikut negeri.
2. Minta Menteri Pelajaran menyatakan berapa peratuskah pelajar Luar Bandar yang memasuki MRSM dari sejak penubuhannya sehingga kini dan jelaskan dasar pengambilannya.
3. Minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah tender untuk Projek Pembinaan"DOUBLE TRACKING" KTM dari Ipoh ke Padang Besar ditawarkan kepadaSyarikat JV MMC-GAMUDA dan kenapa SYARIKAT itu sahaja yang dipelawa dan tidakdibuka kepada syarikat lain.
4. Minta penjelasan Menteri Pertahanan apakah status "service ability" (siapsenggara)pesawat penggempur Skuadrom MIG 29 ketika ini? Megapa terdapat masalah dalam mendapatalat ganti?

MB Perak arah Pengarah JAIP bertukar

29/04/2008 7:28pm SITIAWAN 29 April — Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar dalam tempoh 24 jam oleh kerajaan campuran negeri Perak kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama. Beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diminta keluar dari pejabatnya oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi. Seorang anggota Dewan Undangan Negeri yang mengesahkan perkara itu berkata Jamry telah dihubungi menerusi telefon oleh Mohammad Nizar untuk berbuat demikian tanpa diberi peluang menjelaskan apa-apa bagi membela dirinya. Tidak pula diberitahu ke pejabat mana Jamry ditukarkan. Sementara itu, Jamry ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut dan memaklumkan bahawa beliau akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini di Istana Kinta di Ipoh. “Setakat ini saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu. Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan mengenainya selepas mengadap Sultan petang ini,” katanya

Sabtu, April 26, 2008

Sivakumar dan Hee, Speaker dan Tim Speaker Perak

Ahli Dewan Negeri Tronoh, YB. Encik V.Sivakumar, 38, dan Ahli Dewan Negeri Jelapang ,YB. Puan Hee Yit Fong , 45, terpilih sebagai Speaker dan Timbalan Speaker hari ini, ia mencatatkan satu sejarah tersendiri kerana V. Sivakumar menjadi kaum India pertama yang dilantik mengisi jawatan itu manakala Hee dipercayai golongan orang kurang upaya (OKU) pertama terpilih sebagai Timbalan Speaker.Hee yang tempang selepas diserang penyakit polio ketika berusia empat tahun, juga menjadi wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Perak.
Semua 59 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak telah selesai mengangkat sumpah jawatan masing-masing pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang Ke -12 yang berlangsung pada jam 3.00 petang tadi. Persidangan itu yang pertama selepas kerajaan campuran Pakatan Rakyat ditubuhkan apabila DAP memenangi 18 kerusi, PAS (6) dan Parti Keadilan Rakyat (7) pada pilihan raya umum lepas manakala Barisan Nasional (BN) hanya menang 28 kerusi.
Pemilihan Speaker dan Timbalan Speaker telah dilakukan secara undi sulit. Sivakumar telah memperolihi 31 undi dan calon pembangkang, Dato Junus Wahid mendapat 28 undi. Manakala untuk Timbalan , Hee mendapat 30(setelah speaker tidak mengundi) dan Calon pembangkang mendapat 28 undi.
Pencalonan Sivakumar dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin sementara pencalonan Junus dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.
Sebelum penangguhan dewan, speaker telah memberi ucapan sulongnya. Antara kandungan ucapannya beliau mengucapkan terima kasih dengan kepercayaan dipilih sebagai yang Dipertua Dewan Negeri yang ke-12.
Beliau berharap dewan akan berlangsung dalam keadaan konstruktif dan dinamik dan meminta semua ahli Yang Berhormat menghormati dewan dengan tidak menjadikan dewan tempat mengumpat.

Rabu, April 23, 2008

MB Perak :Kerajaan Perak beransur pulih dan meyakinkan

Setelah sekitar 36 hari Pakatan Rakyat (PR) memerintah Negeri Perak, kerajaan negeri beransur pulih dan meyakinkan pelbagai pihak , demikian antara ucapan Menteri besar perak, Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam Majlis Ramah Mesra bersama wakil-wakil rakyat PR disini malam tadi.
Majlis tersebut dihadiri oleh semua wakil rakyat PR dari ADUN dan Ahli Parlimen.
Menteri Besar Perak itu juga menyatakan bahawa kita tidak menyangka dapat memerintah Perak sebagaimana BN tidak meyangka mereka akan mengalami kekalahan. sehubungan dengan itu beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memenangkan kesemua 31 calon dari Pakatan Rakyat.
Keyakinan rakyat tersebut tegas beliau terserlah hasil kejayaan Himpunan Rakyat yang menghimpunkan lebih 50,000 rakyat di Stadium Ipoh. Selain itu keyakinan kepada kerajaan PR datang juga dari para pelabur dari dalam dan luar negara.
Pada majlis yang julung kali diadakan itu, MB Perak juga menjelaskan suatu pertemuan yang diadakan dengan Perdana Menteri di Putra Jaya berlangsung dalam keadaan baik dan positif.
Sambil menegaskan semua wakil rakyat PR hendaklah menyedari bahawa kita sekarang bukan lagi pembangkang tetapi adalah anggota sebuah kerajaan. Oleh itu semuanya memerlukan perubahan sikap dan pemikiran. Sebagai contoh katanya, pengurusan masa dikalangan wakil rakyat mesti tepat.
Wakil rakyat juga mesti perlu menambahkan ilmu pengetahuan dengan banyak membaca. Selain itu semuanya mesti mengurus perubahan dengan sebaik mungkin bagi memastikan negeri Perak dapat merealisasikan konsep negeri berkebajikan.

Selasa, April 22, 2008

Kenyataan siapa yang paling berasas ?

Ketua Pemuda UMNO Perak -Zainol Fadzi- mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mendapati sesetengah keputusan kerajaan terdahulu tidak adil dan merampas kepentingan pihak lain. Katanya, MB Perak perlu membuktikannya dengan fakta dan tidak melemparkan batu sembunyikan tangan apabila menuduh kerajaan terdahulu melaksanakan projeknya secara tidak adil dan merampas hak orang lain.''Saya mahukan bukti, projek apa yang menindas orang lain dan apa yang tidak adil dalam keputusan kerajaan terdahulu?"
Secara mudah kita sangat yakin dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh MB Perak kerana ianya berdasar dan bersandarkan kepada fakta-fakta dan fail-fail keputusan yang telah dilakukan oleh kerajaan yang lepas.
Yang tidak masuk akal ialah apakah asas dan fakta yang dipertahankan oleh Zainol yang menunjukkan seolah-olah beliau duduk semeja dengan exco yang lepas untuk membuat keputusan. Selayaknya yang memberi komen dalam isue ini adalah bekas MB yang lepas dan exco-exconya. Apakah posisi Zainol hingga jadi" macam kaduk naik junjung ?"

HARI SELASA JUMPA MB & EXCO PERAK

Semua rakyat jelata Perak boleh ke Bangunan SUK Perak di Ipoh untuk mengadu masalah secara terus kepada barisan exco kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar YAB Dato' Seri Ir. Tuan Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin. Senarai Portfolio Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak:

MENTERI BESAR PERAK-YAB Dato' Seri Ir. Tuan Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin(PAS : Pasir Panjang)E-Mel : nizarmb@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan, Pembangunan Luar Bandar.

EXCO KANAN-YB Dato' Ngeh Koo Ham(DAP : Sitiawan) E-Mel: ngehkooham@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Infrastruktur dan Kemudahan Awam,Tenaga dan Air,Hal Ehwal Bukan Islam.

EXCO-YB Nga Kor Ming(DAP : Pantai Remis)E-Mel : ngakorming@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Pendidikan,Kerajaan Tempatan, Perumahan, Pengangkutan Awam.

EXCO-YB A. Sivanesan A/L Achalingam(DAP : Sungkai)E-Mel : asivanesan@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Kesihatan,Alam Sekitar dan Sumber Manusia.

EXCO-YB Seah Leong Peng(DAP : Pasir Bedamar)E-Mel: seahleongpeng@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Kebudayaan, Belia dan Sukan.

EXCO-YB Chen Fook Chye(DAP : Keranji) E-mel: chenfookchye@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Perpaduan dan Integrasi Nasional, Hal Ehwal Pengguna.

EXCO-YB Su Keong Siong(DAP : Pasir Pinji)sukeongsiong@perak.gov.myPengerusi Jawatankuasa:Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi.

EXCO-YB Jamaluddin bin Mohd Radzi(PKR : Behrang)E-Mel : jamaluddinradzi@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian, Perdagangan.

EXCO-YB Tai Sing Ng(PKR : Kuala Sepetang)E-Mel : taisingng@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Pembangunan Industri, Penerangan.

EXCO-YB KAPTAN (B) Mohd Osman bin Mohd Jailu(PKR : Changkat Jering)E-Mel : mohdosman@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Pelancongan, Pembangunan Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

EXCO-YB Tuan Haji Mohd. Zainuddin bin Mohd Yusof(PAS : Lubuk Merbau)E-Mel : mohdzainuddin@perak.gov.my Pengerusi Jawatankuasa:Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO