Rabu, Februari 20, 2013

Bangsat , lu sudah main kotor. Bendera Besar & banner UPU Kg. Gajah dibakar!

kesan banner Bilik Operasi UPU Kg Gajah dibakar
20 Februari , lokasi di Pejabat Operasi HalWa & Bilik Operasi PAS Kampung Gajah. Kelihatan 2 banner telah dibakar hangus pagi tadi. Kejadian disedari oleh orang ramai yang melalui jalan tersebut. Apakah salah banner tersebut, atau ada hati-hati yang sakit bilamana kedua-dua bilik operasi PAS ini telah mula dibuka.

Ini strategi kasar sedang dicetuskan oleh BN Pasir Salak.

Laporan Polis telahpun dibuat, walaupun kami jangkakan mungkin tiada tindakan di pihak berkuasa , namun sedarlah bahawa membakar bendera & banner bilik operasi ini seumpama membakar semangat kami untuk terus agresif dan bersiap sedia tempur jika diperlukan.

sebahagian yang telah dibakar 

dikoyak dan digunting

tersergam indah sebelum dibakar
Ini bukan kali pertama berlaku, namun sabotaj terhadap banner PAS dan Pakatan Rakyat di Parlimen Pasir Salak sentiasa ada dalam situasi menghadapi PRU. Doa dan solat hajat akan dilakukan agar pengkhianat ini akan diberikan balasan setimpal oleh Allah dan manusia menerusi ilham-Nya.


Bendera PAS bersaiz besar 10' juga telah dibakar lokasi Jambatan Sg Perak , Kg Gajah.
Bendera PAS Kg Gajah bersaiz 10' hangus

Binasalah tangan-tangan Abu Lahab
Ini suatu kesalahan besar dalam undang-undang. !!!!!
INGAT.... Anda telah memulakannya ....  

Selasa, Februari 19, 2013

Roadshow Anak Muda bersama DS Nizar , Cikgu Bad & Sahabat2 , gempur dan humban!

AMARAN : Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu!

Ini adalah amaran NGos Anak-anak Muda yang prihatin terhadap kedaulatan undang-undang negara. Ayuh mari sama-sama kita bangkitkan kesedaran ini bersama kami PAS Kawasan Pasir Salak , PAS Kg Gajah, SAMM, dan ABU. Roadshow terkini akan diadakan di Padang Awam Kampung Gajah, Perak berhampiran Simpang Empat Kg Gajah.

sebagaimana berikut ... 21 Februari 2013

Jom sebar dan hadir bersama Roadshow Anak Muda Prihatin Kedaulatan Negara
Untuk lebih rujukan sila ke ...sini malam esok (Khamis) dan laman ...http://anakmudamalaysia.com/2013/02/roadshow-amaranpru-seterusnya-ke-utara-semenanjung-bermula-hari-ini/ 

Ustaz Azhar Idrus UAI @ Kg Gajah | Ahad | 24/2/13

Fenomena umat Malaysia yang berjinak mencintai ilmu semakin menjadi kegusaran sesetengah pihak. UAI atau nama sebenarnya Ustaz Azhar Idrus muncul dengan membawa persepsi dan penampilan tersendiri buat icon anak muda mencintai ilmu Islam. Santai dan bersahaja membuatkan beliau diterima oleh seluruh rakyat Malaysia kini.

Ustaz Azhar Idrus @ Kampung Gajah
Alhamdulillah , atas usaha dan doa berterusan oleh para jemaah Masjid Lama Kampung Gajah, Perak telah berjaya memungkinkan UAI @ Kg Gajah pada Ahad ini 24 Februari 2013. Kehadiran beliau yang sangat-sangat ditunggu-tunggu ini telah membawa pelbagai reaksi dari pihak berkuasa tempatan mahupun orang-orang politik 3 suku, yang tidak menyukai majlis seumpama ini berbanding dengan majlis yang punyai unsur maksiat.

jom kita ramai-ramai.

Pihak 'Facebook Sahabat Masjid Lama Kg Gajah' dapat belajar dan melihat sejauhmana pihak berkuasa eksekutif menjadi menikus di bawah pihak politikus. Ini menjadi keganjalan kerana apa yang pernah admin pelajari Pegawai D.O. adalah kuasa Eksekutif membuat keputusan. Mengapa harus diungkapkan oleh Pegawai D.O. kami tak mampu nak luluskan Mini Stadium yang asalnya gagal mendapatkannya.

Perang psiko dan saraf menjadikan kebenaran akhirnya diperolehi atas sokongan pihak polis daerah Perak Tengah itu sendiri. Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program seumpama ini di bumi bertuah Kampung Gajah.


So. ayuh kalian pengemar mari kita luangkan masa untuk hadir atas satu tujuan menuntut Ilmu menyemarakkan semangat untuk beramal dengan-Nya.

Ahad, Februari 10, 2013

Ceramah & kupasan 'Kebajikan Tawaran PR di Perak'

Tawaran dan saranan kelak buat keyakinan rakyat dan pengundi, maka kupasan tawaran kebajikan PR dikupas pada 12.2.2013 ini bersama Dr. Zuhdi Marzuki , Ust Sulaiman Mantap , Sdra Mustafa Kamil Ayub & Drs Ishak Shaari.

Poster Ceramah sana-sini di Kg Gajah, Perak

Dr. Zuhdi , Ust Sulaiman Mantap , Sdra Mustafa Kamil & Drs. Ishak  Shaari
Ayuh ke Kg Pisang , Mukim Pasir Salak , Kampung Gajah.

Khamis, Januari 31, 2013

Undang-undang Malaysia, kita dipermainkan? pedulikah kita tentangnya ?

Ikutilah Diskusi Umum terhadap penjelasan dan pengamalan 'Undang-undang di Malaysia' oleh Zulhazmi Shariff (Peguam KASE) kes-kes yang melibatkan saman AES dikalangan pengguna jalanraya. Bersamanya kelak ialah YB Senator Mumtaz Mohamad Nawi (Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat) , Drs. Ishak Shaari (JK Lujnah Tanah & Wilayah PAS Pusat) & Puan Jamaliah Sudin (Ketua Dewan Muslmat PAS Kawasan Pasir Salak).


Zul Hazmi , YB Mumtaz Md Nawi , Drs Ishak Shaari & Pn Jamaliah
Keempat-empat mereka akan membicarakan tentang kepedulian kita terhadap apa yang berlaku kini dalam perundangan negara disamping melontarkan saranan dan tawaran sekiranya mereka (Pakatan Rakyat) dapat memenangi PRU-13 ini nanti.

Kita nilaikanlah tawaran-tawaran dan pelan bertindak mereka ini agar kita semua akan menjadi seorang pemilih yang meyakini terhadap pembaharuan yang akan berlaku kelak. Itulah harapan besar kita semua sebagai pemilih.


Ayuh sebarkan dan jom hadir bersama.

Isnin, Januari 28, 2013

Tawaran Kerajaan Pakatan Rakyat dibentangkan di Matang Guntung, Kg Gajah

Hebahan tawaran PAS untuk memerintah
Ni yang kalian semua kena tahu. Apakah sebenar-benarnya Pimpinan Pakatan Rakyat khususnya PAS tawarkan bilamana sekiranya nak memerintah kelak. Rakyat marhain semakin mencari-cari solutionnya bagi meneruskan kesinambungan sebenar dasar yang menjadi tonggak al-Quran dan as-Sunnah dalam parti. 

Generasi yang kini semakin matang berfikir inginkan kepastian tersebut, Moga penjelasannya kelak menjawab dan manjadi pemandu kepada pengundi untuk yakin terus bersama Pakatan Rakyat. Tawaran yang telus membawa rahmat.

Ahad, Januari 20, 2013

Diambang PRU-13 : Jelajah Seberang Perak

Ust Idris Ahmad, Ust Zulkifli & Drs. Ishak Shaari

Jom bersama semarak di bulan maulidur rasul SAW.
PRU-13 yang kini tidak dapat disembunyikan lagi.
 Febuari - Mac semakin hampir menjadi saksi.
Kebangkitan rakyat  tidak dapat disangkal lagi.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO