Jumaat, Jun 19, 2009

Perangkap PAS isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu berkaitan kerajaan perpaduan yang diriuh rendahkan sekarang hanya sekadar kenyataan peribadi pemimpin tertentu yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat.


Katanya setakat ini tiada sebarang kertas agenda yang dibawa dalam mesyuarat PAS atau bersama Pakatan Rakyat.

Oleh itu kata beliau isu tersebut tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan PAS kerana ia merupakan satu padangan peribadi pemimpin tertentu sahaja.

"Kerana itulah pemimpin Pakatan Rakyat pun tidak tahu, begitu juga dengan pemimpin PAS yang lain. Jadi bagaimana nak hubungkaitkan dengan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan.

"Bawalah dulu benda itu dalam mesyuarat parti, kemudian dalam Pakatan, kalau PAS dan Pakatan Rakyat bersetuju lainlah masalahnya.

"Ini dengan Pakatan tidak dibincang dalam parti pun begitu juga, macamana kita nak proses benda ni.. sebab tu saya kata benda ni direka oleh boneka Umno," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, kalau semua pihak setuju, maka setiap wakil sama ada dari PAS, KeADILan dan DAP mungkin ada yang bakal menjadi menteri.

Kata beliau sekiranya perkara itu boleh berlaku barulah benar-benar dikatakan sebagai kerajaan perpaduan.

"Tetapi apa yang berlaku ini perpecahan. Umno sekarang sedang berpesta. PAS dah masuk perangkap. PAS sesama PAS dah nampak macam nak berpecah dah.. bercelaru.

"Begitu juga PAS dengan Pakatan Rakyat juga nampak bercelaru. Ini bererti mereka menganggap telah berjaya memecah belahkan PAS.

"Tetapi Alhamdulillah dapat dibendungkan dengan kenyataan saya sebelum ini," tambahnya.

Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dilaporkan percaya PAS ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetus presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Rabu, Jun 17, 2009

Nik Aziz cadang saman Utusan Malaysia : Putar Belit Kenyataan Di Media Perdana

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang dianggap memutar belit kenyataannya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, berita yang disiarkan akhbar tersebut sebelum ini sebagai berniat jahat dan ingin memalukannya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu.

"Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia�bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Akhbar terbabit pada 15 Jun lalu melaporkan Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh parti parti, hanya nasihat awal.

Menurut akhbar itu lagi beliau mengingatkan bahawa nasihatnya mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggap sebagai ilham Umno.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz berita itu ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri.

Selain pembohongan, katanya ia juga berupa hasutan terhadap saya terutama disebut 'kenyataan Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam �oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang ditulis dalam ruangan surat pembaca akhbar sama.

"Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya.

"Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.

Surat pembaca disiarkan akhbar terbabit pada 16 Jun bertajuk 'Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam.'

Ketika ditanya perasaan dalam menghadapi situasi berkenaan beliau melahirkan rasa dukacita serta rasa malu dengan apa yang berlaku.

Tambah beliau lebih mendukacitakan lagi apabila penulis terbabit �mengajak semua mufti termasuk alim ulamak untuk memberi pandangan berhubung masalah berkenaan.

"Ini semua kerja yang tidak masuk akal lebih lagi bila saat nak menghadapi pilihan raya kecil.. macam ni lagilah untuk menambahkan rasa kebencian kepada saya dan PAS," ujarnya. Harakahdaily.

* Mengapa KITA HARUS melatah deq kerana KAN HANCURNYA UMNO & BARISANNYA. Ianya akan menutup BANYAK KELEMAHAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN DIBAWAH TADBIR BARISAN NASIONAL kini.

JANGAN ALPA PERMAINAN MUSUH yang sedang menutup KELEMAHAN & PERPECAHAN MEREKA SENDIRI

Isnin, Jun 15, 2009

Kalu dah BEBAS namanya, mmg elok awal diTEBAS...


Presiden Parti BEBAS bergambar bersama PENAUNGNYA.
Mana lagi 3..... oooo dok 2nya di Mahkamah Ipoh sehari dua nie... saje-je nak lengkapkan
drama 'BEBAS KEMELUT DIRAJA'

Ketakutan Yang Semakin PARAH : Lima minit angkat sumpah, Speaker arah Nizar keluar dewan

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Sebelum itu, Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang.

Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

ImageNizar yang kembali semula ke tempat duduknya di Blok F setelah menanggalkan lilitan kain di kepalanya terus didesak meninggalkan Dewan oleh Speaker.

Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut.

Turut diarah keluar ialah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang memakai lilitan itu antaranya Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham; Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sementara itu, Pengawal Keselamatan turut mengarahkan tetamu yang hadir supaya menanggalkan lilitan yang tertulis, 'BUBAR DUN'.

Difahamkan peraturan Dewan Rakyat menetapkan mana-mana anggota yang diarah keluar Dewan oleh Speaker tanpa diberitahu tempohnya secara spesifik, tidak boleh memasuki Dewan dalam masa dua hari. - mks.

Ahad, Jun 14, 2009

Sekilas pandang di Manek Urai.... gendang telah dipalu...


KEPIMPINAN BARU PAS PUSAT DAN NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT
DAN PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN
SESI 2009 – 2011

PRESIDEN :

YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

TIMBALAN PRESIDEN :
YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA

NAIB PRESIDEN (1) :
DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

NAIB PRESIDEN (2) :
YB SALAHUDDIN AYUB

NAIB PRESIDEN (3) :
YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR

KETUA DEWAN ULAMAK :
YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB

KETUA DEWAN PEMUDA :
USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI

KETUA DEWAN MUSLIMAT :
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

SETIAUSAHA AGUNG :
DATO’ HAJI MUSTAFA ALI

BENDAHARI PAS PUSAT :
YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI

KETUA PENERANGAN PAS PUSAT :
USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD

KETUA PENGARAH PILIHANRAYA :
YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) :
YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) :
USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMADAHLI

JAWATANKUASA KERJA (3) :
YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR

AHLI JAWATANKUASA KERJA (4) :
YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK

AHLI JAWATANKUASA KERJA (5) :
YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD. ALI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (6) :
YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (7) :
USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (8) :
DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK

AHLI JAWATANKUASA KERJA (9) :
MOHAMED HANIPA MAIDIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (10) :
YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH

AHLI JAWATANKUASA KERJA (11) :
YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (12) :
USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (13) :
YB DR DZULKEFLY AHMAD

AHLI JAWATANKUASA KERJA (14) :
YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (15) :
YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (16) :
MAZLAN ALIMAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (17) :
YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB

AHLI JAWATANKUASA KERJA (18) :
YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA

AJK YANG DILANTIK :

AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) :
YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA

AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) :
HAJI MOHAMAD SABU

AHLI JAWATANKUASA KERJA (3) :
HJ MOHD ANUAR TAHIR

AHLI JAWATANKUASA KERJA (4) :
HAJI ASMUNI AWI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (5) :
YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (6) :
YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD

AHLI JAWATANKUASA KERJA (7) :
YB WAN UBAIDAH WAN OMAR

AHLI JAWATANKUASA KERJA (8) :
HAJI MUHAMAD ABDULLAH

PESURUHJAYA PAS NEGERI :

PESURUHJAYA PAS PERLIS :
YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN

PESURUHJAYA PAS KEDAH :
YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK

PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG :
USTAZ MOHD SALLEH MAN

PESURUHJAYA PAS PERAK :
USTAZ ABU BAKAR HUSIN

PESURUHJAYA PAS KELANTAN :
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

PESURUHJAYA PAS TERENGGANU :
YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB

PESURUHJAYA PAS PAHANG :
DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

PESURUHJAYA PAS SELANGOR :
DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI

PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN :
HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN :
HJ ZULKEFLY MOHAMAD OMAR

PESURUHJAYA PAS MELAKA :
USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

PESURUHJAYA PAS JOHOR :
DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED

PESURUHJAYA PAS SABAH :
HAJI MUHAMAD ABDULLAH

PESURUHJAYA PAS SARAWAK :
USTAZ HJ OSMAN MUSTAPHA

e-paper Harakah melangkah maju....

Mari Bersama BERDAFTAR dengan e-paper Harakah. Sangat menarik untuk sama-sama kita ke alam baru yang mudah dan pastas.

Cuba KLIK ini


Best Regards,
NufairShop.Com | E-Paper
http://epaper.nufairshop.com


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO