Rabu, September 24, 2008
Tanah untuk Sekolah Cina dikenalpasti
Sembilan sekolah-sekolah Cina persendirian di negeri Perak telah mengenal pasti lokasi untuk penanaman kelapa sawit bagi tujuan menjana kos operasi mereka.Mendedahkan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Nga Kor Ming berkata, pihak kerajaan akan meneliti permohonan pihak Lembaga Sekolah keatas cadangan lokasi yang terletak di Taiping.Dia berkata, Lembaga Sekolah telah bersetuju melantik sebuah syarikat yang tidak bermotif mengambil untung untuk menguruskan tanah tersebut.“Kesemua sembilan sekolah tersebut akan mendapat bahagian yang sama dan pihak lembaga sekolah tidak akan mengambil gaji atau bayaran yuran pengarah,” jelas Nga Kor Ming selepas satu mesyuarat dengan pihak lembaga sekolah di Ipoh Selasa lalu.Sembilan sekolah terbabit ialah SM Shen Jai, SM Yuk Choy dan SM Poi Lam ,ketiga-tiganya di Ipoh, SM Nam Hwa di Sitiawan, SM Yik Ching di Pantai Remis, SM Pei Yuan di Kampar, SM Hua Lian di Taiping, SM Sam Min di Teluk Intan, and SM Tsung Wah di Kuala Kangsar.Bulan lepas, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat, Perak telah meluluskan sekeping tanah seluas 1,000ha untuk Sekolah-Sekolah Cina persendirian di negeri itu.”Dengan penganugerahan tersebut, sekolah-sekolah terbabit akan dapat menjana pendapatan sendiri bagi tujuan membiayai kos operasi persekolahan mereka sendiri,” jelas Nga.Beliau juga berkata, selain penganugerahan kepada Sekolah-Sekolah Persendirian ,kerajaan Pakatan Rakyat juga telah memperuntukan sekeping tanah seluas 2,600ha di Kuala Kangsar bagi Kolej Islam Darul Ridzuan.Disamping itu , kerajaan juga telah mengeluarkan RM1.3 juta untuk 18 sekolah agama dan tanah kepada beberapa sekolah Tamil.“Ini adalah bukti bahawa Pakatan Rakyat berlaku adil kepada semua sekolah-sekolah dan kerajaan yakin ianya faktor memajukan negeri ” katanya.
Artigos Relacionados:
Sabtu, September 20, 2008
MENCARI LAILATUL QADAR
Mencari Kemuliaan TaqarrubFirman Allah swt :
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
( Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5 )
Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .
Sabda Rasulullah saw :[1]
وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .
“ dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan ( mengharapkan redho Allah ) nescaya diampunkan baginya segala dosa – dosanya yang telah lalu.”
( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )
Al Imam an Nawawi rhm menyebut [2]: “ Lailatul Qadar adalah seafdhal – afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah ( qiamullail ) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat – alamat Lailatul Qadar , nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”
Rebutlah Peluang Taqarrub ini.
Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad saw. dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda :[3]
عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .
“ daripada A’isyah Rha berkata : Adalah rasulullah saw. selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan baginda saw. bersabda ; Rebutlah bersungguh – sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam – malam sepuluh akhir Ramadhan .”
( Riwayat Imam Bukhari . )
Rasulullah saw. melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt. pada 10 malam akhir di bulan Ramadhan . Ini dapat dilihat dalam satu hadith yang diriwayat dari A’isyah Rha .[4]
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .
“ dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh – sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya ( agar bangun beribadah )”
( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )
Artigos Relacionados:
Seorang AJK Bahagian dan 2 Ketua Cawangan UMNO Parit di tangkap tak pose kome!!!
Seorang AJK Bahagian dan 2 Ketua Cawangan UMNO Parit antara 16 yang ditangkap dalam Operasi Judi dan Tak Puasa di Manjung.Manjung 17 Sept. - Pejabat Agama Daerah Manjung telah membuat OPS menyeluruh ke semua kawasan termasuk Lumut dan Ayor Tawor dalam satu operasi Tak Pose. Diantara yang ditahan ialah seorang AJK UMNO Bahagian Parit dan 2 orang Ketua Cawangan UMNO Bahagian Parit. Mereka ditahan semasa sedang bermain judi didalam sebuah kedai di Ayor Tawor.Mengikut maklumat yang diperolehi, kedai tersebut dipunyai oleh seorang TAIKO Cina di Ayor Tawor dan merupakan pusat baru bagi kegiatan-kegiatan orang-orang yang tidak bermoral ini. Sebelum ini, pusat kegiatan judi dan tak pose ini ialah di Kampong Jering, sebuah perkampungan peranginan orang-orang Cina. Dengan serbuan ini dipercayai kegiatan judi disepanjang bulan Pose ditempat itu menjadi lumpuh. Kawasan ini juga adalah merupakan tumpuan bagi orang-orang Melayu yang ingin berjudi dan makan minum dalam bulan pose. Sementara itu di Kampong Pasir Panjang, 6 orang yang sedang makan dan minum dan menghisap rokok telah disaman oleh Pejabat Agama Daerah Manjung kerana tidak menghormati bulan Ramadhan. Mereka diserbu di dalam sebuah kedai kepunyaan seorang bangsa Cina. Di Lumut, seorang India Muslim tuan punya sebuah restoren juga disaman oleh JAIP Manjung kerana menjual dan menghidang makanan kepada pelanggan Islam.
Artigos Relacionados:
Rabu, September 17, 2008
Ahad, September 14, 2008
Tindakan terdesak : UMnooooo VS Rakyat
Rakyat dipaparkan tentang bobroknya Pak Lah. Kini kita disajikan dengan penangkapan keselamatan awam. Isu perkauman sebagai tiket platform menuju ISA .
Apa bezanya Raja Petra, Mahfoz Omar & Teresa dengan bahayanya Ahmad Ismail & Khir Toyo. Masing-masing tahu UMNO bezakan dua pihak ini. Jelaskan masyarakat yang matang berfikir dalam isu yang dimainkan dan SIAPAKAN BERPOLITIKAN PERKAUMAN jika tidak UMNO Kebangsaaan. Ops Lalang 88 akan berulang.
'Ya Allah menangkan lah mereka yang sentiasa menegakkan KEBENARAN, Amin Ya Rabb'
Artigos Relacionados:
Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

