Khamis, Mac 13, 2008

Graf Perbandingan PRU12 Dun Kampong Gajah. Ikut UPU


Rabu, Mac 12, 2008

SYUKUR & Teruskan Berdoa Aduhai Pembaca Budiman

Sama-samalah kita memohon dan memanjatkan doa kepada ALLAH agar segala serangan luar yg ingin menafikan Hak org Islam bagi jawatan tersebut. Terus-teruskan berdoa dan bermunajat.

Wakil rakyat PAS Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas gabungan DAP-PAS-PKR berjaya menawan Perak. Mohamad Nizar, seorang jurutera, menang di kerusi Pasir Panjang dengan majoriti 4,474 undi. Sementara dua timbalannya diberikan kepada wakil rakyat bukan Melayu, seorang pemimpin DAP dan seorang lagi, belum dipastikan, seorang wakil rakyat keturunan India.Pengerusi DAP Perak, yang juga wakil Setiawan, Ngeh Koo Ham dilantik timbalan menteri besar I.Jawatan timbalan kedua untuk mengendalikan masyarakat India belum diputuskan.Perak mempunyai 59 kerusi DUN, pembangkang merebut 31 kerusi dengan meninggalkan BN 28 kerusi sahaja.DAP menang di 18 kerusi, PKR (tujuh) dan PAS (enam). Upacara mengangkat sumpah akan berlangsung di Istana Iskandar, Kuala Kangsar pada jam 4 petang esok.Mohamad Nizar berkata perkenan Sultan sudah dimaklumkan kepadanya oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah yang menerima rombongan pemimpin ketiga-tiga parti itu mengadap di Istana Kinta jam 5 petang ini. Selain Nizar dan Ngeh, bendahari PKR Perak Jamaluddin Mohd Radzi yang turut dicalonkan untuk jawatan menteri besar diperkenan menghadap Raja Nazrin. Senarai tiga nama itu dikemukakan selepas tiga parti tersebut mendapat perkenan baginda untuk membentuk kerajaan campuran.Bercakap kepada pemberita di perkarangan Istana Kinta, Nizar berkata kedua-dua jawatan timbalan itu diwujudkan bagi mengambil kira kepentingan rakyat berbilang kaum di negeri ini khususnya Cina dan India.

Selasa, Mac 11, 2008

Tajol Terpinga-Pinga: Kebangkitan Rakyat Kini "MELETUP" DI PERAK!

PADA pilihan raya umum Sabtu lalu, PAS menang enam kerusi DUN, DAP (18) dan PKR (tujuh) untuk mengumpul 31 kerusi iaitu lebih tiga kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi 28 kerusi DUN.Pada pilihan raya 2004, BN menguasai 52 daripada 59 kerusi DUN dengan DAP menang tujuh kerusi.PAS yang bertanding 21 kerusi DUN memenangi kerusi Pasir Panjang, Titi Serong, Gunung Semanggol, Selinsing, Lubuk Merbau dan Changkat Jong.PKR pula menang di Hutan Melintang, Behrang, Kuala Kurau, Kuala Sepetang, Simpang Pulai, Teja dan Changkat Jering daripada 20 kerusi yang ditandinginya.DAP menyapu bersih 18 kerusi DUN yang ditandinginya iaitu Jelapang, Pantai Remis, Sitiawan, Bercham, Buntong, Pasir Pinji, Aulong, Pokok Assam, Canning Garden, Pasir Bedamar, Sungkai, Jalong, Tebing Tinggi, Kepayang, Menglembu, Tronoh, Keranji, Malim Nawar.Pakatan pembangkang di Perak turut menguasai 11 kerusi Parlimen manakala BN 13.Calon PAS yang terpilih sebagai anggota Dewan Undangan Negeri ialah Dr Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong), Ramli Tusin (Gunung Semanggol), Husin Din (Selinsing), Mohd Zainuddin Mohd Yusof (Lubok Merbau) dan Mohd Anuar Sudin (Changkat Jong).Calon PKR yang menang pula ialah Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham mempertahankan kerusi DUN Sitiawan selain menang kerusi Parlimen Beruas manakala Ketua Pemuda DAP Perak yang merampas kerusi Parlimen Taiping turut mempertahankan kerusi DUN Pantai Remis.Persetujuan membentuk kerajaan campuran tiga parti itu diumumkan pada sidang akhbar bersama oleh ketiga-tiga Pengerusi negeri PAS, DAP dan PKR, di pejabat DAP negeri di sini awal pagi ini.Keputusan dua kerusi terakhir yang memberi kemenangan mutlak kepada pakatan itu, DUN Teja dan Simpang Pulai, kedua-duanya dimenangi calon PKR, diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada kirakira pukul 4.30 pagi.Ngeh mengucapkan terima kasih kepada rakyat negeri Perak yang telah mengundi mereka.Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang berkata rakyat membuktikan mereka mahukan perubahan setelah 50 tahun BN memerintah dan berjanji: "Kami akan buktikan kepada BN bahawa kerajaan baru lebih baik, adil, telus dan kepentingan rakyat tidak akan diketepikan."Ahmad tidak bertanding dalam pilihan raya ini manakala Pengerusi PKR Perak Zulkifly Ibrahim tewas di DUN Bukit Chandan.Pengerusi PKR Perak, Zulkifly Ibrahim berkata keputusan pengundian itu merupakan satu mesej rakyat supaya tiga parti pembangkang itu bersatu dan bermuafakat."Kami akan meletakkan kepentingan rakyat dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat mengikut ketetapan dan janji kami," katanya.Sementara itu hingga kini, Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali masih belum memberi sebarang kenyataan kepada media dan masih berada di kediaman rasminya.Tajol Rosli berjaya mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Hulu apabila memperolehi 6,769 undi untuk menewaskan calon PKR Lee Sing Long yang mendapat 2,124 undi.

Ir Nizar bakal MB perak yang baru..

Perak mendapat Menteri Besar yang baru. Bukan lagi dari parti tradisi BN. Kali ini, MB yang mewakili suara rakyat, suara keramat!Ir. Mohamad Nizar Zakaria dicalonkan secara kolektif PAS, PKR dan DAP sebagai MB Perak yang baru. Ini bermakna buat julung kalinya, ketiga parti ini menubuhkan kerajaan campurannya di Perak. Nizar menang kerusi Dun Pasir Panjang dalam Parlimen Lumut pada pilihan raya 8 Mac lalu. Beliau adalah Setiausaha PAS Perak dan Yang Dipertua PAS Kampar.Menurut Bernama, Nizar sendiri mengesahkan tentang persetujuan tiga parti tersebut untuk beliau mengetuai Kerajaan Campuran di Perak. Persetujuan itu dicapai dalam satu perbincangan bersama anata parti semalam. Menurut sumber, ia telah mendapat perkenan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Nizar akan mengangkat sumpah sebagai MB Perak pada rabu ini. Dalam pilihan raya ke 12 ini, PAS menang enam kerusi Dun, DAP (18) dan PKR (7) untuk mengumpul 31 kerusi bagi membolehkan kerajaan dibentuk.Jumlah itu, lebih tiga kerusi berbanding BN yang hanya menangi 28 kerusi Dun.Mengikut Undang-Undang Tubuh Perak, seperti yang diulas oleh Dr. Abdul Aziz Bari dalam artikel, MB mestilah harus seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Ini menyebabkan DAP dan PKR terpaksa akur melantik Ir. Nizar bagi menduduki kerusi MB Perak. Namun demikian, media cuba melaga-lagakan isu perkauman kononnya orang-orang Cina di Perak berasa bimbang bernaung di bawah seorang MB dari PAS.

Takut ngan bayang2 BA

KISAH pemimpin Umno dan Tok Sidang (Ketua Kampung) "memunggah" kerusi meja dan segala peralatan dalam Dewan Orang Ramai (DOR) bukan cerita rekaan lagi.Menonton Buletin Utama TV3 malam tadi dan Berita Perdana RTM Saluran 1, makin banyak cerita serupa diwar-warkan bagi menunjukkan kepada umum terdapat tindakan dari pihak pembangkang yang cuba "mengumpil" pintu DOR. Kisahnya begitu. Ekoran itu, maka dengan mudah pemimpin Umno setempat "memunggah" segala perkakas dalam dewan dibawa pulang atau disimpan di tempat lain. Dalam satu mesyuarat Umno di sebuah kampong di Dun Kg.Gajah; saya difahamkan memang dibincangkan isu "isi perut" DOR ini dan mereka diarahkan oleh Umno Bahagian agar mengeluarkan semua "harta benda" dalam DOR itu ke tempat lain. Ini bermakna, isu "memunggah" kandungan DOR ini datangnya dari pihak atasan Umno dan bukan respon spontan Tok Sidang dan Ketua Umno Cawangan. Ini mesti dilihat secara simbolik sebagai suatu taktik BN untuk menaikkan rasa marah pembangkang setempat. Ia provokasi orang kalah dalam permainan.Sehingga arahan Menteri Besar baru diterima, nampaknya PAS dan PKR terus memantau kegiatan "feel buruk" Umno. Soal aset DOR akan dipanjangkan kepada Pejabat Daerah bagi mendapatkan kepastian sejauh manakah benar dakwaan kononnya segala perkakas DOR itu dibeli oleh Umno bukannya milik kerajaan. Jika terbukti itu milik kerajaan, PAS dan PKR akan meminta Pejabat Daerah mengeluarkan notis arahan kepada pihak berkenaan agar memulangkan kembali harta tersebut ke tempatnya atau dilaporkan kepada pihak Polis. Tindakan ini bukan sahaja terjadi di Kg.Gajah tetapi mungkin seluruh Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor seperti yang cuba ditonjolkan oleh TV3 dan RTM malam tadi.

Ahad, Mac 09, 2008

Keputusan Rasmi Pilihanraya ke 12 P073 Pasir Salak

PRU-12
Perak P073, N48, N49
P073 PASIR SALAK
Jumlah Pengundi: 41,352Peratusan Kaum: M: 78.95% C: 14.99% I: 5.98% L: 0.08%
1. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN) (16,928) 2. Mustaffa Kamil Ayub (PKR) (14,240)
Majoriti: 2,688 Jumlah undi: 32,118Peratus mengundi: 77.67%Undi rosak: 950
Penyandang: Tan Sri Ramli Ngah Talib (BN)(Majoriti: 8,547 undi)

N49 KAMPONG GAJAH
Jumlah Pengundi: 21,165Peratusan Kaum: M: 93.3% C: 1.07% I: 5.57% L: 0.06%
1. Dr. Wan Norashikin Wan Noordin (BN) (8,818) 2. Mustafa Shaari (Pas) (7,402)
Majoriti: 1,416 Jumlah undi: 16,621 Peratus mengundi: 78.53%Undi rosak: 401
Penyandang: Tajuddin Rahman (BN)(Majoriti: 5,017 undi)

N48 SUNGAI MANIK
Jumlah Pengundi: 20,190Peratusan Kaum: M: 63.92% C: 29.58% I: 6.4% L: 0.1%
1. Zainol Fadzi Paharuddin (BN) (8,255) 2. Mustaffa Kamil Ayub (PKR) (6,881)
Majoriti: 1,374 Jumlah undi: 15,492 Peratus mengundi: 76.73%Undi rosak: 356
Penyandang: Ibrahim Katop (BN)(Majoriti: 3,599 undi)

Senarai rasmi keputusan pilihan raya ke-12

Dewan Undangan Negeri (Dun)
*Dun Perlis : BN (14), PAS (1) jumlah kerusi = 15

*Kedah : BN (14), PAS (16), KeADILan (4), DAP (1), Bebas (1) = 36

*Kelantan : BN (6), PAS (38), KeADILan (1); = 45

*Terangganu : BN (24), PAS (8); = 32

*Pulau PInang : BN (11), PAS (1), DAP (19), KeADILan (9), = 40

*Perak : BN (28), PAS (6), DAP (18), KeADILan (7), = 59

*Pahang : BN (37), PAS (2), DAP (2),Bebas (1), = 42

*Negeri Sembilan : BN (21), PAS (1), DAP (10),KeADILan (4); = 36

*Melaka : BN (23), PAS (0), DAP (5), = 28

*Johor : BN (50), PAS (2), DAP (4); = 56


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO