Rabu, September 26, 2012

Pendidikan Negara kini dalam kerungsingan ...

Ada kaitan ka? Lihat sat gambar kat bawah neh. Gambar neh adalah gambar kertas ujian.
Gambar aku dapat kat sini.
Menurut komen yang aku baca kat ruangan tersebut, khabarnya ini kertas peperiksaan bagi subjek pendidikan moral. Soalan di atas antara yang terkandung dalam peperiksaan percubaan SPM bagi tahun ini.
Sejujurnya aku tatau neh atas arahan sapa. Kalau korang minta nama memang aku tak boleh bagi. Tapi aku yakin sangat benda neh di bawah arahan bn. Siapa lagi yang begitu benci dan anti bersih kalau kerajaan kerajaan sekarang.
Tambahan pula ia dijadikan salah satu soklan dalam kertas peperiksaan. Memang la kerja orang bodoh dan terdesak. Menggunakan sekolah untuk memupuk perkara yang salah dan mengajar rakyat untuk menfitnah sejak dari sekolah lagi. BODOH NAK MAMPOS punya orang yang sediakan soklan peperiksaan di atas.
Sepatutnya sebagai kerajaan dan pemimpin, pemikiran ko kena cerdik. Plus matang. Janganlah disebabkan perbezaan pendapat dan apa bagai, ko heret dalam soklan peperiksaan pula. Tak suka bersih? Taknak terima? Oke nyatakan perbezaan secara terangan2. Buat apa la ko heret benda2 cam neh masuk dalam sekolah?
Ko ingat sekolah tue BAPAK KAW YANG PUNYA?
Inilah masalah kita sekarang neh. Masalah aku ialah bn dah tak boleh beza antara kepentingan peribadi, kepentingan masyarakat dan kepentingan negara. Masalah bn ialah dorang tak sedar diri yang dorang tak reti bezakan seme perkara di atas.
Masalah aku + masalah bn = negara jahanam = tidak wajar. 
Ini jawapan peperiksaan aku bagi soklan wajar atau tidak bn harus menang dalam pru – 13 untuk memastikan kestabilan negara. Mohon masukkan dalam seme subjek. Tengok berapa ramai yang jawab wajar.
Aku ingat budak2 sekolah pun ludah kat ko la bn. Pasal budak2 sekolah sekarang ramai yang cerdik2. Aku tahu la. Aku ada pembaca yang terdiri dari kalangan budak sekolah. Sedar la bn, penipuan ko hanya bertahan dengan batu bukan dengan manusia.

Sabtu, September 22, 2012

Konvoi Xpresi Anak Muda Bantah 'Innoce Muslim' Dun Kampong Gajah

Konvoi Xpresi  Anak Muda Bantah 'Innoce Muslim' Dun Kampong Gajah akan diadakan pada 30 September 2012 (AHAD) mulai jam 8.00 pagi. Bermula berkumpul di MTD Kampong Gajah.

Xpresi Anak Muda Dun Kampung Gajah 30.9.12
poster
Anda semua dijemput hadir dan turut sertai menyertainya. Sebarang pertanyaan sila hubungi 0165071980 - Bro Sopi.

Isnin, September 17, 2012

Oh YB Felcraku ... apalah sgt dgn RM100K ini ...


Terpanggil nak paste kan juga al-kisah YBkuku, apa nak kata I syg YB Felcrakuku. hanya RM100,000.00 digunakan ... banyak lagi yang boelh sesiapa nak kongsikan. Parlimen Pasir Salak sungguh byk felcra. tiap2 masa difahamkan sentiasa ada bonus. so ini baki lagi... untuk anak2 yatim bernama BAKTI .... hahahahahaha byklah engkao anak2 yatim. 
oleh: Manjungmari
 Belum lagi sampai tarik 28 Sept tarikh pembentangan bajet 2013,, Najib dah pun mula memfaraid wang rakyat untuk kepentingan bininya…
Jikalau dalam bajet beratus juta dibagi untuk program kesayangan Rosmah, PERMATA, tetapi yang ini secara kecilan sahaja…. untk program BAKTI… hangpa ke tak apa itu bakti..tak tau cari sendiri….
Duit Felcra sepatutnya untuk penoroka Felcralah, yang hidup cukup-cukup makan aja,,, kenapa pi bagi untuk persatuan bini-bini menteri… apa cerita ni….


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/16/duit-felcra-untuk-persatuan-bini-menteri/

Ahad, September 09, 2012

Syura telah pun bersuara, Ust Nasha senyum bersama.

Presiden PAS: Nasha kekal dalam majlis syura

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa bekas timbalannya, Nasharuddin Mat Isa masih kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu.

Katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam, lewat malam malam ini.

Sebaliknya, mesyuarat berkenaan adalah untuk membincangkan mengenai calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kata Abdul Hadi lagi kepada pemberita.

Ditanya sama ada Nasharuddin akan kembali dicalonkan PAS dalam pilihan raya itu, Abdul Hadi berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.

"Majlis Syurat meluluskan senarai calon yang akan bertanding dan terpulang kepada PAS negeri dan PAS kawasan (untuk memutuskan senarai tersebut)," katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

Nasharuddin, yang kelihatan ceria selepas mesyuarat berkenaan, turut menyertai sidang media bersama Abdul Hadi namun enggan memberi sebarang ulasan.

http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/09/presiden-pas-nasha-kekal-dalam-majlis.html

Sabtu, September 08, 2012

Raikkan Ahli Baharu PAS , lenyapkan UMNO Cawangan.

10.00 malam 7 September 2012 dianggarkan seramai 1500 orang menjadi saksi bahawa terkuburnya UMNO Cawangan Kg Pulau Juar. Penyerahan borang ahli seramai 35 orang dan diikuti 13 orang yang lain, maka ianya menjadi catatan sejarah di lokasi tersebut. 
Tuan rumah
PAS Kawasan Pasir Salak yang diketuai oleh Sdra Muhaimin Sulam bersama tetamu kehormat DS Ir. Hj. Nizar Jamaluddin meraikan kemasukkan mereka dalam suasana penuh kemeriahan. Lembu dan kambing menjadi korban. Semangat kerja berpasukan semakin jelas kelihatan. Gandingan Penduduk Tempatan di perkarangan Rumah Keluarga Sdra Nazir, AJK PAS Kawasan Pasir Salak, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Salak, AJK PAS MTD Kg Gajah, AJK MTD Sungai Manik, MTPD dan seluruh jentera PR setempat.

Gelombang sokongan anak muda telah membawa kepada penampilan istimewa BBS iaitu Band Budak Sembahyang dan Mael Wing. Mereka menghiburkan kehadiran penduduk dan orang ramai secara santai dan berdakwah.

Band Budak Sembahyang
Sdra Muhaimin Sulam YDP Pas Kawasan, Sdra Drs Ishak Shaari bakal calon N49 Kampung Gajah dan DS Ir. Nizar Jamaluddin telah menyampaikan ucapan penuh bermakna secara santai berlegar-legar ditengah-tengah 1500 orang yang hadir. Ini membawa juta makna keakraban dan sokongan padu semakin mantap di Kawasan Pasir Salak dan khususnya Kampung Gajah. 


Musuh pastinya tidak akan berdiam diri, malah sekiranya menafikan UMNO terbubar di kampung ini , jelaslah kepada kita ahli-ahlinya pasti orang luar dari kampung ini sendiri. Kenyataan ini bersandarkan dengan kemasukkan ahli (orang kuat) mereka kini menyebelahi PAS kini.
Terima kasih buat seluruh jawatankuasa yang telah menjayakan program meriah seumpama ini terutama penduduk tempatan yang gigih melaksanakan tugas sejak sebulan lalu. Allahu Akbar!!!   









Khamis, September 06, 2012

Apa BENAR, UMNO Caw. Kg Pulau Juar , Kg Gajah DIBUBARKAN?

Aidilfitri PAS Kawasan Pasir Salak

7 SEPTEMBER 2012 , akan menjadi saksi sejauhmanakah kebenaran pernyataan diatas. Kampung Pulau Juar terletak 5 km dari Kampung Gajah adalah sebuah kampung persisiran jalan utama Kg Gajah - Teluk Intan. Kampung yang majoritinya berbaangsa Melayu kini sudah berubah kepada kehijauan kibaran bendera kiri dan kanannya, namun paling menarik ialah bendera Bulan kebanggaan Parti Islam SeMalaysia.

Jam 8 malam nanti (7/9) ini akan menyaksikan sejarah penyerahan borang ahli beramai-ramai secara rasmi. Apakah mungkin Media Arus Perdana Utusan, Berita Harian, TV1, TV3 dan Astro Awani hadir bersama? Dengar khabarnya bubar terus UMNO Cawangan tersebut, betul kah ini berlaku?

Jika sukar nak dapat jawapan, apa kata jom kita turun bersama ke Jamuan Mesra Aidilfitri PAS Kawassan Pasir Salak sebagaimana tarikh dan masa tertera. Semua anda dijemput hadir. Daging kambing, lembu , itik dan ayam menanti sebagai hidangan kesyukuran kali ini. Dan sudah pastinya tetamu undangan YB Dato Seri Ir. Hj. Nizar Jamaluddin akan hadir bersama pimpinan tempatan bagi menerima kemasukkan ahli dan perasmian Cawangan Baharu Pas Kg Pulau Juar.

Tahniah & Takbirrrr.... Allahu Akbar!!!

* sakit BN Pasir Salak kali ini, orang Dato Tajudin pasti mengelupo.

'Skrip Fiem' VS 'Teks Khutbah'

Artikel Nukilan : Subky Latif

Antara Abby Abadi & Ust Fathul Bari
Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.

Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.

Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato’ Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran Allah.

Isnin, September 03, 2012

Sang Saka Malaya : Penting Untuk Dibaca & Dinilai suatu Komuniti Menghidupkan sebenarnya sejarah


Kg. Gajah 03 September 2012 / 16 Syawal 1433, pengakuan dan rasa bertanggongjawab kalangan anak muda atas apa yang telah mereka lakukan. Kami ingin memaklumkan apa yang benar peristiwa sejarah di tanah air, kami tidak mau di perbodohkan. Dengan itu kami mengaku dan pertanggongjawab apa yang telah kami lakukan.


Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini. 

Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. 

PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. 

Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.


Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. 

PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya. 

 Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. 

Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.

Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.

seelok-eloknya rencana ini dapat di baca oleh pencacai UMNO untuk pengetahuan dan ilmu kaitan dengan proses kemerdekaan negera.

Ahad, September 02, 2012

YB nak makan , jom ambil bersama kami.

2 September 2012 , PAS MTD Kampong Gajah telah mengadakan Majlis Jamuan & Mesra Aidilfitri 1433.  Majlis yang sederhana tetapi sangat meriah ini telah diadakan di perkarangan Dataran Islam , Markaz PAS MTD Kampung Gajah mulai jam 3.00 - 6.00 petang. Seramai lebih 500 orang menghadiri bersama di majlis ini.

Contoh teladan , YB nak makan , YB kena mesra bersama rakyat.
Mesra rakyat dirasai

YB Anuar Sudin , Ust. Mustafa Shaari
Bersama Calon N49 DUN Kampung Gajah Drs. Ishak Shaari.
Orang Muda bersama kita
YB. Anuar Sudin ADUN Changkat Jong, YB Sivakumar ADUN Tronoh, Calon N49 Kampung Gajah Drs. Ishak Shaari, Ust Mustafa Shaari dan seluruh kepimpinan Pas Kawasan , MTD dan Cawangan turut hadir bersama memeriahkan suasana.

Petikan kata-kata perangsang & semangat Hassan al-Bana diungkapkan.

Sumbangan dan bantuan dihulurkan

Tiada yang disingkirkan termasuk penduduk Ladang Rubana II

Ketua Muslimat PAS Pasir Salak bersama mereka yang diraikan
di Aidilfitri PAS Kampung Gajah
Tahniah & Terima kasih buat semua AJK setiap peringkat sama ada Kawasan, MTD, Cawangan dan seluruh jentera yang telah bersama menjayakan program tahunan seumpama ini. Minal Aidil wal faizin.
Maaf Zahir Batin.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO