Isnin, Ogos 27, 2012

Kahwin lagi bersemangat menumbangkan UMNO : DPP Pasir Salak

Saf Kepimpinan DPP Pasir Salak bersama Pengantin yang diraikan
26 Ogos 2012 , Kampung Biak setelah hampir 2 bulan sebelumnya Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Salak mendirikan rumahtangganya kini Ketua Penerangan DPP Pasir Salak pula mengambil tempat selaku pengantin baharu. Sdra Syuhaibi Arshad atau lebih dikenali dengan panggilan Syabi, hari ini menjadi sejarah hidupnya sebagai seorang suami dengan pasangannnya Nurul Huda.
Sdra Syamsul Ketua DPP Pasir Salak juga baharu berkahwin 


Hari Bahagia Syuhaibi
Walaupun berumahtangga tidak sesekali mematahkan semangat anak-anak muda untuk terus menidurkan diri daripada perjuangan. Sdra Syamsul Ketua DPP Pasir Salak contohnya kini semakin semmangat membawa misi pemburuan kemenangan Islam di Parlimen Pasir Salak ini dan khasnya di DUN Kampung Gajah. Dengan strategi tertentu maka semangat dan kekentalan anak muda sentiasa berkobar disebaliknya adalah Muslimat Solehah.

Kampung Biak malam ini menjadi saksi atas ikrar anak muda bujang mahupun sudah berkahwin untuk terus bersama misi kebenaran dan Islam sebagai perjuangan. Disiangan harinya, sibuk melayan tetamu dalam majlis walimatul urus dan di malamnya pula suatu dialog khas anak-anak muda DPP Perak bersama kawasan dan mtd turut meraikan hari bahagia ini dengan pengisian mantap kearah membawa kesedaran bersama masyarakat setempat.

Raja Dr Iskandar al-Hiss , selaku Ketua DPP Perak yang juga Exco DPP Pusat mengambil tempat dalam menyampaikan maklumat penting atas kebenaran dan membawa kepada perubahan mandat pemerintah sedia ada. Pelbagai data didedahkan bersama rakan seperjuangan Sdra Salman selaku SU DPP Perak menjadikan malam sejarah buat pengantin sebagai malam pendedahan kezaliman pemerintah yang ada pada masa kini.

Senyum pengantin bersama Calon DUN Kg Gajah & Raja Dr. Iskandar al-Hiss
Beberapa slide dipertontonkan buat tatapan masyarakat setempat dan kampung yang juga asalnya adalah kubu kuat umprno ini. Turut menyampaikan pendedahan tersebut ialah penampilan Drs Ust Ishak Shaari yang juga calon PAS DUN Kampung Gajah sememangnya merupakan calon Dewan Pemuda Pas Perak. Penampilan bersahaja beliau dengan semangat untuk terus bersama kebenaran yang diinginkan.

Buat pengantin baharu, Selamat Pengantin Baharu diucapkan dan semoga fikrah dan kedaulatan Islam akan terus dijunjung dengan semangat kekeluargaan dan tanggungjawab (amanah) Allah di bumi bertuah ini agar terhapus golongan pemerintah yang sentiasa mengaut keutungan sesama mereka.

Takbir !!!! Allahu Akbar !!!! Barakallahu Lakuma Wabarakallah alaikuma wajama' bainakuma fi khair...
Tahniah & terima kasih tuan seisi rumah.

Sabtu, Ogos 25, 2012

Sindrom Group Tanpa Dara di IPT


Awasi anak2 Islam kita

KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.

Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.

Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

DEDAH...Maisarah menceritakan pengalamannya kepada Zaimah ketika sesi kaunseling di RMP.
DEDAH...Maisarah menceritakan pengalamannya kepada Zaimah ketika sesi kaunseling di RMP.

* Apakah setiap kali cerita sensasi begini hadirnya dari negeri PR. ila dilihat secara menyeluruh memanglah kebanyakkan majoriti melayu ke IPT adalah dari negeri pantai timur. Namun pededahan di akhbar hari ini menjelaskan betapa kejayaan pemerintah yang sentiasa membuka budaya luar untuk hadir masuk ke negara kita menerusi artis2 dan cerita2 menarik. Janji mereka ditepati dalam merealisasikan keburukan akhlak anak muda mudi negara ini. 

Kita semua perlu bertanggungjawab bersama membanteras gelaja sebegini agar keturunan dan generasi Islam sebenar dapat dilahirkan dalam ruang kemantapan aqidah Islam.

Ibu bapa , rakyat jelata dan pemerintah seharusnya melebihkan tumpuan terhadap pembentukan aqidah remaja dengan menjadi pemankin budaya tarbiah ramadan berterusan sentiasa. 

Jumaat, Ogos 24, 2012

Sejarah yang dikatakan Lagu Patriotik yang sangat tidak Patriotik... anak2 sekolah diwajibkan menyanyikannya... Hiiiii gelinya... Dr. Asri berkata ...




Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin @MAZA apabila buat julung kali mendengar lagu Janji Ditepati liriknya hasil titik peluh dan idea Datuk Seri Rais Yatim, terus beliau rasa menyampah.

Kalau insan seperti beliau yang terkenal sebagai penerima secara berlapang dada dan berdingin kepala apa jua pandangan yang bersongsang dengannya pun boleh meluat, apakah kita sebagai rakyat biasa boleh menerimanya?.
 

Maka tidak salah jika selama ini rakyat sudah memasakkan dalam jiwa dan minda mereka yang UMNO sememangnya dalam keadaan nazak dan terdesak... Menunggu masa untuk ditolak.


Rabu, Ogos 22, 2012

Xpresi Aidilfitri Anak Perantau Kg Gajah

21 Ogos 2012 (SELASA) , Majlis Tindakan Pemuda DUN Kg Gajah telah mengambil inisiatif daya orang muda bagi menganjurkan Xpresi Aidilfitri Anak Perantau Kg Gajah. Penganjuran ini mendapat kerjasama baik menerusi Dewan Pemuda Pasir Salak dan Pas Majlis Tindakan DUN Kg Gajah.

mereka diantara yang hadir
Drs Ust Ishak Shaari melontarkan ucapan pengenalan
Juadah Aidilfitri telah disediakan bagi mereka yang hadir secara santai disamping bertukar-tukar fikiran anak perantau. Sambil berbual-bual dikala lama tidak bersua, pengunjung diraikan dengan pengenalan calon-calon yang bakal dijangka untuk dikemukakan dalam PRU-13 kelak.

bersama Zua XPDC
Penampilan istimewa artis tersohor anak tempatan saudara Zua XPDC turut mengambil tempat membuat persembahan dengan beberapa koleksi lagu2 raya dan hitnya. Seramai 70 orang anak-anak tempatan dan perantau hadir pada malam ini bagi menyatakan sokongan melaksanakan kebenaran menentang kezaliman yang sedia ada dikalangan pimpinan negeri dan negara masa kini.

Sudat yang berbeza
Zua XPDC berhari raya di kampung sendiri
 Namun disuatu sudut yang berbeza, kg gajah juga menjadi lakosi haram pusat karaoke tempatan. Malam tadi juga tidak kurang dalam penentang budaya santai anak muda perantau tetapi di sudut ini selamba sahaja mereka berseronok2kan.

jinak-jinak merpati
 Sokongan anak muda diperantau sangat positif dalam perkembangan pemikiran terbuka seterusnya memastikan kepulangan aidilfitri ini menambahkan kecerian sanak saudara tempatan.

Jumaat, Ogos 17, 2012

Adab & amalan2 Sunat Menyambut Aidilfitri

Salam Lebaran Salam Perjuangan Islam

Sempena menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berhempas pulas melawan kehendak nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Eidul Fitri. Di sini dicoretkan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini.
1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya
Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut :
a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar
(riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )
b. Telah sabit bahawa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.
c. Telah sabit juga bahawa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.
d. Sebahagian ulama’ menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyerpurna dalam berhias.
2. Memakai sebaik-baik pakaian
Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.
3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya
a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan.
(riwayat imam Bukhari dan Ahmad)
b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban. ( riwayat imam Ahmad dalam sohih Al-Jami’ )
4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya
Ummu ‘Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim)
Setengan ulama’ mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.
5. Melaungkan takbir pada hari raya
Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di temapt solat hari raya.
( Riwayat Baihaqi dan al-hakim dalam sohih al-Jami’ )
6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya
Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari dalam sohih al-Jami’ )
7.Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin
Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu.
( Telah berkata telah diriwayat oleh al-Muhamili dan selainnya dengan sanad yang sohih dalam Tamam al-Minnah )
Semoga kita dapat sama-sama menghidupkan amaln sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk maksiat. Hari raya kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu yang mengalahkan kita pula pada hari raya

Ust Nasa & penjelasannya ... salah kitakah dalam mentafsir? atau belajarlah dengan kesilapan aduyai.

"Kume nengok aje pertemuan die , kume bukan dengo pun ape yang die kate" - inilah ungkapan mereka yang melihat dan respon laporan bergambo media perdana 2-3 hari ini tentang pertemuan Ust Nasa - MP Bachok dengan pemimpin utama Malaysia Tok Jib.


Rakyat marhaen umumnya menantikan kenyataan dan penjelasan darinya sebagaimana yang telah dilakukan Ust Nasa sejurus tiba di KLIA petang semlam (16.8).

Inilah hakikat perancangan dan propaganda yang dimainkan oleh media. Siapa kata dengan sekeping gambar  tidak mampu nak buat apa2 sedangkan sebenarnya tidak iaitu hit tertinggi menyaksikan keresahan masyarakat Malaysia terhadap pertemuan tersebut. Tiada sepatah kata menyebut PAS-UMNO dalam pertemuan , namun terimalah hakikat anda seorang pemimpin Islam ternyata kegusaran akan berlaku bila pimpinan tertinggi parti Islam tidak diberitahu tentang pertemuan tersebut.
Hakikatnya kenyataan pimpinan tertinggi ditagih, hasilnya gagal. Kena tunggu tuan punya badan balik dan mainan akibat sekeping gambar dan beberapa minit siaran pertemuan menjadi juadah alam maya.

Belajarkan dengan kesilapan bahawa public personel mesti matang dengan tindakan. Kesannya makan dalam untuk menyusikan semula calaran yang dibuat.

Rabu, Ogos 15, 2012

Fatwa dibayar ? Apa sebenarnya ini?

nilaian berani berfatwa kah ini? pohon penjelasan
Malaysia Book Of Record - FATWA Termahal..

Setelah beberapa hari mengeluarkan FATWA mengundi DAP adalah haram, tanpa menunggu lama "bayaran sebagai upah" sampai ketangan..

p/s: Senangnya berniaga agama..!! Emmm.....

Inilah petikan komentar , yang mana ianya sesuatu perkara buruk dan tembelangnya terbongkar. Siapa sebenarnya beliau yang baru-baru ini 'berani mati' menyatakan sokongan DAP adalah HARAM seterusnya membabitkan istilah syarak 'kafir harbi'.

Apa yang terjadi sebenarnya ini....

Apakah benar dengan fatwa atau ungkapan tersebut beliau digula-gulakan dengan cek jumlah yang demikian. Persoalan ini terus bermain rancak dikalangan rakyat bawahan , mana mungkin serahan cek sebegini dipaparkan di Media Perdana lebih2 lagi dari pimpinan UMNO itu sendiri.

Apakah semudah ini , Ulama boleh diperlakukan. gerun rasa penulis terhadap senario kini yang mengajar erti metarial sebagai matlamat. Dalam masa yang sama, kenyataan bahaya nya itu menang dipihak pemerintah sahaja. 

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=472234969454160&set=a.202010136476646.53473.199689986708661&type=1&theater   

Selasa, Ogos 14, 2012

Program Jelajah Dewan Muslimat Pusat ke Pasir Salak : DUN Kampung Gajah

Anis Nazri,14 Ogs 2012

(Zailah bergambar selepas mengunjungi mereka yang diraikan)

KUALA LUMPUR: Berbaki beberapa hari menjelang Syawal, Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf terus setia menyantuni golongan kurang berkemampuan.

Menjelajah seluruh negara dalam program 'Jelajah Ramadhan', Siti Zailah bergerak ke parlimen Pasir Salak, Perak, baru-baru ini.

Di Pasir Salak, beliau sempat menziarahi ke semua Unit Peti Undi (UPU) di parlimen tersebut bagi menemui golongan dhaif, selain orang kekurangan upaya (OKU), serta anak-anak Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) bagi menyampaikan sumbangan Ramadhan.

(Mengacau bubur lambuk di Pasir Garam)

Ketiga-tiga UPU itu ialah Pasir Garam, Sungai Manik dam Teluk Sareh, yang berada di dalam Dun Kampung Gajah.

Siti Zailah juga berkesempatan menyediakan bubur lambuk bersama penduduk kampung sebelum diagihkan kepada para penduduk.

Malah, beliau juga sempat merasmikan sebuah surau di Pasir Garam yang sebelum ini dibaikpulih secara bergotong-royong oleh penduduk setempat pada program jelajah tersebut.

(Memberikan bantuan kepada yang memerlukan)

Selain menyampaikan sumbangan berbentuk makanan dan duit raya, ahli parlimen Rantau Panjang itu turut berkesempatan menyampaikan tazkirah ramadan kepada penduduk kampung.

"Alhamdulillah, sambutan amat baik diterima pihak kami. Kita bertemu dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada golongan memerlukan.  Ia merupakan program tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat.  Tahun ini, kita fokus parlimen Pasir Salak," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Sabtu, Ogos 11, 2012

On your mind at Highway. Safe your money!!!


Berhati hati dijalanraya sambil berhari raya..
Atau anda akan menyumbang dana Pilihanraya…
List of Area where SPEED CAMERAS are hidden!!!! BEWARE
As a guide for those travelling during Hari Raya.. Please beware of hidden camera to avoid summons…….
So before reaching these areas, REDUCE YOUR SPEED to the required limit …….
PDRM have already install the hidden speed cameras in the areas to detect speeding vehicles…. previously they used to hide under the bridge …now its all CHANGED. PDRM have install these new speed cameras at the areas mentioned below to catch speeding vehicles.
SO BEWARE…before its too late
PLUS Arah Utara
■ Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■ Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■ Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■ Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■ Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■ Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
PLUS Arah Selatan
■ Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■ Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■ Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■ Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■ Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■ About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■ At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■ At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■ On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■ After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■ Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara
■ On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan
■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■ After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
NKVE Arah Timur/Utara
■ 300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■ Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
■ Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE Arah Barat/Selatan
■ Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
■ From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
■ From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
■ Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
■ Below railway bridge at 11.2km
■ Under the bridge at Shah Alam junction.
Lebuhraya Kesas Timur
■ Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
■ Kesas West Bound
■ At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City
■ Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Lebuhraya Kesas – Klang
■ Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
Leburaya Pantai Timur
■ East bound, downhill run after Raub junction.
■ Maran, 60km/h zone.
■ Paya Bungor, 70km/h zone.
Kawasan Negeri Johor Arah Selatan
■ Tangkak junction.
■ Under the bridge after Yong Peng
■ North junction at 97.3km.
■ Ayer Hitam junction.
■ Sedenak junction.
Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara
■ Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■ Before Perwaja Steel.
■ Sg Petani junction.
■ Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
■ Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.
Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan
■ Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
■ About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h
Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara
■ Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
■ Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
■ Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
■ Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
■ Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■ Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
■ Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
■ Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
Kawasan Perak Arah Selatan
■ Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
■ Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsar junction.
■ Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
■ Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
■ Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/08/11/smile-you-are-on-pdrms-candid-camera/

Isnin, Ogos 06, 2012

Iftar jamaei pererat silaturahim

6 Ogos 2012, Sekolah Rendah Islam Nurul Iman, Kampung Gajah menjadi tuan rumah Iftar Jamaei Pas Kawasan Pasir Salak 1433. Aktiviti sebegeni bukan sahaja dapat mempereratkan ukhuwah sesama ahli dan jawatankuasa malah beramal sama di bulan yang mulia ini.


Kehadiran AJK PAS Kawasan Pasir Salak yang dipimpin oleh Saudara Dr Muhaimin Sulam menunjukkan kesungguhan dalam organisasi semasa erat hubungan antara semua yang terlibat. Majlis yang dimulakan dengan Bacaan Yassin beramai-ramai sambil mendoakan kejayaan cemerlang para pelajar dalam UPKK & UPSR sekolah berkenaan sekaligus membaca tahli arwah kepada semua penyumbang iftar hari ini.


Selepas iftar solat didirikan secara berjemaah diikuti tazkirah ramadan mencari keutuhan keimanan telah disampaikan oleh al-Fadhil Ust Khairul Anwar Muhyidin. Majlis bersurai dengan perasaan kekitaan terjelma demi kelangsungan kemenangan Islam di kawasan Pasir Salak ini , Insyallah. Allahu Akbar!!!!

Xpresi Hijau Anak Muda : Ramadan di Teluk Intan, Jom Konvoi bersama.

6 Ogos 2012 , Isnin. Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda mengiringi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi dan pimpinan yang lain akan dilaksanakan. Semua Anak Muda Negeri Perak meliputi Kawasan Tanjung Malim, Tapah, Pasir Salak , Teluk Intan dan seanteronya untuk sama2 hadir bermula solat asar berjemaah di Masjid Pekan Tapah.

Xpresi Hijau Anak Muda Ramadan di Perak
Program akan berterusan sepanjang perjalanan hinggalah ke Kampung Padang Tembak, Teluk Intan untuk iftar, solat fardu berjemaah, terawih dan ceramah Anak Muda. Kalian amat2 dialu-alukan turut serta bersama sepanjang perjalanan kelak.  

Ahad, Ogos 05, 2012

Apakah mungkin ianya berlaku sebelum ini? Berbaik sangka.

4 Ogos 2012, Marina Island Hall telah diadakan satu jamuan makan malam Gerak Kerja PRU Dun Pasir Panjang, Lumut. Bendera PAS dikibarkan oleh majoriti pimpinan DAP & PKR demi kelangsungan dan kesepakatan kerjasama politik 'tahalus siasi' bermatlamatkan kerajaan bersih, adil dan berkebajikan. 




Mungkinkah gambaran ini berlaku , sebelum PRU 1999 lalu? Inilah hasil kefahaman terbuka mereka yang sentiasa mencari kebenaran dalam masa yang sama ingin membongkar segala kezaliman pemerintah BN yang ada kini.

Siapa boneka siapa? itu persoalan kampung yang jumud pemikirannya dimamah oleh nafsu rakus pemerintah BN yang kian mencipta kuburnya sendiri. Persefahaman pakatan moga dapat diteruskan bersama pendedahan ilmu dakwah Islam. 

Kelangsungan 'Tahalus Siasi' dalam politik Malaysia bersama Pakatan Rakyat ini perlu diperkukuhkan dengan penambahan ahli yang baharu parti masing-masing disamping melatih / mentarbiah ahli baru agar segar berpolitik demi Islam dinobatkan. Insyallah.  

*Terima kasih,  buat Saudara Loh Eng Soon & The Gang yang menganjurkan program tersebut serta menyediakan 3 meja buat team Media Perak berbuka puasa..


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO