Selasa, Julai 24, 2012

Vote Pilihan ANDA , Calon PR penentu kemenangan ke DUN Perak & Putrajaya



Selain dari memperkenalkan bakal-bakal calon Dewan Undangan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat, Mediaperak menyediakan ruang kepada penyokong dan pengundi untuk menyuarakan pendapat masing-masing tentang calon-calon ini. Malah Mediaperak menyediakan ruang kepada pembaca untuk mencalonkan sesiapa saja yang anda rasa sesuai sekiranya anda tidak berpuashati dengan calon-calon yang disenaraikan.
Mediaperak akan membuat siri analisa peluang-peluang bagi kedua-dua belah pihak…sama ada BN atau PR.
Semua nama calon ini diperolehi dari sumber tidak rasmi. Tidak ada parti yang mahu memberikan senarai rasmi dengan alasan ianya belum muktamad.
Sementara senarai itu belum muktamad, maka Mediaperak memberikan ruang kepada pembaca untuk menyuarakan pendapat. Klik pada link untuk mengetahui senarai calon dan juga pendapat-pendapat yang disuarakan. Oleh: MSK.
Vote WAJIB Pilihan Anda sebagai penentu calon PR anda.
Bagi N48 DUN Sungai Manik
Bagi N49 DUN Kampong Gajah

Isnin, Julai 16, 2012

Kisah Benar Disebalik Penceraian Pasangan Warga Emas Gara-Gara POLITIK


PASIR MAS: “Dia yang cabar saya suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga,”ujar Yahya Ibrahim, 82 (gambar) ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat sini pagi tadi.

Pada masa yang sama katanya, bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jelasnya, sepanjang 14 tahun perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya, beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.

Bagaimanapun, penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apa lagi bekas isterinya ‘mencabar’ supaya menceraikannya.

Harakahdaily mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak.

Ianya berikutan kenyataan yang hanya melalui Che Hasnah, semata-mata, tanpa mengetahui kisah sebenar dari bekas suaminya.

Kes perceraian mereka juga turut dibahas hangat dalam laman social facebook dan twitter yang bersandarkan PAS menjadi dalang kepada perceraian itu.

Yahya yang merupakan bapa kepada 8 orang anak (semuanya dari isteri pertama) mengakui isterinya adalah aktivis Umno.

“Malah beliau menjadi guru al-Quran pun dipilih oleh Umno dan dibayar gaji, saya tidak kisah tentang itu walaupun sejak awal lagi kami berlainan politik.

“Tetapi sejak akhir-akhir ini dia begitu mencabar, mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap perjuangan PAS, dia juga sudah tidak hormatkan saya lagi, apa hukumnya keluar rumah atau pergi ke suatu tempat yang suami tidak suka.

“Malah saya bimbang kalau-kalau perkataannya yang begitu keterlaluan itu boleh terkeluar aqidah. Anak-anak dan cucu yang mendengarpun menggeleng kepala kerana tidak sanggup mendengarnya,”ujarnya.

Yahya turut memberitahu, isterinya keluar menyertai program Datuk Dr Hassan Ali, bagaimanapun Che Hasnah merahsiakannya.

“Dia hanya memberitahu pergi program cabutan bertuah, tetapi selepas dua hari baru saya tahu perkara sebenar dan memang saya marah sebab dia tipu saya.

Berita penceraiannya dimanipulasi
“Saya tak kisah kalau dia pergi belajar tajwid walaupun bergurukan orang Umno, bersesuaian dengan dia sendiri mengajar al-Quran,”ujarnya.

Sambungnya, perceraian itu turut mendapat sokongan saudara mara yang terdekat termasuk abang kepada bekas isterinya itu, Ustaz Che Hussin.

Akibat perselisihan faham semakin tidak dapat dikawal, beliau terpaksa berpuasa dua hari untuk mengurangkan ketegangan yang dicipta isterinya sendiri.

Akhirnya, pada 11 Julai lalu, mereka sah bercerai di Mahkamah Pasir Mas setelah perceraian mereka didaftarkan pada 26 Jun lalu.

Imam Tua Mukim Chetok, Zulkifli Awang (gambar atas kiri), yang juga merupakan saksi nikah mereka sebelum ini memberitahu, sebelum mereka bercerai, beliau sebagai orang tengah turut menasihati Che Hasnah agar kembali pada Yahya.

“Bagaimanapun Che Hasnah enggan dan saya tidak boleh berbuat apa-apa, jadi saya serahkan semula kes itu kepada mereka beruda untuk membuat keputusannya,”ujarnya yang turut hadir pada pertemuan itu. - HARAKAHDAILY —

Ahad, Julai 15, 2012

Jom terus berubah, BN semakin parah

14 Julai 2012, Ceramah yang telah diatur dan dianjurkan oleh PAS MTD Kampung Gajah telah berjaya dengan jayanya. Alhamdulillah, dianggarkan sekitar 800-900 orang telah hadir bersama mendengar penerangan , kupasan & pengalaman penceramah atas tajuk 'Jom Ubah Sebelum Parah'.

Leman Raja Lawak di Kampung Gajah
Drs Ishak b. Shaari, JK Lujnah Tanah & Pembanggunan Wilayah PAS Pusat mendahului ucap alu-aluan. Antara lain beliau menyeru agar kesedaran demi kesedaran perlu ada dalam diri bagi menyatakan kebenaran mengatasi kerakusan pemerintah kini iaitu BN. Sejurus itu , Leman Raja Lawak Astro mengambil giliran. Penampilan yang bersahaja beliau memukau pendengar dengan aksi ucapan spontan denngan mengajak anak-anak muda untuk terus bersama PR menjadikan panji Islam terus memperolehi kemenangan dan PRU-13.
Lt Adnan Haire Othman bersama krew MTD Kampung Gajah 
Hairie Othman yang baharu 14 hari menyerahkan borang bersama Parti Islam Malaysia PAS juga membawa pengalaman bagaimana beliau berkorban hari-hari seterusnya untuk cekal bersama PAS. Realiti kebenaran hanya ada dalam pejuangan Pakatan Rakyat. Serahan penentuan rezeki hanya kepada Allah, ini tekad dan kepercayaan yang ada padanya. Alhamdulillah, kedua-dua artis ini telah mengorbankan kehidupan glamor mereka demi bersama Islam.

Dr. Muhaimin Sulam, YDP PAS Kawasan Pasir Salak , Pak Salleh Bakar dengan sajaknya juga mengambil bahagian pada malam tersebut.

Editor Kanan Akhbar Harakah, Dato Tarmizi Mat Jam bersemangat menyampaikan informasi dan maklumat buat pendengar. Seruan kebangkitan masyarakat Malaysia perlu disambut seluruhnya dimerata kampung dan pelusuk negara. Ini jelas memperlihatkan masa kini aura kebenaran Islam semakin mendapat sambutan dipelbagai peringkat sama ada Pengawai Kanan Penjawat Awam, Artis Tempatan , Dewan Himpunan Penyokong PAS yang semakin bertambah dan mantap. Maka seharusnya momentun kebangkitan rakyat akan terus menerus bersinar demi kemenangan Islam.

Aiman Atirah al-Jundi dengan laptopnya
Aiman Atirah al-Jundi , Pengerusi Lujnah Penerangan Muslimat PAS Pusat mengakhiri majlis ini dengan penuh semangat. Bersama tayangan dan paparan slide LCD yang kemas membawa dalil-dalil sebenar kenapa perlu berubah. Hujah yang mantap dengan bukti ini , kepuasan buat pendengar dan penonton yang hadir.
antara mereka hadir

Sesungguhnya BN perlu ditumbangkan sekiranya kekayaan dan nikmat yang Allah berikan kepada Negara kita yang tercinta ini tidak bergelumang dengan dosa pembaziran dan kekayaan buat kroni pemerintah semata-mata.

Tahniah buat penganjur. terima kasih buat semua yang bersama menjaya dan menyumbangkan tenaga dan wang ringgitnya. Jumpa lagi.

Ahad, Julai 08, 2012

XPDC Hijaukan DUN Sg Manik : Meriah & Bermakna

8 Julai 2012, DUN Sungai Manik meneruskan semangat kehijauan apabila seramai 1000 orang menyertai serta mengambil bahagian dalam XPDC Hijaukan DUN Sungai Manik.  Semarak kehijauan ini adalah rentetan Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang telah dilancarkan oleh PAS Pusat bersama Pakatan Rakyat pada awal Jun tempohari di Stadium DarulAman, Kedah.

hijau sana sini
Pelbagai persiapan telah dijalankan dengan rapi, anggota Unit Amal dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Salak merupakan tonggak utama aspek keselamatan sepanjang perjalanan XPDC ini. Kesungguhan masyarakat setempat yang sama-sama turut serta dalam program seumpama ini membuktikan tiada yang mustahil untuk DUN Sungai Manik ini dimenangi oleh Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi bilamana mandat diberikan kepada Jemaah Islam kelak, Insyallah.

Ratusan motosikal dan puluhan motokar mengiringi perjalana konvoi ini yang mana pimpinan negeri dan kawasan turun bersama penduduk Parlimen Pasir Salak. Tiada sebarang tajaan , sama ada wang atau duit minyak diberikan kepada peserta konvoi. Inilah kelebihan yang ada pada jemaah Islam PAS dalam melaksanakan tanggungjawab menyebarkan syiar Islam di bumi Allah ini khususnya DUN Sungai Manik dan amnya Parlimen Pasir Salak ini.
1 daripada 4 team Keselamatan  

Menurut Dr. Muhaimin Sulam , YDP Pas Kawasan Pasir Salak yang juga selaku SU Pas Negeri Perak menyatakan bahawa , apa yang berlaku pada hari ini adalah suatu kesungguhan ahli warga Parlimen Pasir Salak terutama DUN Sungai Manik untuk terus menerus beristiqomah memastikan kejayaan Islam terus menjadi pegangan. Beliau berkata, semangat ini memperlihatkan bahawa jentera PRU-13 Parlimen Pasir Salak yang terdiri dari DUN Sungai Manik & DUN Kampung Gajah telah mantap untuk berhadapan dengan pihak lawan.

Doa dibaca lafaz mulia. 
Turut sama dalam konvoi XPDC Hijaukan DUN Sungai Manik ini ialah kepimpinan PKR Pusat diketuai Sdra Mustafa Kamil Ayub. Beliau juga sempat melontarkan semangat kepada seluruh peserta yang hadir dan ini membuktikan kekuatan Jemaah Islam dan Pakatan Rakyat diseluruh pelusuk tanahair semakin padu. Makin bertangguh untuk PM umumkan PRU-13, semakin kukuh dan mantap Pakatan Rakyat yang celik berilmu mendokongnya.

Sehingga kini, (masa berita ini dituliskan) program ini sedang berterusan kemasukki segenap kawasan DUN Sungai Manik dengan sambutan kawasan yang dilalui amat membanggakan. Kenduri rakyat yang meriah, lembu dan kerbau menjadi korban untuk santapan sedia menantikan peserta konvoi sepanjang perhentian.

 Buku Negara Berkebajikan juga diedarkan bagi merangsang setiap penduduk tempatan akan kefahaman sebenar kehendak dan prinsip kebersamaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir Malaysia ini, Insyallah.

Tidak kenal usia , semangat buat kalian orang muda

Taklimat konvoi di Check Point 2 Pekan Chenderong Balai

Dr. Muhaimin Sulam menyampaikan kata-kata semangat & edarkan Buku Negara Berkebajikan 
Jangan ketinggalan malam ini acara kemuncak XPDC ini di Kampung AC Ayer Hitam, sebuah kampung yang dahulunya kubu kuat UMNO & BN kini semakin runtuh , kini PAS menjadi pilihan mereka. Kenduri rakyat dan Ceramah Kepimpinan Pusat juga akan dijalankan pada malam ini di sana. Anda masih berkesempatan untuk hadir bersama.

Sabtu, Julai 07, 2012

Hairie Othman & Leman Raja Lawak di Pentas Kampung Gajah

Hairie Othman , Leman Raja Lawak , Dato Tarmizi , Aiman Atirah & Drs Ishak
Jangan lepaskan peluang untuk mendengar sendiri mereka yang kini telah bersama jemaah Islam. Tampil untuk berkhidmat bersama dalam menyampaikan penerangan tentang mencari dan menegakkan kebenaran Islam sambil menundukkan pemerintah yang rakus dengan kekayaan.

14 Julai 2012 , Sabtu bertempat di Markaz PAS MTD Kampung Gajah akan menjadi saksi bahawa mereka senang hati berubah. Insyallah kita juga bersama untuk terus menjadi agen perubah minda rakyat sekeliling kita kepada Islam yang sebenarnya untuk menjadi amalan pemerintahan masa hadapan. Allahu Akbar!!!

Jumaat, Julai 06, 2012

Ape ke halnye orang PPD ini...


Portal PPD Perak Tengah
Gambar di atas dipetik dari laman Portal Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah, bertarikh 
5 Julai 2012, menunjukkan kenyataan yang sangat tidak profesional oleh Pegawai PPD 
yang tersebut.


Paing memalukan, apabila arahan tersebut tidak menyatakan sebab dan alasan disebalik larangan mempamer dan mengedarkan Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa yang dikeluarkan oleh Darul Mubarak Travel & Tours Sdn Bhd.

Pihak Syarikat Pakej Perlancongan, Umrah dan Ziarah, Darul Mubarak telahpun mengeluarkan jadual tersebut sebagai langkah untuk mempromosi syarikat tersebut selain menyediakan perkhidmatan percuma bagi masyarakat umum yang berminat ingin mendapatkan jadual imsak ndan berbuka puasa secara percuma. Juga sebagai salah satu langkah mengimarahkan dan menyamarakkan 
sambutan bulan ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh PPD ini sama sekali tidak dapat diterima logik dan asasnya 
kerana di dalam jadual tersebut tiada suatu unsur yang boleh dipersoalkan kerana ianya memuatkan jadual yang  juga dimuat-turun daripada laman yang dikendalikan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Tindakan seperti ini bukan sahaja dilihat untuk mengampu pemimpin UMNO-BN malah dilihat
sebagai tindakan yang tidak matang oleh pegawai yang bertaraf tinggi yang sewajarnya memberikan contoh kepada masyarakat tempatan.

Rabu, Julai 04, 2012

SEMARAK HIJAUKAN SUNGAI MANIK : JOM RAMAI-RAMAI

XPDC Hijau Sungai Manik

8 Julai 2012 , Hijaukan DUN Sg Manik  akan berlangsung. Jom kita ramai-ramai turun bersama melaksanakan tugas dan tanggungjawab semangat hijaukan perjalanan kemenangan ISLAM ke Putrajaya menerusi jalan-jalan kampung sebegini.

Mulai 9 pagi dengan berhimpun di Kunci Air 12, dengan motokar dan motosikal beramai untuk konvoi bagi memantapkan semangat menuju kemenangan. Insyallah, gerakan ini akan menjadi pemangkin seluruh jentera bagi menggalakkan kerjasama dan kejayaan cemerlang. Moh kita.....


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO