Rabu, Mei 23, 2012

Buka minda , tajamkan fikiran : bicara semasa @ Kg Gajah

Program Penerangan kini bergiat aktif... sambil menyelami daya pemikiran rakyat marhaen.

Bual bicara mantop!!!

 Kalian mohon untuk hadir dan sebarkan bersama.... sambil pulang bercuti hujung minggu di kampung.

Bersama Srikandi Aisyah & pimpinan tempatan

Sabtu, Mei 19, 2012

Video Terhangat dri ahli UMNO sendiri

video terhangat kini.... kempen terbaik dan diharap untuk persaksian seluruh negara.
Umpan terbaik kelak akan diperolehinya... namun jika dah benar2 insaf dan keluo maka kena semai dan tanam setebal2 Iman , jika tidak begitu kelak akan lebih jadi merapu2.


Selasa, Mei 15, 2012

Jubli Perak Bersama Ustaz Sidek Noor di Masjid Lama, Kampung Gajah

Jubli Perak 1987-2012, pengajian di Masjid Lama, Kg Gajah.
Untuk sebaran dan motivasi kehadiran buat kami pengemar ilmu. Muslimin muslimat dijemput hadir untuk sama-sama meraikan Hari Guru Peringkat Masjid Lama Kampung Gajah dengan Sambutan Jubli Perak pengajian al-Fadhil Ustaz Sidek Noor di Kampung Gajah dan Perlimen Pasir Salak ini.


Jadual Pengajian Bulan Mei 2012
Sesungguuhnya taman-taman syurga di dunia ini adalah Majlis Ilmu, semoga kita semua memperolehi manfaat darinya. Bukan sekadar tomahan bahawa kami , di majlis umpama ini dikatakan mengaji ajaran sesat. Tepuk dada tanya Iman.

Isnin, Mei 14, 2012

Imbau Kembali : MP Pasir Salak di Parlimen setelah diberi mandat oleh pengundinya...

                         

Khamis, Mei 10, 2012

Dikala hutang negara parah, APAKAH kita juga mengikut rentak yang sama?


Ketika ini hutang negara berada pada paras RM456.1 bilion di mana bersamaan 53.5 – 54 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar daripada had yang telah ditetapkan Kementerian kewangan (MOF) setakat ini iaitu pada paras 55%. Walaubagaimanapun jawatan balas Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Seri Awang Adek) di Dewan Rakyat menasihatkan rakyat Malaysia tidak perlu risau.
Tahap hutang negara yang tinggi untuk tempoh yang berterusan, sebenarnya boleh memberikan kesan ekonomi dan kewangan negara dalam tempoh jangka panjang. Keadaan ini akan bertambah buruk jika wang yang telah dipinjam dibazirkan untuk tujuan projek-projek mega yang sebenarnya tidak perlu pada masa sekarang, tetapi diperuntukkan semata-mata untuk “mengenyangkan” suku-sakat dan kroni.
  • Tetapi dalam pada masa yang sama, tiada satu iltizam yang benar-benar menunjukkan keyakinan kepada semua yang Malaysia sedang berusaha mengatasi kadar hutang negara yang tinggi ketika ini
  • Akhirnya, kita akan terus melihat kadar hutang negara terus bertambah daripada tahun ke tahun selama 15 tahun lamanya
Malaysia Debt Crisis 2012 Hutang Negara Malaysia 2012 (RM456.1 Bilion) : 2 Syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA Beri Amaran Kepada Malaysia!!
Jika kerajaan tidak melakukan pelan pengurangan fiskal yang mampu memberikan keyakinan kepada semua, implikasi yang jarang-jarang kita diajar dan dididik di kaca televisyen & di akhbar arus perdana, di mana Malaysia bakal menghadapi risiko penurunan gred penarafan kredit.
Terkini semakan kami kepada laporan berita daripada Channel News Asia bertajuk (Malaysia faces credits rating cut) yang dimuatkan di ruangan perniagaan menunjukkan telah terdapat beberapa syarikat-syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA yang telah memberikan “peringatan dan amaran awal kepada Malaysia”. Antaranya ialah seperti:
  1. Standards & Poors
  2. Moody’s Investors Service
Kedua-dua agensi ini telahpun memberikan amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa “RATINGS” bagi BON-BON TERBITAN KERAJAAN PUSAT di arena antarabangsa besar kemungkinan akan diturunkan daripada :
“Rating ( A- ) diturunkan kepada ( BBB )”
Hutang Kerajaan Malaysia 2012 Hutang Negara Malaysia 2012 (RM456.1 Bilion) : 2 Syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA Beri Amaran Kepada Malaysia!!
Ini semuanya berpunca daripada HUTANG NEGARA yang terkini sudah mula mencecah kepada paras 54% daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Tetapi, persoalannya apa implikasinya kepada Malaysia jika rating tersebut diturunkan?
Sekiranya ia terus berlaku tanpa perubahan yang radikal daripada sekarang, antara implikasinya ialah :
  • Nilai matawang ringgit di pasaran antarabangsa akan mula jatuh dan jumlah hutang luar negara merujuk kepada ekonomi Malaysia secara keseluruhan akan menjadi lebih sukar untuk dibayar. Ini kerana kadar pertukaran wang asing menjadi lebih tinggi dan sektor import akan mengalami kerugian yang teruk
  • Apabila nilai matawang ringgit mula jatuh dan kita boleh mengalami kegawatan ekonomi yang serius disebabkan kekurangan “KECAIRAN” dalam SISTEM KEWANGAN di Bank-Bank tempatan, sehingga boleh menyebabkan kadar faedah pinjaman di Bank-bank tempatan melonjak tinggi. Kesannya akan berbalik kepada rakyat Malaysia juga
  • Akhirnya, ia akan turut mengakibatkan banyak sektor-sektor lain mengalami kemelesetan kerana IMPORT UTAMA dari negara-negara maju oleh kebanyakan negara membangun seperti Malaysia yang menggunapakai TEKNOLOG TINGGI yang digunakan di sektor-sektor pembuatan seperti perkilangan dan lain-lain
  • Seterusnya., ada kalangan anda di sini mahu berkongsi maklumat?

Video Laporan Berita Channel News Asia : Keadaan Hutang Negara Malaysia Terkini

Sebenarnya kenaikan tahap hutang negara boleh membawa kesan kepada dasar keseimbangan antara pengurusan hutang, dasar fiskal dan dasar monetari. Dengan hutang dalam negeri yang membentuk 96% daripada jumlah hutang negara ketika ini, kerajaan lebih mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan tinggi, kos pinjaman serta dapat meminumkan risiko pertukaran matawang asing (forex risk).
  1. Hutang Kerajaan Persekutuan yang terkini adalahsebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 % nisbahKeluaraan Dalam Negera Kasar (KDNK).
  2. Hutang dalam negeri yang berjumlah RM438.0 bilion atau 96.0 % daripada jumlah keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilion atau 4.0% merupakan hutang luar negeri.
Tetapi….ada tetapinya, angka-angka di atas belum termausk lagi apa dinamakan sebagai perbelanjaan di luar peruntukan Belanjawaan atau ‘off-balance sheet spending’. Ini kerana kerajaan Malaysia ketika ini banyak menerbitkan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan on simpanan), sekuriti Kerajaan. Pinjaman inilah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak termasuk  (pinjaman luar jangka) dalam hutang RM456.1 bilion tetapi tetap dianggap sebagai hutang kerajaan Pusat.
“Hutang kerajaan pusat adalah hutang yang terpaksa ditanggung bersama oleh orang awam seperti anda semua”
Seandainya gagal dibayar oleh badan-badan berkanun dan GLCs yang dijamin kerajaan Pusat, maka kesemua ini akan menjadi hutang kerajaan Pusat. Dengan kata lain hutang kerajaan Pusat akan melambung tinggi daripada kadar hutang negara yang ada ketika ini. Contohnya :
  • Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli daripada membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta sedangkan Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya kepada kerajaan
  • Melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan geran RM976.7 juta yang diberikan dahulu, setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala-Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta sementara geran RM976.7 tidak dituntut kembali oleh pihak Kementerian Kewangan

Antara Kesan Pengurusan Hutang Negara Yang Lemah

  1. Pengurusan fiskal yang lemah dan tahap hutang yang tinggi boleh menjejaskan matlamat dasar monetari
  2. Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar inflasi dan menyebabkan kenaikan kadar faedah kepada paras yang sebenar negara ketika ini ataupun boleh menyebabkan juga nilai matawang ringgit Malaysia mula menyusut.
  3. Kadar faedah yang boleh melonjak jika pelabur hilang keyakinan terhadap keupayaan kerajaan untuk menguruskan dasar fiskal
Pelabur akan melihat samada kerajaan ada menunjukan inisiatif atau tidak untuk menangani hutang negara tersebut. Hutang tetap hutang. Jika pelabur melihat kerajaan Malaysia kurang menunjukkan insentif untuk menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi semata-mata kerana mahu mengekalkan kadar yang rendah untuk membendung kos pinjaman, ini akan memburukkan ekonomi Malaysia pada masa akan datang.
Inilah antara implikasi yang perlu dibayar jika sesebuah negara mempunyai hutang yang tinggi tetapi tidak diuruskan dnegan baik
Berapa banyak hutang tiada masalah sebenarnya, tetapi komitmen untuk menguruskan sesuatu hutang itulah yang akan diperhatikan oleh oleh pelabur-pelabur daripada pada masa ke semasa.
Pernah baru-baru ini , seorang khatib di Kawasan Parlimen Pasir Salak telah dipanggil menjawab bagi menjelaskan khutbah yang telah disampaikan menyentuh perihal HUTANG NEGARA. Aduan menyatakan tuduhan khatib tersebut tidak berasas. Maka, realiti sebenarnya sememangnya PARAH, negara terus menerus berhutang dan rakyat kelak diajar budaya -ve ini. 
Semua kita di sini, semuanya mahu yang terbaik jika dilihat dasar kerajaan agak tergelincir, kita mesti menegurnya walaupun kadang-kadang ia pahit untuk ditelan. Tetapi jika kerajaan membuat tranformasi yang benar-benar radikal bukan setakat kosmetik semata, kesannya bukan setakat kepada perkembangan ekonomi yang bertambah baik malahan “keyakinan rakyat” juga akan turut bertambah?!!
PP/S : Apa pandangan dan respon anda melihat tahap hutang negara Malaysia ketika ini?

Selasa, Mei 08, 2012

Kearah agenda peperangan dalaman ... musuh, Parlimen Pasir Salak.


Daripada kacamata blogger gajahmenta...

Kg Gajah, 7 Mei - ketaksuban sebuah cawangan UMNO memaparkan kain rentang bertemakan calun-calun " kegemaran " untuk PRU 13 nanti telah menerima padah dan kritikan hebat dari beberapa cawangan semasa para perwakilan cawangan mengadakan mesyuarat agung cawangan hujung minggu lepas.

Gandingan Mantap

Gandingan mantap ini mentiadakan penyandang DUN Kg. Gajah Dato Wan Ashikin dan di gantikan dengan Sdr. Abdullah Fauzi selaku naib Ketua Bahagian, kini sebagai seorang usahawan yang agak berjaya dalam bidang " Keselamatan". 

Persoalannya apakah " Gandingan Mantap " ini telah mendapat restu dari Dato T sendiri selaku Ketua Bahagian? kalau benar, apakah rasionalnya Dato T menggugurkan penyandang kini? Apakah rasa dendam perlantikan Dr Wan ke Anggota MKT atas pilihan Presiden masih menghantui dirinya?  Atau apakah Dato T sudah bersedia untuk bergerak sendiri tanpa bantuan Wanita, kerana Wanita UMNO masih di bawah pimpinan Dato Ainon Khairiah, dan Dato Ainon adalah ibu mertua kepada Dato Dr. Wan.


Dato Ainon Khariyah

Dato Ainon - ibu mertua Dato Dr. Wan

Dato Ainon, melobi tempat untuk Dr. Wan tempoh hari, atas dasar untuk memenang dengan  mudah bagi Dato T, dan Dato T menerima lobi tersebut tapi hasilnya amat mendukacitakan, kerana kemenangan Dato T dengan majoriti di bawah 3k, ini cukup memalukan. " Apa yang penting Menantu ku bergelar YB " senyum sinis Dato Ainon.

PARLIMEN 

Dapatan untuk PRU12 - hanya 2688 majoriti - jauh lebih rendah
jika dibandingkan zaman Tan Sri Ramli & Dato Megat Junid.

Di samping " Gandingan Mantap " ini secara senyap satu pasokan yang menggelarkan diri mereka " Dream Team " juga sedang bergiat hebat meloloskan diri mereka untuk menidakkan Dato T dan Dato Dr. Wan, dan pasokan ini di ketuai oleh Dato Zainol Padzi yang juga EXCO Kerajaan.

The Dream Team mempuyai kekuatan tersendiri dengan " keakraban " dengan pihak pengurusan di peringkat negeri. Dato Zainal EXCO sudah pasti rapat dengan MB, Sdr. Khairul Azma KP Pera dan juga Pengerusi Perak AmanJaya NGO bawah kehendak MB sendiri dan Sdr. Abdullah Fauzi sebagai pelengkap untuk menguatkan team, kerana, Abdullah Fauzi memang tidak dinafikan keakrabannya dengan Dato T, tapi sejak akhir-akhir ini di fahamkan melalui rakan-rakan beliau juga sudah naik remas dengan cara kepimpinan yang di tujukkan oleh Dato T sendiri.

 
The Dream Team untuk Pasir Salak di PRU 13, apakah team ini akan berjaya, kita tungguh dan lihat sahaja lah pencak silat mereka untuk menumbangkan ketua mereka.


Cadangn ini adalah satu spekulasi saja, tapi kenapa ianya tak boleh berlaku, kerana kedua-dua anak beliau sedang di asuh diperingkat Bahagian, Sri Rahayu adalah Setiausaha, Dr. Faizal AJK dan Datin Rokian isteri Dato juga AJK Lantikan. 

Kini Tan Sri Ramli juga sedang bergiat cergas untuk anaknya Ramele Asraf yang juga Bendahari Bahagian untuk di calon di PRU13 itu nanti.Tapi nama beliau tidak bagitu popular di kalangan UMNO Pasir Salak.

Tapi usaha untuk membuang Dr. Wan ini jelas terpancar semasa perasmian Koop Felcra Seberang Perak hinggakan semasa perasmian Koop Felcra Seberang Perak dengan tetamu utamanya Menteri Koperasi dan Penggunaan dalam addresingnya " tertinggal " nama Wan, apakah ianya di sengaja atau pun terlepas pandang. Wallahualam

Petikan : gajahmenta.blogspot.com

Sungguh mudah menghadapi Fatwa Kebangsaan!!

Bila Tok Guru Mula Bersuara... Takbir !!!

"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.

Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?

Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah. Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan.. TG Nik Aziz Nik Mat


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO