Selasa, Mac 27, 2012

Ucapan Tahniah : Rintis Kejayaan Orang Kampung

Senyuman kejayaan

PAS Kawasan Pasir Salak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh 146 graduan Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) yang telah berjaya menerima Diploma Tasawur Islam dalam majlis istiadat Konvokesyen Ilham kali ke-11, di Dewan Dato' Haji Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) baru-baru ini.

meraikan bersama

PAS Kawasan Pasir Salak mengucakan tahniah kepada seluruh graduan ILHAM dari Negeri Perak kerana menjadi negeri yang paling ramai melahirkan graduan Ilham iaitu seramai 77 orang. 4 insan yang menjadi tenaga ini ialah Sdra Zamarul Aini (aq le hihihih) , Kak Jamaliah , Kak Faridah & Sdra Zulkifli. Moga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kemenangan pendidikan anak-anak muda tempatan untuk lebih berjaya dunia dan akhirat.


Memandang tanggungjawab untuk kemenangan Islam

PAS Kawasan Pasir Salak juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad kerana telah berjaya merangkul Anugerah Presiden di mana kriteria dilihat berdasarkan permarkahan akdemik, komitmen dengan parti, masyarakat dan keluarga beliau.
Jom kita sambung lagi...

PAS Kawasan Pasir Salak, melihat kecemerlangan di dalam pelajaran sebagai satu kemestian bagi mereka yang ingin membawa risalah dakwah Rasulullah SAW ini, selain itu tribulasi di Malaysia yang semakin mencabar memerlukan kepada persediaan yang mapan dan latihan yang mencukupi bagi graduan baik dalam bidang dakwah.

PAS Kawasan Pasir Salak, berharap agar graduan ILHAM mampu menjadi individu yang kompeten dan mempunyai daya saing yang tinggi sebagai modal insan untuk negara yang kita cintai.

Kepada mereka yang masih belum mengecapi kejayaan tersebut, PAS Kawasan Pasir Salak mendoakan kejayaan mereka serta mengharapkan mereka dapat melipat-gandakan usaha pada tahun hadapan.

Jumaat, Mac 23, 2012

Tunjuk cara : Perlakuan Berwuduk

Inilah perlakuan , bagi menyempurnakan pengajaran tunjukcara berwuduk.

Namun hakikat yang nyata.... nak berwuduk, hati kena bersih. Sama-sama kita baiki diri kita agar wuduk dan amal ibadat yang lain akan diterima oleh-Nya.

Isnin, Mac 19, 2012

Jelajah Mahabah Keinsafan : Zua XPDC & Mael Wings

video

Deklamasi Sajak oleh Dr Muhaimin Sulam bersama Zua XPDC


Pesembahan di Seberang Perak

16 - 18 Mac 2012, MTD Kampung Gajah membawa jelajah kampung bersama hiburan alternatif Zua XPDC & Mael Wing. Jelajah Anak Muda Kampung Gajah bersama berhibur ini amat bermakna dalam mengetengahkan hiburan alternatif anak muda masa kini.

Zua XPDC di Dataran Golok Simpang 4, Kampung Gajah

Syariat Islam tidak pernah mengharamkan hiburan, namun acuan hiburan sebanar Islam adalah terbatas dengan prinsip kehidupan yang syumul insan beragama. Jauhi perkara haram dan tidak melalaikan dalam masa 2 tertentu adalah antara prinsip yang harus dipatuhi.

Sdra YDP Pas Kawasan Pasir Salak bersama Mael Wings setelah membuat persembahan masing-masing.

Berpandukan prinsip ini maka hiburan alternatif dicanangkan kelapangan anak muda masa kini dalam mengisi kesunyian dan kelalaian dengan dunia yang sementara. Pas MTD Kampung Gajah membawa secara live program jelajah Mahabah Keinsafan bersama dua pesenoliti terkenal yang kedua-duanya berasal dari Parlimen Pasir Salak sendiri, Zua XPDC orang Kg Selat Pulau & Bekas vokalis kumpulan rock wing, Mael Wing dari Chenderong Balai.

Jemaah masjid sambil beriktikaf dan mendengar Forum Dai Keinsafan oleh Zua XPDC & Mael Wings

Sepanjang 3 hari penjelajahan keinsafan ini, mereka diberi peluang sepenuhnya berinteraksi dengan anak-anak muda dan orang ramai segenap lapisan.

Forum Dai Keinsafan di Masjid Lama Kampung Gajah

Bukan sekadar berhibur malah penampilan mereka kini membawa bersama ke pengisian kuliah subuh di Masjid al-Ansar, Felcra Seberang Perak & Forum Dai Keinsafan di Masjid Lama Kampung Gajah. Peluang mendekati mereka amat bermakna bagi diri anak-anak muda dan program mereka berakhir malam tadi di Dataran Golok, Simpang 4, Kampung Gajah. Konsert ala-ala seniman jalanan atas Mahabah Keinsafan.

Mini Forum Mael Wings & Ust Sidik Nor di Dataran Golok Simpang 4, Kg Gajah.

Beberapa lagu telah dapat disampaikan bersama mereka pada malam tersebut. Antara lain Zua XPDC & Mael Wings dengan lagu Ala Omak Kahwinkan Aku , Dewi , Bumi Milik Tuhan , Lena diulit Tuhan , Ranjang Mawar dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, Sajak dan Mini Soal Jawab bersama Ust Sidek Nor juga menceriakan dataran tersebut.

Sabtu, Mac 10, 2012

AWAS : Virus menyerang penjawat AWAM!!!

Surat yang dikatakan 'SULIT' terbongkar

Demokrasi negaraku.
Kita baharu sahaja mendengarkan pengumuman pembatalan SBPA dan ditambah baikkan semula SMM. Namun lauk pauh itu masih diragui tentang virus yang menular secara terbuka kini kepada penjawat awam. Dahulu kiranya ianya hanya berligar sesama sendiri, kini surat diatas menjelaskan segala-galanya.

Aduhai penjawat awam , jangan gentar... kome masih punyai hargai diri dan maruah untuk terus berjuang dalam negara yang aman. Jangan disebabkan pepijat tersebut, maka nafsu menjadi lesu untuk terus memperjuangkan syariat Allah. 'Zone Selesai' sebagai penjawat awam yang hanya selesa dengan keadaan sendiri tidak semestinya kita dapat terlepas dari dipertanggungjawabkan dalam mempertahan dan merealisasikan 'Dasar Negara Islam' sentiasa dijualang di negara kita.

Kome teruskan... kume yang keroje kampung nak lihat kome juga bersama kume.

Khamis, Mac 01, 2012

'Siapa Benar Siapa Salah' : anjuran Dato' T di Pasir Salak.

Kg. Gajah 26 Feb. 2012, kini semua ahli-ahli UMNO tentu tertanya-tanya kenapa agaknya Dato T rancak dengan " program " menjual diri, seolah-olah nama beliau sudah tidak ada dalam senarai calun untuk PRU13, bertindak sebagai Pengerusi Felcra dan sudah tentulah sebagai Ketua Bahagian. Kedua-dua jawatan ini digunakan sepenohnya untuk merancang kepastian nama untuk dicalunkan. Setakat ini kedua-dua pucuk pimpinan UMNO / BN sudah menjejakkan kaki ke bumi Pasir Salak

YAB Muhyiddin - TPM berucap di Majlis Pecah Tanah
perumahan untuk generasi ke dua pada 5 Oktober 2010.


PM juga hadir di tapak Perumahan Gen. 2 pada 18 Feb. 2012
Program Perhimpunan Rakyat

PM sungguh " teperanjat " dengan kemampuan Tajuddin untuk berbelanja besar semata-mata untuk memastikan nama beliau tidak tercicir, ramai sungguh ahli yang hadir, persiapan yang cukup " istemewa " sudah pasti ianya memukau pulangan " kredit " untuk dirinya.


Pada 25Feb. lepas dengan tetamu undangan YB Dato Mohammad bin Hj. Aziz, MP Seri Gading yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO telah sudi ke Pasir Salak dan memberikan ceramah dalam tajuk " Siapa benar, siapa Salah ". Mungkin dengan penjelasan ini akan memastikan satu pembersihan kepada Dato Tajuddin, atau pun mungkinkah Datuk Tajuddin telah di " screen " oleh UMNO telah banyak melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan personalitinya dan kini beliau mungkin beliau juga sudah terkeluar dari " winable candidate " sebagaimana yang di sarankan oleh PM.

Siapa yang bersalah dalam kemelut politik negara kini, atau apakah kesilapan yang utarakan oleh pihak pembangkang telah membebankan UMMO untuk terus berkuasa. Satu analisa kaitan dengan tajuk itu:

Nama seperti Anwar Ibrahim, Nik Aziz memang sentiasa tidak lekang di bibir UMNO, dapat saja peluang untuk berucap khusus perhimpunan parti, nama kedua-dua mereka sebagai " wajib " untuk disebut berulang-ulang, wajib di kritik luar dan dalam. Kesalahan pada Anwar ialah selepas keluar dari penjara dan menduduki kerusi parlimen Permatang Pauh kemudian diangkat sebagai Ketua Pembangkang akhirnya berjaya menyatu padukan tiga parti pembangkang terbesar PAS, DAP & PKR.

Kepimpinan DAP pula, sudah mula boleh menggunakan ungkap dan menjadikan Alquran sebagai bahan rujukan untuk berucap, kemampuan mereka ke arah ini sudah tentulah PAS yang dipersalahkan, DAP sanggup menerima Hudud tidak perti MCA. Keujudah Kelab Peyokong PAS juga menyebabkan UMNO / MCA & MIC merasakan mereka sungguh tertekan dengan keadaan tersebut. Wakil DPP ini boleh duduk semeja dengan kepimpinan PAS seterusnya mempelajari serba sadikit perundangan Islam, dan akhirnya mereka pula yang mampu memberikan hujjah kepada rakan-rakan Cina dan India. Ini juga menyebabkan UMNO / BN pening kepala, dan khususnya UMNO pula gagal meneruskan " pembohongan " terhadap kehebatan Islam.

Kenapa mereka kepimpinan UMNO tidak marah, apa saja yang dibuat mereka semua tak betul, bagi wang RM250juta pun salah, beli cincin pun salah, beli alat perang ( kapal selam ) pun salah, di GLC sama ada Felda, Risda mau pun Felcra semua yang dibuat semua tak kena, lihat saja apa yang di canang oleh Anak kaitan dengan Felda, dah banyak Felda perlu mebayar saman kepada peneroka, di Felcra pula bagaimana BABAP pula sering membongkar setiap kesilapan yang dilakukan seperti Projek perumahan Generasi Ke2, sambutan PM dan TPM ke kawasan Felcra Seberang Perak yang menelan belanja jutaan ringgit. Itu adalah sebahagian dari isu yang " tak sepatutnya " dibongkar oleh pembangkan tapi pembangkang terus membongkar setiap isu yang perlu di ketahui oleh rakyat.

Secara ringkasnya program " Siapa benar, Siapa Salah ? " jelas memperlihatkan kesalahan ini terletak diatas bahu pihak pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Dengan itu sudah tentulah Anwar dan rakan-rakan " akan meruskan " usaha pendedahan ini agar rakyat dapat mengetahui keadaan sebenarnya.

Apakah yang benar itu salah dan yang salah itu benar?
Satu perbicangan.

original copy by : gajahmenta


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO