Ahad, Februari 26, 2012

Pasir Salak & Himpunan Hijau 2.0 : Kami bersama ANDA!!!

Sayangi Malaysia & Lynas , kami bersamamu

KUANTAN & IPOH - Biar pun berjauhan namun semangat untuk melahirkan rasa ketidakpuasan hati LYNAS , maka Himpunan Hijau 2.0 bukan sahaja di Kuatan malah turut bersemangat penduduk Pasir Salak sendiri. Bertempat di di Ipoh. Dengan kehadiran sekitar 500 - 800 orang, kami berhimpun menyatakan kebersamaan kami sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap ancaman kesihatan dan kesan bahaya bahan radio aktif.

Negara Jepun yang begitu maju pun, tidak dapat mengelakkan dari kebocoran Radioaktif inikan pula kuasa dan minda pemimpin yang korup menguasai dan meluluskan pembinaan loji tersebut di negara kita.
Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di sini hari ini berakhir jam 11.30 pagi tadi dengan penganjur memberi masa 24 jam kepada kerajaan agar mengumumkan pendirian tidak akan meneruskan projek nadir bumi Lyans.

Jika kerajaan masih dengan pendirian mahu membenarkan operasi loji itu, penganjur memberi amaran akan mengadakan Himpuanan Hijau 3.0 dalam waktu terdekat.
Dalam pada itu, Suhakam pula menyatakan pihaknya berpuas hati dengan kerjasama polis meluluskan lokasi perhimpunan dan mengawal lalu lintas bagi melancarkan perjalanan Himpunan Hijau.

Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan sekarang terus berdegil tidak memperdulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.

"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar.

"Tutup kilang Lynas, atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Wong berkata jika perhimpunan kali ketiga berlangsung, seluruh rakyat Malaysia akan turun menyertainya bagi membantah kehadiran loji tersebut.

Ditanya mengapa pihaknya tidak mengambil jalan lain antaranya berdialog dengan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini, Wong menegaskan tindakan itu "tidak relevan".

"Kita sudah tunggu satu tahun untuk dialog. Jangan buang masa lagi. Cukuplah," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menerima projek itu beroperasi di negara ini, bahkan sisa bahan radioaktif tersebut akan ditanam di sini.

"Mungkin boleh menjadi kerajaan untuk beberapa tahun, tetapi (sisa) itu kekal dalam tempoh yang lama.

"Kerajaan boleh buat janji kosong, yang menanggung derita adalah rakyat," katanya - Malaysiakini

Rabu, Februari 22, 2012

Libang Libu buatmu Dato' 'T' ... kesan dan terkesan...

Petikan daripada :

http://abnnasution.blogspot.com/2012/02/jangan-la-kata-dia-bodoh-kata-bangang.html

Mari Kita Lihat Kebodohan Ahli Parlimen Umno Nih..

Inilah kebodohan paling terserlah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Umno. Tak cukup diserang Anwar setiap hari di media massa, sekarang bina billboard pula. Addin rasa, kalau si Tajuddin nih kalau duduk kat negara lain dah lama kena letak jawatan. Apa punya bodoh tindakan nih.. pasang billboard pulak, ish.. tak faham betul manusia macam nih pun boleh jadi Ahli Parlimen.

Kepada rakyat Pasir Salak, udah-udah ler undi Ahli Parlimen sengal nih.. otak letak di kepala lutut. Nasib rakyat tak mau dibela secukupnya.. oii.. rakyat pilih ko yoep bukan suruh buat perkara bodoh macam nih ler..

MP Pasir Salak Guna 'Billboard' Serang Anwar

PETALING JAYA - PKR kesal dengan tindakan Pengerusi Felcra dan juga Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman memasang papan tanda (billboard) mengaibkan Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Penyelaras Parlimen PKR Pasir Salak, Abdul Razak Ismail, papan tanda itu dipasang di tapak perumahan Generasi Kedua (Gen 2).

Tanah Rancangan Felcra Seberang Perak, Kampung Gajah, sempena Perhimpunan Warga Felcra peringkat kebangsaan baru-baru ini.

Katanya, Tajuddin sepatutnya fokus bagaimana untuk menaikkan taraf hidup warga Felcra yang masih di takuk lama walaupun Felcra telah wujud sekian lama.

“PKR menggesa Tajuddin mengkaji tahap kehidupan peserta-pesertanya yang terlibat dengan tanaman padi di Seberang Perak di mana rata-rata mereka berada di bawah paras kemiskinan dengan purata pendapatan bulanan kurang dari RM700 sebulan.

Beliau menegaskan “ini diburukkan lagi apabila pihak Felcra membeli hasil padi mereka dengan harga RM1,050 satu tan sedangkan harga pasaran sekitar RM1,300 satu tan.
Rugi RM250 satu tan

“Ini bermakna penanam padi di Felcra Seberang Perak mengalami kerugian sebanyak RM250 satu tan setiap kali musim menuai,” kata Razak kepada FMT.

Ujar beliau, “Tajuddin juga harus menjelaskan isu kenaikan harga rumah Generai Kedua (Gen 2) di Changkat Lada Seberang Perak yang ditawarkan kepada anak-anak peserta tanpa rundingan terlebih dahulu.”

Menurutnya, rumah model A yang berharga RM100,000 sebuah telah dinaikkan kepada RM118,000, model B di naikkan dari RM70,000 kepada RM86,000, model C dinaikkan dari RM50,000 kepada RM64,000 dan model D dinaikkan dari RM40,000 kepada RM52,000.

Razak berkata, Tajuddin juga digesa melaksanakan pemberian hak milik tanah kepada lebih 1,500 pesertanya di Rancangan

Perkampungan Tersusun (RPT) Bandar Baru Seberang Perak, Changkat Lada yang telah sekian lama tertangguh.

“Jabatan Audit Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) digesa menjalankan siasatan terhadap penyalahgunaan dana Felcra dalam penganjuran program Perhimpunan Warga Felcra tersebut yang dipercayai menelan belanja sebanyak RM17 juta,” katanya. ~fmt

Selasa, Februari 14, 2012

Kehakiman tidak dipengaruhi oleh Politik : Sejauhmana kita percayainya?


sistem kehakiman Sistem Kehakiman di Malaysia : Tun Mahathir VS Tun DZaidin?

Kalau sebelum ini bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Dzaidin Abdulah meletakkan kelemahan sistem kehakiman di Malaysia di atas bahu bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga kalangan ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan. Walaubagaimanapun…..

Hujah Tun Mohd Dzaidin Abdulah Untuk Menyokong Dakwaannya :

  • Pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman yang mana kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen
  • Pada tahun 1988, Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir perdana menteri ketika itu disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh

Yang menarik perhatian kami dengan kenyataan apabila bekas Ketua Hakim Negara itu mengatakan hakim akan mula berdepan dengan “masalah” apabila melibatkan :

  • kes-kes sensitif dari segi politik atau kes-kes keagamaan
  • perjanjian Mahkamah Rayuan kita dengannya

Walaubagaimanpun Tun Mahathir tidak berdiam diri dan mengatakan semua dakwaan yang dilakukan terhadapnya adalah fitnah.

Tun Mahathir mengatakan dakwaan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkaitan perkara itu adalah tidak berasas dan merupakan satu fitnah terhadapnya.

Win Movie Tickets now! Just click and answer an Easy Survey

sistem kehakiman malaysia Sistem Kehakiman di Malaysia : Tun Mahathir VS Tun DZaidin?

“Mereka boleh tanya sesiapa pun untuk mentafsirkan undang-undang itu dan lihat sama ada berlaku seperti apa yang didakwa. Ini fitnah. Tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan jika benar seperti didakwa, sudah pasti saya akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan kehakiman semasa mentadbir negara dahulu.

Tetapi saya tidak akan saman mereka (atas dakwaan terbabit) kerana itu tindakan sia-sia,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim.

Mengapa tidak Tun Mahathir menyaman mereka. Kerana ini bukan soal tindakan sia-sia atau tidak, tetapi tuduhan yang diberikan kepada Tun Dzaidin cukup-cukup berat malah ia melibatkan kredibiliti sistem kehakiman di Malaysia itu sendiri yang mana kami rakyat turut sama menggunapakai sistem tersebut.

Tetapi jikalau Tun Mahathir Mohamad tetap berpendirian tidak mahu menyamannya, “kami faham”. Walaubagaimanapun ada satu kenyataan Tun Mahathir yang menarik perhatian kami apabila sebelum ini Bekas Ketua Hakim Negara antara tahun 2001 – 2003 :

  • Tun Ahmad Dzaidin mendakwa pemecatan Tun Salleh Abbas adalah keputusan Tun Dr Mahathir tetapi….
  • Tun Dr Mahtahir mendakwa Agong yang mahukan Tun Salleh Abbas dipecat

Kalau sebelum ini kes video VK Lingam (tentang percaturan hakim-hakim di Malaysia) yang pernah menggemparkan Malaysia, juga ada melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad malangnya sehingga ke hari ini kami tidak tahu apa kesannya kepada penyiasatannya. Hasilnya?

SUMBER

Selasa, Februari 07, 2012

Ijtimak Tarbawi Kawasan Pasir Salak : Moh beramai-ramai


Ijtimak Tarbawi Kawasan Pasir Salak
Ahli & Penyokong Jemaah Islam dijemput HADIR

Banner

Khamis, Februari 02, 2012

Gabungan Artis, Penyajak & Pemidato : Menyusuri Derita Bangsa

Gabungan Artis, Penyajak & Pemidato : Menyusuri Derita Bangsa


Penampilan khas barisan pencinta Agama , Bangsa & Negara
Akan hadir bersama : Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaludin, Sdra Mazlan Aliman, Sdra Hj Razman Zakaria, Dinsman, Sdra Hishamudin Rais, Pyan Habib, Mel Wings, Zua XPDC, Rahmat Haron, Pak Salleh Bakar, Dr Muhaimin Sulam & Ust Ishak Shaari.

Mari kita bersama memeriahkan
Poster untuk sebaran...
Banner untuk dipanjangkan...

ISTIQOMAH BUATMU KALIAN JEMAAH : PANAS!! TAU TAK SIAPA SPONSOR HASSAN ALI PUSI?

Menarik ayat yang dilontarkan, renungan buat jemaah dan kemantapan beristiqomah.


JGN CARI PASAL DGN GUA..
GUA PARASIT TEGAR TAHAP GABAN..
GUA NAK MELAYU ''ISLAM'' BERSATU..
DAN TIDAK DI KUDAKAN DAP..
SEBAB GUA BERCITA2 TINGGI..
NAK JADI MB..
KAH KAH KAH

Hassan Ali Pusi ke sana ke mari menghentam PAS.
diberikan seluas-luasnya liputan oleh media pencacai Umno Apco.
kini menjadi senjata dan peluru menghentam PAS.

Surat khabar, TV dan sebagainya
yang dahulu menjadi musuh Hassan Ali Pusi
tiba-tiba jadi teman sebantal Ali.

Orang yang mengutuk dan menghentam PAS

sudah tentu akan dijadikan kawan baik oleh Umno/BN
selagi suaranya laku.

Biasanya tidak lama tak sampai setahun pun,
selepas itu senyaplah.

Itulah yang berlaku kepada Noor Deris,
Mustafa Taib, Nakhaie Ahmad,
Ghazali Ahmad, Wan Ismail dan lain lain.

Selepas diarak ke sana ke mari mereka

dihumban dan diketepikan macam tikar buruk oleh Umno Apco.
Hassan Ali Pusi akan mengalami nasib yang sama.,

tidak lama lagi Umno Apco akan menyisihkan beliau
apabila suara dan ceramahnya tidak lagi mahu didengar orang.

Sekarang inipun yang datang ceramah beliau adalah penyokong Umno saja.

Itulah yang menyebabkan Hassan Ali seronok.
Perasan orang ramai sokong dia....

Orang yang lawan PAS sudah tentu Umno Apco suka,

orang yang kutuk PAS sudah tentu Umno Apco akan bantu
sebab Umno tahu sedikit sebanyak Umno Apco dapat untung
keluar TV seluruh rakyat dengar,

kutukan dan fitnah itu Umno rasa
akan menyebabkan sokongan
kepada PAS kurang
dan sokongan pada Umno Apco bertambah.

Hakikatnya tidak semudah itu.
Rakyat terutama orang PAS sudah matang.
Mereka kenal siapa Hassan Ali Pusi,

mereka kenal Hassan Ali Pusi masuk PAS bila
dan adakah Hassan Ali Pusi merasa susah
ketika masuk PAS dahulu?

masuk PAS terus jadi AJK PAS
dan jadi Wakil Rakyat dua sekali
Adun dan Ahli Parlimen PRU 1999

Semua orang PAS tahu....
Bila serang PAS, Umno Apco suka...

jadi agaknya siapa yang sponsor Hassan Ali Pusi?

liputan media sudah tentu Umno/BN sponsor
sebab media mereka pegang
duit dan belanja ke sana ke mari,

kumpul orang, sistem siaraya,
khemah, poster, iklan kerusi
dan sebagainya siapa sponsor?

kah kah kah..
sudah semestinya ler siapa lagi?
kalau bukan kaum bangsawan perompak wang rakyat..
kah kah kah..

Logika..
hassan ali pusi pernah kena tangkap?
hassan ali pusi pernah masuk ISA?
hassan ali pusi pernah kotorkan kasut dia turun berdemo?
hassan ali pusi pernah hamiskan baju dan ketiak dia menentang kezaliman di jalanraya?

hassan ali pusi pernah masuk jel?
hassan ali pusi pernah kena tibai dgn FRU?
hassan ali pusi pernah kena sembur dgn WATER CANNON?

hassan ali pusi pernah lu jumpa minum teh di warung2 ?
hassan ali pusi pernah lu sms aduan kemudian dia jawab?
hassan ali pusi pernah turun ke kawasan dunnya?

tanya pemimpin2 pakatan rakyat..
siapa yg tak pernah turun dan merasa semua persoalan diatas?

jawabnya.. semuanya sudah merasa kecuali..
hassan ali pusi dan nasharudin mat isa perpaduWANG.. kah kah kah


HASSAN ALI PUSI JUGA RUPANYA..
TERGOLONG DALAM ORG2 YG BERIMAN..
BERIMAN KEPADA FITNAH DAN KHABAR ANGIN..
TENGOK PAKAIAN LA BEB..
SEMUANYA MAU PRESTIJ..
SEMUANYA MAHU ORG HORMAT PADA DIA..
MEMANG POYO NAK MAMPOS..
KAH KAH KAH


TIMBALAN PRESIDEN PAS PUN RELAX JER..
MEMANG COOL NAK MAM ABG ANGKAT GUA NI..
INI BARU NAMANYA PEJUANG!
KAH KAH KAH


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO